Kes perceraiannya dengan Kanye West mungkin masih lagi di dalam proses mahkamah. Namun ini tidak menghalang Kim Kardashian untuk mencari kebahagiaan buat dirinya. Desas desus bibit percintaannya dengan Pete Davidson mula dihidu ramai apabila gambar mereka sedang bermain rollercoaster bersama tersebar.
Kini menurut sumber E! Online, pasangan ini sudah mula membawa hubungan mereka lebih dari sekadar kawan. Bintang realiti yang kini berusia 41 tahun itu dilihat serius dan gembira dengan perkembangan perhubungannya bersama hos & pelawak rancangan Saturday Night Live berusia 28 tahun itu.
Umur bukanlah penghalang, perbezaan 13 tahun umur mereka hanyalah sekadar nombor. Kematangan dalam perhubungan jauh lebih penting dari menilai jarak umur.
Menurut sumber lagi, Pete berkongsi yang dia tidak mahu ‘berjumpa’ dengan sesiapa selain dari Kim. Manakala Kim pula memberitahu yang dia tidaklah serius namun dia juga tidak mahu ‘berjumpa’ sesiapa yang lain, seolah-olah cuba menunjukkan yang dia tidak menjadikan perkara itu sesuatu yang besar walhal dia sangat sukakan Pete.
Ads
Menjadikan desas-desus ini lebih sahih apabila Kim dilihat membawa Pete berkunjung ke kediaman ibunya, Kris Jenner yang terletak di Palm Spring. Tindakan itu dilihat sebagai satu petanda besar, dan semua orang berasa gembira untuk mereka.
Ads
Walaupun jarak rumah mereka jauh yang mana Pete berada di New York manakala Kim pula tinggal di Los Angeles, menurut sumber pasangan kekasih ini cuba menjadikan jarak sebagai bukan penghalang dan mahu terus berjumpa di antara satu sama lain.
Untuk informasi pembaca, Kim Kardashian memiliki empat orang anak hasil perkongsian hidup bersama Kanye West. Manakala, Pete pula tidak pernah berkahwin namun pernah bercinta dengan figura popular seperti Kate Beckinsale, Arian Grande dan Kaia Gerber.
Ads
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Penyanyi nasyid, Dr. Fitri Haris
menzahirkan rasa syukur yang tidak terhingga kepada Allah SWT kerana memberikannya rezeki dan kesempatan untuk membuka kliniknya sendiri.
Menurut Fitri, sepanjang hidupnya, dia sendiri tidak pernah menyangka bahawa dia bakal menceburkan diri di dalam bidang bisnes tersebut.
Katanya lagi, klinik yang terletak di Ampang itu bakal memberikan perkhidmatan yang terbaik buat para pesakit.
“Mempunyai sebuah Megaklinik di Ampang. Alhamdulillah syukur ke atas illahi. Projek Usahawan bersama @kumpulan_megaklinik_zahran
“Tidak pernah terfikir kami @fitriharisofficial dan @el_mrsfitri akan mempunyai sebuah klinik berkonsepkan Mega, bagi memberi perkhidmatan terbaik kepada ummah,” tulisnya.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh bekas anggota kumpulan nasyid, UNIC itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Dikesempatan itu juga, Fitri turut dilihat merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang telah pun penyokong perjalanannya selama ini.
“Terima kasih kepada @megaklinikzahran_ampang @kai_kaklong dan Dato’ @nafidzrazak juga sahabat seperjuangan kami atas peluang dan jalan yang di hamparkan
“Kepada team saya di @megaklinikzahran_ampang let’s do this! We start with Bismillah. Inshaa Allah. Warga Ampang dan sekitarnya, ingat kami dan temui kami di @megaklinikzahran_ampang ,” ulasnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira selain turut mendoakan agar Fitri akan lebih sukses lagi selepas ini.
Menerusi video berdurasi hampir satu minit itu, Fitri turut dilihat menghadiri sebuah majlis dan menandatangani beberapa dokumen sebelum kliniknya itu memulakan operasi.
