Tahniah filem Roh yang dinobatkan sebagai Filem Terbaik Festival Filem Malaysia 31 (FFM31) anjuran FINAS, malam tadi, sekaligus menerima Dana Kandungan Digital (DKD) bernilai RM500,000 berserta trofi.

Filem seram arahan Emir Ezwan terbitan Kuman Pictures itu turut membawa pulang trofi Pelakon Pembantu Wanita Terbaik menerusi Junainah M Lojong dan Pelakon Kanak-Kanak Terbaik (Putri Qaseh Iswandy).

Tiga trofi lain yang diterima termasuk Lakon Layar Terbaik (Emir Ezwan), Rekaan Busana Terbaik (Tengku Syahmi) dan Skor Muzik Asal Terbaik (Reinchez Ng).

Lihat Senarai Pemenang FFM31; Roh Ungguli Trofi Filem Terbaik! Zul & Remy Turut Naik Pentas Terima AnugerahLihat Senarai Pemenang FFM31; Roh Ungguli Trofi Filem Terbaik! Zul & Remy Turut Naik Pentas Terima Anugerah

FFM31 disiarkan secara langsung di TV2 dan YouTube Finas Malaysia dari Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), dalam konsep norma baharu dan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) seperti yang telah ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Trofi Anugerah Filem Terbaik disampaikan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa yang turut merasmikan malam kemuncak festival itu.

Sementara itu, filem Sangkar turut mencipta momen tersendiri apabila Zul Ariffin dan Remy Ishak masing-masing diumumkan sebagai Pelakon Lelaki dan Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik.

Lihat Senarai Pemenang FFM31; Roh Ungguli Trofi Filem Terbaik! Zul & Remy Turut Naik Pentas Terima Anugerah Lihat Senarai Pemenang FFM31; Roh Ungguli Trofi Filem Terbaik! Zul & Remy Turut Naik Pentas Terima Anugerah Lihat Senarai Pemenang FFM31; Roh Ungguli Trofi Filem Terbaik! Zul & Remy Turut Naik Pentas Terima Anugerah

Kabir Bhatia turut menerima trofi bagi kategori Pengarah Terbaik untuk filem sama.

Sebanyak 28 anugerah telah disampaikan malam tadi dan ini dia senarai penuh penerima trofi FFM31;

1. Sinematografi Terbaik – Low Soon Keong ( Fly By Night)

2. Pelakon Kanak-Kanak Terbaik – Putri Qaseh (Roh)

IKLAN

3. Lagu Tema Terbaik – Ayuhlah (Suatu Ketika)

4. Penyunting Terbaik – Heng Yin Chau (Fly By Night)

5. Pelakon Wanita Harapan – Fify Azmi (Wira)

6. Pelakon Lelaki Harapan – Anding Indrawani (Headhunter)

7. Pengarah Harapan – Zahir Omar (Fly By Night)

8. Cerita Asal Terbaik – Tan Twan Eng ( The Garden Of Evening Mists)

9. Lakon Layar Terbaik – Emir Ezwan (Roh)

10. Anugerah Khas Penggiat Belakang Tabir – Datuk Seri Dr. Ahmad Nawab

IKLAN

11. Anugerah Karyawan Sepanjang Zaman – Hajah Fauziah Nawi

12. Pelakon Pembantu Wanita Terbaik – Junainah M. Lojong (Roh)

13. Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik – Remy Ishak (Sangkar)

14. Film Box-Office – Ejen Ali The Movie

15. Poster Terbaik – Christopher Chua Eng Hui (Walk With Me)

16. Kesan Khas Visual Terbaik – VHQ Post (The Garden Of Evening Mists)

17. Tatarias Terbaik – Ella Sandera (Sangkar)

18. Rekaan Busana Terbaik – Tengku Syahmi (Roh)

IKLAN

19. Skor Muzik Terbaik – Reinchez Ng (Roh)

20. Penataan Seni Terbaik – Nazrul Asraff Mahzan (Sangkar)

21. Penataan Bunyi Terbaik – Fadhli Abu Shafian, Hakim Kamal & Shafiq Isa (Ejen Ali The Movie)

22. Anugerah Khas Juri 1 – filem Suatu Ketika

23. Anugerah Khas Juri 2 – filem Geran

24. Anugerah Khas Juri 3 – filem Headhunter

25. Pelakon Wanita Terbaik – Sinje Lee ( The Garden Of Evening Mists)

26. Pelakon Lelaki Terbaik – Zul Ariffin (Sangkar)

27. Pengarah Terbaik – Kabir Bhatia (Sangkar)

28. Filem Terbaik – Roh

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI