Kehebatan vokal Christina Aguilera tidak perlu disangkal lagi, dia antara penyanyi antarabangsa yang cukup dikenali dek vokalnya yang memukau. Mula menceburi dunia seni tarik suara sejak kecil lagi dengan menyertai pelbagai pertandingan nyanyian, ketika berusia 13 tahun dia terpilih untuk menjadi hos The Mickey Mouse Club bersama personaliti popular lain seperti Britney Spears, Ryan Gosling dan Justin Timberlake.

Terkini, pada usia 41 tahun, ibu kepada dua orang cahaya mata ini bakal diangkat sebagai penerima pertama Anugerah Ikon Muzik People’s Choice Award yang bakal dilangsungkan pada 7 Disember akan datang.

“Dia Bukan Sekadar Memiliki Suara Luar Biasa,”- Christina Aguilera Jadi Penerima Pertama Anugerah Ikon Muzik People’s Choice Award
Bersama tunang dan dua anak mereka.

Selain hadir untuk menerima anugerah, dia juga bakal mempersembahkan rangkaian medley lagu-lagu hits miliknya. Paling mengujakan, ia akan disulam dengan alunan lagu Pa Mis Muchachas daripada album terbaharu berbahasa Sepanyol yang akan dilancarkan kelak. Kali pertama dan terakhir Christina menghasilkan album berbahasa Sepanyol adalah pada tahun 2000.

“Dia Bukan Sekadar Memiliki Suara Luar Biasa,”- Christina Aguilera Jadi Penerima Pertama Anugerah Ikon Muzik People’s Choice Award
Ketika memenangi kategori Best New Artist Anugerah Grammy 1999.

Sebagai penyanyi yang memenangi lima anugerah Grammy, sepanjang kariernya, Christina memiliki lima lagu yang mencapai kedudukan pertama dalam carta Billboard Top 100. Lagu-lagu tersebut adalah Genie in a Bottle, What a Girl Wants, Come On Over Baby, Lady Marmalade (berduet dengan Lil’ Kim, Mya dan Pink) dan Moves Like Jagger (berduet dengan Maroon 5).

Selain itu dua daripada albumnya iaitu album debut, Christina Aguilera pada tahun 1999 dan  Back To Basics pada tahun 2006 berjaya mencapai kedudukan nombor satu dalam carta Billboard.

“Dia Bukan Sekadar Memiliki Suara Luar Biasa,”- Christina Aguilera Jadi Penerima Pertama Anugerah Ikon Muzik People’s Choice Award

IKLAN

“Dia Bukan Sekadar Memiliki Suara Luar Biasa,”- Christina Aguilera Jadi Penerima Pertama Anugerah Ikon Muzik People’s Choice Award

Jen Neal yang merupakan naib presiden eksekutif, acara langsung hiburan & E! News bagi Televisyen dan Penstriman Hiburan NBCUniversal berkata, “Ada sebab Christina Aguilera dirujuk sebagai ‘suara generasi kita’. Dia bukan sekadar memiliki suara yang luar biasa, tetapi sebagai pencipta, dia menghasilkan muzik yang membangkitkan emosi sebenar dan merentasi begitu banyak demografi yang berbeza.”

Sumber: Billboard, Kredit Foto: Instagram Christina Aguilera

IKLAN

+++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

 

IKLAN

 

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI