Tahniah diucapkan buat kumpulan TIRO yang dianggotai oleh Sharif, Syaiful dan Danial Zaini atas kejayaan mereka muncul sebagai juara pentas akhir Maharaja Lawak Mega 2021 (MLM 2021) yang berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), malam tadi.

Mereka menewaskan empat finalis lain iaitu BORO yang dianggotai oleh Achey, Atu dan Fad), PUTEH (Mamak, Vicha dan Ali), TOBAT (Ajak Shiro, Bell Ngasri dan Ropie Sharif) dan BAHYE (Zahid, Nizam Jentik Jentik dan Shashic).

Dengan kemenangan TIRO membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM500,000 dan sebuah trofi.

Tempat kedua menjadi milik kumpulan PUTEH yang membawa pulang RM250,000 dan sebuah  trofi dan BORO ketiga, membawa pulang hadiah kemenangan RM150,000 dan sebuah trofi.

IKLAN

Manakala di tempat keempat ialah milik kumpulan BAHYE yang membawa pulang RM50,000 dan sebuah trofi dan TOBAT dengan hadiah kemenangan RM15,000 beserta sebuah trofi di kedudukan terakhir.

Pada pentas akhir kali ini bertemakan Muzikal dan Bebas itu dan kesemua peserta perlu membuat dua tugasan.

IKLAN

Persembahan dinilai berdasarkan format penjurian 70 peratus daripada juri tetap dan 30 peratus daripada undian penonton di laman web.

IKLAN

Juri terdiri daripada Datuk Rosyam Nor, Noh Salleh, Diana Danielle dan Uqasha Senrose.

Program yang ditayangkan di saluran Astro Warna (132) sejak 15 Oktober lalu dan bersiaran selama 10 minggu dihoskan oleh pengacara Datuk AC Mizal.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI