10 tahun lalu kumpulan Little Mix mencipta sejarah tersendiri apabila mereka menjadi kumpulan penyanyi pertama memenangi pertandingan nyanyian realiti popular, X-Factor. Biarpun kini tinggal bertiga setelah Jesy Nelson mengambil keputusan untuk bergerak secara solo tahun lalu, Leigh-Ann Pinnock, Perrie Edwards dan Jade Thirlwall terus menghasilkan karya baharu.

Mengimbau kembali saat menjalani sesi uji bakat, mereka tidak saling mengenali kerana masing-masing hadir sebagai penyanyi solo. Saat itu mereka gagal untuk lolos ke peringkat seterusnya. Namun saat menentukan siapa yang akan dibawa ke rumah mentor, Kelly Rowland yang merupakan salah seorang juri ketika itu merasakan keempat-empat mereka harus diberi peluang sebagai sebuah kumpulan.

“Acara Tersebut Mengubah Hidup Kami,” – Ahli Kumpulan Little Mix Mengenang Kembali Kemenangan Mereka Di X-Factor

Maka lahirlah kumpulan Little Mix yang popular dengan lagu seperti Secret Love Song dan Sweet Melody. Sehingga kini mereka telah menjual lebih dari 60 juta album sepanjang karier mereka di dalam industri muzik antarabangsa. Ini menjadikan kumpulan ini antara kumpulan penyanyi wanita yang paling banyak menjual album sebaris dengan kumpulan lagenda seperti Spice Girls, Destiny’s Child dan TLC.

IKLAN

Mengimbau kembali kenangan lalu, mereka memuat naik sebuah video kenangan yang mengingati bagaimana kemenangan mereka di X-factor mengubah kehidupan mereka selama-lamanya.

“Acara Tersebut Mengubah Hidup Kami,” – Ahli Kumpulan Little Mix Mengenang Kembali Kemenangan Mereka Di X-Factor
Saat mereka masih berempat bersama Jesy Nelson, dua dari kiri.

Dalam hantaran itu, tertulis, “10 tahun sejak kami mememangi X-Factor. Momen yang paling mengubah kehidupan kami. Terima kasih atas sokongan anda semua sepanjang sedekad lalu.” Menerusi video yang dimuat naik itu tersebut mereka melihat kepada gambar saat diumumkan sebagai pemenang dan dapat dilihat keempat-empat mereka meraikan momen tersbeut bersama mentor, Tulisa Contostavlos.

Salah seorang dari mereka, Perrie Edwards berkata, “Momen yang mengubah kehidupan kami. Menang X Factor, apabila kami fikir kami tidak akan sampai ke minggu pertama. Dan wajah Tulisa juga, saya sayang Tulisa. Dia adalah seorang yang hebat melalui keseluruhan pengalaman yang kami lalui bersama. Tetapi ya, ini hanya membuat saya sangat gembira.”

IKLAN
“Acara Tersebut Mengubah Hidup Kami,” – Ahli Kumpulan Little Mix Mengenang Kembali Kemenangan Mereka Di X-Factor
Mereka antara kumpulan wanita yang berjaya mendaki carta muzik antarabangsa.

Sepanjang sepuluh tahun bersama mereka telah menerbitkan enam album bersama dan memenangi tiga Brits Award. Mereka juga merupakan kumpulan Britain pertama yang berjaya berada dalam kedudukan empat terbaik carta Billboard Top 200 pada tahun 2013. Pencapaian terbaik kumpulan dari Britain sebelum itu dipegang oleh Spice Girl yang menduduki tangga keenam carta itu menerusi album debut mereka pada tahun 1997.

Kini, kumpulan ini dikhabarkan akan berehat dan tidak aktif bagi menumpukan kepada kehidupan masing-masing dan juga projek secara solo. All the best girls!

IKLAN

Sumber & Kredit foto: Instagram Little Mix

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI