Kredit foto: Presley Ann/Getty Images for Netflix

Halle Berry terkenal sebagai wanita berkulit hitam pertama yang berjaya mengungguli gelaran pelakon wanita terbaik bagi Anugerah Academy pada tahun 2002 menerusi lakonan hebatnya dalam filem Monster Ball. Namun begitu bukan semuanya indah bagi wanita berusia 55 tahun ini.

Pada tahun 2004 dia muncul dalam filem Catwoman berperanan sebagai Patience Phillips/Catwoman. Menampilkan karakter wanita sebagai superhero, walaubagaimanapun filem ini gagal dalam pasaran dan menerima kritikan teruk kerana penghasilannya yang tidak mencapai standard dan jalan cerita yang tidak menarik.

“Itu Yang Saya Lakukan,” – Halle Berry Bakar Anugerah Yang Diterima Sejurus Majlis Selesai
Dia turut membawa piala Oscar yang dimenanginya saat menerima anugerah Razzie. Sumber gambar: razzies.com

Disebabkan perkara itu, Halle Berry telah menerima Anugerah Razzie bagi kategori pelakon wanita paling teruk. Anugerah ini merupakan sebuah anugerah satira yang diadakan seiring dengan Anugerah Academy. Kebanyakan pelakon tidak hadir ke anugerah ini, namun berbeza bagi Halle dia hadir untuk menerima anugerah itu.

Dalam temubual bersama Vanity Fair, dia berkongsi cerita mengimbau kenangan tahun 2005 itu. “Saya ke Anugerah Razzie kerana kita selalu mengangggap diri kita terlalu serius. Jika kita mendapat Oscar, kita dilayan untuk merasa yang kita lebih baik dari yang lain, hakikatnya tidak. Anda dipilih pada tahun itu oleh rakan seangkatan yang merasakan anda telah melakukan lakonan yang cemerlang.

IKLAN

“Itu Yang Saya Lakukan,” – Halle Berry Bakar Anugerah Yang Diterima Sejurus Majlis Selesai

“Jika anda dianugerahkan Anugerah Razzie, adakah itu menjadikan anda pelakon paling teruk yang pernah ada? Mungkin tidak. Jika saya boleh muncul untuk menerima Oscar sebagai satu penghormatan, semestinya saya boleh muncul untuk menerima anugerah Razzie yang menyatakan saya boleh lakukan yang terbaik lain kali.

“Saya selalu belajar yang kalau anda tidak boleh menjadi orang yang gagal, maka anda tidak layak untuk menjadi pemenang yang baik. Jadi saya ke sana dan menikmati momen itu dan kemudiannya saya bakar anugerah tersebut. Itu yang saya lakukan,” ujarnya ibu kepada dua cahaya mata ini.

IKLAN

Selain Halle Berry, pelakon hebat lain yang juga pemenang Anugerah Academy yang menerima Anugerah Razzie ialah Sandra Bullock. Dia digelar pelakon paling teruk menerusi lakonannya dalam filem All About Steve.

Sumber: Vanity Fair

IKLAN

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI