Pelakon Uqasha Senrose meluahkan rasa syukur dan teruja kerana bakal menunaikan umrah pada 23 Disember depan bersama suaminya Kamal Adli sebelum merancang untuk berbulan madu selepas itu.
Menurut Uqasha, tujuannya berangkat ke tanah suci Makkah buat kali ketiga adalah bagi merealisasikan hajat Kamal yang pertama kali mengerjakan ibadah tersebut.
“Pertama kali saya mengerjakan umrah sebelum menjalani penggambaran drama bersiri, Selepas Terlafaznya Akad bergandingan dengan Kamal. Cuma ketika itu, hubungan kami tak lebih sebagai rakan artis sahaja.
“Kemudian ketika kami berkampung di Melaka selama lima bulan, alhamdulillah drama tersebut meletop dan selepas itu saya sekali lagi ke tanah suci bersama keluarga.
“Pada masa itulah, kami sedang mengenali hati budi dan berdoa di depan Kaabah. Doa saya, sekiranya benar Ahmad Kamal Ahmad Adli adalah jodohku, Kau panjangkanlah jodoh kami dan jika sebaliknya, Kau pisahkan kami cara baik.
“Alhamdulillah jodoh kami berterusan dan kerana itulah sebabnya saya berhajat untuk buat umrah sekali lagi demi memanjatkan kesyukuran atas doa jodoh yang dimakbulkanNya,” katanya.
Ads
Sementara itu, Kamal turut sama teruja dan tidak sabar untuk sama-sama ke tanah suci bersama isteri tersayang.
“Ini pengalaman pertama saya buat umrah dan kami akan membawa bersama iringan-iringan doa yang baik-baik untuk kami berdua. Sudah semestinya saya tambah seronok sebab pergi tunai ibadah bersama-sama isteri. Doakan moga semuanya dipermudahkan,” katanya.
Ditanya mengenai soal zuriat, pasangan ini mahu empat cahaya mata jika diizinkan.
Ads
Malah kakak kepada Nelydia Senrose tidak menolak sekiranya dikurniakan cahaya mata awal.
“Sejujurnya saya bersedia sekiranya ada rezeki hamil dalam masa terdekat. Hal macam ni, sebaiknya tidak perlulah dirancang.
“Kalau ada (rezeki anak), adalah. Kalau boleh menurut Kamal, dia gembira sekiranya kami mempunyai empat cahaya mata, dua lelaki dan dua perempuan,” katanya.
Terdahulu, pasangan selebriti ini mengumumkan mengenai pernikahan mereka dalam satu sidang media yang De.Wan 1958, Kuala Lumpur pada Selasa.
Ads
Majlis dilangsungkan di dalam sebuah majlis pernikahan tertutup pada 5 November lalu.
Pasangan selebriti popular ini mengikat tali pertunangan pada April lalu dalam majlis tertutup di sebuah hotel di ibu negara.
Kamal membuat kejutan apabila melamar Uqasha secara langsung pada siaran Anugerah MeleTOP Era 2020 (AME 2020) yang berlangsung Disember tahun lalu.
Detik bersejarah penyatuan dua bintang ini juga bakal diabadikan menerusi paparan tiga buah episod istimewa dalam program ‘Walimatulurus Kamal Adli & Uqasha Senrose’ yang akan disiarkan secara eksklusif pada 11, 18 dan 25 Disember 2021 jam 9.00 malam.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi, Ernie Zakri menolak dakwaan dirinya bakal menamatkan zaman bujang pada tahun ini.
Sebaliknya, penyanyi lagu Gundah ini terlebih dulu mahu memberi fokus untuk membahagiakan kedua ibu-bapanya buat masa ini.
“Bukan tahun ni. Doa-doakan umur saya dah 28 ye tahun ni jadi sebagai kakak-kakak saya rasa saya memang patut menamatkan zaman bujang.
“Tapi bila tu saya masih lagi tak tahu tapi perancangannya ada. Saya sekarang ni lebih kepada menjaga keluarga saya sebab ibu dan ayah saya hanya ada saya sorang sebab kakak-kakak saya dah berkahwin.