Sumber: Instagram Dr. Fitri Haris
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Shahir Zawawi, menyatakan rasa tumpang gembiranya selain sentiasa mendoakan kebahagiaan sahabat baiknya, pelakon, Erra Fazira biarpun tidak pasti kesahihan dakwaan sudah berkahwin dengan ahli politik.
Shahir atau nama sebenarnya Ahmad Shahir Zawawi, 33, berkata, tiada perasaan kecewa atau terkejut ketika mendengar perkhabaran itu.
“Saya ada mendengar mengenai gosip yang timbul namun tidak pasti sejauh mana kesahihannya. Apatah lagi saya sibuk dengan urusan kerja harian dan perniagaan yang diusahakan.
“Kalau kita ikhlas berkawan dengan seseorang dan apabila sesuatu perkara baik terjadi pada dia, sudah tentu kita patut gembira. Jadi, saya pun tak pasti sebab kadang-kadang cerita yang keluar tu pun ada orang yang sampaikan kepada saya. Bagi saya, kalau dia kahwin, itu perkara baik.
“Bukannya kena tangkap. Kalau perkara baik, tak perlu terkejut. Apa yang penting doa yang baik-baik. Saya tidak berasa kecewa malah mendoakan kebahagian dia,” katanya menerusi laporan Harian Metro.
Shahir berkongsi perkara itu ketika ditemui pada majlis pelancaran program realiti TV AlHijrah, Hijrahkan Laguku, baru-baru ini.
Terdahulu, timbul desas desus mendakwa Erra sudah bergelar isteri kepada ahli politik yang juga menteri dalam kabinet awal Oktober lalu.
Kontroversi mengenai berita itu mula menjadi bualan apabila seorang pengguna akaun Twitter memuat naik ciapan mendakwa Erra sudah bergelar isteri kedua kepada ahli politik itu.
Erra atau nama sebenarnya, Fazira Wan Chek, 47, bagaimanapun menafikan gosip yang bertebaran dan menegaskan dirinya masih bergelar ibu tunggal.
Sementara itu, juara Akademi Fantasia 8 itu menjelaskan tidak mahu memikirkan soal cinta dan meletakkan keutamaan kepada kerjaya seninya saja.
“Saya mempunyai masalah untuk fokus kepada dua tiga perkara, jadi kalau boleh saya tidak mahu apa-apa gangguan yang membuatkan fokus saya lari.
“Sekarang saya masih belum ada kekasih dan juga belum berkahwin. Buat masa ini saya tidak mencari dan kalau boleh saya hanya nak fokus pada kerja sahaja.
“Janganlah kaitkan saya dengan sesiapa. Tapi bukan juga bermaksud saya nak lari daripada masalah. Saya jenis tak suka nak memanjangkan lagi masalah,” katanya lagi seperti yang dipetik.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meski belum pun dilancarkan secara rasmi, namun promosi awal kempen tudung bawal jenama MINAZ yang menampilkan aktres popular, Nora Danish mendapat kritikan netizen.
Ada netizen yang mengkritik gara-gara memilih ibu kepada dua cahaya mata itu yang ‘free hair’. Malah penampilan aktres berkenaan yang pernah didakwa pernah tampil seksi dilihat bertentangan dengan jenama kempen tudung berkenaan.
Lalu, pelbagai persoalan timbul termasuk kenapa perlu mengambil selebriti berpengaruh yang tidak berhijab untuk mempromosikan jenama tudung?
Nora tampil memberikan reaksi seterusnya mengakui sudah imun dan kebal dengan segala kecaman yang diterima.
“Menjayakan kempen tudung itu atau sebaliknya, saya percaya itu dinamakan rezeki. Saya juga percaya membuat sesuatu yang baik termasuk menjayakan jenama yang memerlukan pemakaian tudung ini tidak pernah ada salahnya.
“Mungkin suatu hari nanti, siapa tahu akan dibukakan hati saya ke arah itu (bertudung). Semua ini sama seperti kita mendoakan sesuatu yang diharapkan. Ini juga bukan kali pertama saya ditawarkan tugasan mempromosikan jenama tudung.