“Bila saya dengan mereka, ini masanya untuk saya fokus sebab this is the right time untuk saya jaga mereka. Beli rumah atau beli kereta semua, saya akan buat tahun ini.
“Seiring dengan PKP ni banyak sebenarnya struggle yang kami dapat sebagai anak seni.
Menurut Ernie lagi, dia tidak boleh menetapkan sebarang tarikh kerana perancangan yang lebih rapi harus dibuat tetapi dia memberi banyangan bahawa umur 29 tahun merupakan masa terbaik baginya untuk menamatkan zaman bujang.
“Jadi untuk letak tarikh sama ada tahun ini ke apa saya raya tak boleh sebab kena ada persiapan yang rapi. Doakan saya akan menamatkan zaman bujang maybe next year. Stay tuned.
“Saya sentiasa berdoa sebab next year saya dah 29 tahun dalam hati ni of course ada berkata mungkin 29 tahun ni adalah masa yang sesuai untuk saya tapi ini semua hanya perancangan.
“Saya tak mahu komen lebih-lebih kerana kita dekat rumah Allah ni semoga Dia aminkan. Saya mahukan yang terbaik buat keluarga saya,” katanya kepada MH
Ketika ditanya, sama ada penyanyi, Syamel merupakan calon yang tepat untuk dijadikan suami, ini jawapan yang diberikan oleh Ernie;
“Saya kena call dia bertanya are you ready. Doakan kami. Setakat rupa tu adalah manis itu ada. Perangai saya tak tahu sebab belum tinggal serumah.
“Apa yang penting saya cari lelaki yang menghormati keluarga saya kerana parents saya is number one.
“Calon-calonnya setakat ini saya masih memilih InsyaAllah saya minta anda semua doakanlah macam mana yang anda selalu dengar-dengarkan khabar tentang calon saya.
“Doakanlah apa yang orang selalu doakan itu berjalan dengan baik,” akhirinya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Anzalna Nasir ada berkongsi beberapa video di Instagramnya yang melihatkan dia bersama ibu mertua dan rakan-rakan lain mengadakan doa selamat.
Majlis tersebut turut diserikan dengan persembahan alunan merdu kumpulan marhaban.
“Bukan semua ibu mertua dan menantu mempunyai hubungan yang renggang. Saya sangat bertuah kerana memiliki seorang ibu mertua yg penyanyang dan melayan saya macam anak sendiri..
“Sejak pregnant, kerap sekali ibu mertua buatkan majlis doa selamat for me and my baby. Alhamdulillah.. Semoga Allah permudahkan segalanya. Salam jumaat everyone. Swipe left,” tulisnya.
Beberapa jam lalu, pelakon senior Zulkifli Ismail memaklumkan berita sedih apabila komposer Omar Taib meninggal dunia semalam, sekitar jam 7.00 pagi.
Allahyarham meninggal dunia pada usia 72 tahun selepas beberapa minggu kesihatannya merosot. Malah, berita mengenai pemergiaan Allahyarham turut dilaporkan Harian Metro.
Jenazah Omar dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Teh, Johor Bahru selepas Asar pada Ahad.
“Komposer terkenal, Omar Taib telah kembali ke rahmatullah semalam. Antara lagu ciptaan Allahyarham yang malar segar termasuklah Rindu Bayangan nyanyian Carefree,” tulisnya menerusi Instagram.
Terdahulu, arwah antara komposer prolifik sekitar 1970-an dan sinonim dengan lagu malar segar Rindu Bayangan nyanyian Carefree selain pernah bekerjasama dengan barisan artis popular lain seperti Jay-Jay, Datin Suliza Salam, Azlina Aziz dan ramai lagi.
Foto: Carian Google/Instagram Zulkifli Ismail
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Naufal Azrin dilihat kembali berkongsi video Instagram lamanya yang dimuat naik lebih setahun lalu ke Insta Stories, pada Khamis.
Tidak mendedahkan identiti mana-mana pihak,...