“Jadi saya sudah terbiasa dengan situasi sebegitu. Kecaman demi kecaman itu lumrah kehidupan manusia. Ia boleh terjadi bukan saja bukan hanya kepada artis tetapi semua golongan termasuk pendakwah dan ahli politik,” katanya yang menjadi wajah kempen jenama tudung itu sejak Oktober lalu.
Malah ibu kepada dua cahaya mata Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 12, dan Mohamed Neqayl Nedim, 3, berpendapat, seksi itu bersifat subjektif.
“Bagi saya seksi atau sebaliknya, ia terletak atau bergantung kepada mata yang memandangnya. Kalau baik yang dilihatnya… maka baiklah jadinya. Kalau gatal pandangannya, maka gatallah.
“Yang penting, saya hanya ingin menjadi diri sendiri. Tetapi, saya nak ucap terima kasih kepada netizen yang memberi komen membina. Saya sayang anda semua.
“Insya-Allah, doa baik-baik. Bagi kelompok netizen yang tahu dan asyik nak kecam saja, hentikanlah. Perbuatan buli siber tidak baik sebenarnya,” katanya.
Pemilik nama lengkap Nora Mohd Danish Hanif turut menambah, dia tidak mahu ‘larut’ dengan hal yang berbaur negatif.
“Saya memang kebal bab kecaman ini. Saya tak baca mana mana komen atau blog yang menghentam atau cari silap.
“Kalau saya tahu pun cerita ini daripada kawan atau rakan media yang mengajukan soalan berkaitan. Tapi tak apalah, tak perlu saya ambil peduli. Ia seperti menghabiskan tenaga untuk perkara tak perlu.
“Malah saya pada satu tahap tak menyekat pun akses atau memadamkan komen negatif ditinggalkan warganet. Kadang-kadang tak perasan pun sebab terlalu banyak komen,” katanya lagi.
Sementara itu, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif jenama MINAZ, Hafiza Abd Hamid atau lebih dikenali dengan nama Pija MINAZ menyatakan keputusannya memilih Nora mempromosikan kempen Blossom 2.0 adalah tepat.
“Hari pertama ketika Nora didedahkan sebagai wajah kempen di media sosial termasuk Instagram rasmi pun memang ramai yang beri maklum balas berbaur positif dan sebaliknya.
“Ada juga di kalangan peminat bertanyakan kenapa saya perlu pilih Nora kerana tak sesuai penampilan sebenarnya dengan tudung dipakai.
“Saya dimaklumkan oleh team sehinggakan ada yang nak boikot dan tidak mahu menyokong lagi keluaran produk kami. Pada saya, lebih gemar untuk memandang sesuatu perkara itu pada sudut yang positif.
“Ada juga yang suka dengan pemilihannya sebagai wajah kempen. Stokis dan agen pun suka sebab Nora sendiri punyai ramai pengikut di Instagram,” katanya.
Pada masa sama, pemilihan Nora yang lembut dan manis raut wajahnya sekaligus kena dengan konsep bunga pada rekaan tudung.
“Personaliti Nora ceria dan mudah didekati. Saya yakin boleh pengaruh ramai lagi wanita mengenali jenama kami dan sertai keluarga MINAZ Hijab. Semua maklum balas baik yg positif atau negatif kami terima dengan hati yang terbuka.
“Tapi siapa tahu suatu hari nanti, usaha ini membuka hatinya untuk bertudung dan memilih jenama ini untuk menyuntik semangat. Malah kurang satu jam ketika dibuka untuk pra tempahan 25 Oktober lalu, sebanyak 150,000 helai tudung bawal kempen membabitkannya terjual.
“Ia sekaligus buka ruang untuk bantu lebih 4,000 agen dan stokis seluruh Malaysia jana pendapatan dari rumah di era pandemik COVID-19. Kempen ini akan dilancarkan pada 8 November ini,” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Kaka Azraff tampil menjelaskan mengenai beberapa hantaran yang dimuat naik di aplikasi Threads dan dikatakan mempunyai kaitan rapat dengan kehidupan peribadinya.