Penyanyi Liza Hanim memilih untuk tidak menjadikan elemen sensual atau mencipta konten ekstrem demi melariskan produk meski tidak menafikan cara tersebut kemungkinan berkesan dalam aspek strategi pemasaran.
Bagaimanapun demi maruah dan mencari keberkatan, Liza atau nama sebenarnya, Haliza Hanim Abdul Halim, 42, tidak sanggup melakukan perkara yang cenderung kepada isu viral yang tidak baik.
“Terus-terang, saya tak sanggup. Dalam nyanyian pun saya tak buat macam tu. Namun anak sulung, Marsya Qistina pernah cakap, ‘mama kena buat hal’. Sampai mati saya akan ingat.
“Saya kata padanya, kalau ada satu ‘hal’ yang mama lakukan, sampai bila-bila orang akan tengok di internet. Cuba awak cari di intenet, apa hal yang mama buat, 20 yang lepas?
“Tetapi saya tahu perkara tersebut sebagai sebahagian strategi marketing. Cuma rasanya saya belum sanggup berbuat demikian. Kalau menari di TikTok macam ‘comel-comel’ tu bolehlah.
Ads
“Atau kalau nak menari pun, biarlah ia dilakukan betul-betul ikut rentak tapi tidak yang bukan-bukan. Andai ada keperluan, mengapa tidak tapi biar berpada-pada,” katanya.
Penyanyi lagu Merawat Luka ini ditemui pada Sepetang Bersama Liza Hanim di Bateriku Podium, Bukit Jelutong, baru-baru ini.
Sesi berkenaan dianjur sebagai meraikan pembeli bertuah yang mendapatkan set lengkap wangian keduanya, Holiday di bawah jenama HANIM.
“Saya mahu keberkatan. Saya bawa ejen yang ramai dan biarlah rezeki itu berkat. Kalau lambat pun tak apalah. Saya sedar mungkin elemen sebegitu ‘jalan’, tapi keberkatan pun penting jugakan. Masing-masing ada cara, pilihan di tangan kita mahu yang bagaimana,” katanya lagi.
Lebih setahun mengusahakan bisnes tersebut, Liza pada masa sama tidak menafikan fasa pandemik Covid-19 turut menjejaskan perancangan sedia ada.
Namun dia cuba bangkit mengenangkan visi memulakan bisnes ini antara lain bagi membantu orang menjana pendapatan.
“Saya percaya ramai yang bergelut dan terkesan sepanjang pandemik dan saya juga tidak terkecuali. Ketika itulah saya cuba cari ilmu dan belajar memandangkan pengalaman agak kurang dalam bisnes yang membabitkan pengguna.
Ads
“Alhamdulillah semuanya kini semakin baik dan perniagaan pun makin berkembang. Saya sudah mempunyai 200 ejen berdaftar. Tahun depan, sasaran saya seramai 500 ejen, insya-Allah,” katanya.
Liza turut terbuka kepada mereka yang berminat mahu menyertai HANIM sebagai ejen atau dropship.
Perkongsian video Fikry Ibrahim mendapat tontonan lebih 100 ribu netizen yang rata-rata cukup terhibur dengan bebelan seorang pakcik tua ini.
Tanpa menyebut nama dan perkara buruk individu lain, nyata netizen kagum dengan kebijaksanaan lelaki tua ini dalam melempiaskan ketidakpuasan hati.
“Dia kata kat aku. Aku kata la balik. Ku kata kata kata kata kata. Uihhh,dia nak tunjuk garang dia, dia kata la kat aku.
“Aku tak lepas Ku kata kata kata kata kata kata kata kata. Rupanya dia pun tak bagi can. Dia kata balik. Hang tau dia kata apa. Dia kata la. Dia kata kata kata kata kata kata. Ku kata balik kat dia,” katanya di dalam video yang dikongsi.
Lalu ini pula yang ditulis Fikry di ruangan kapsyen;
Tuntutan perceraian Noor Nabila di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur ditolak suaminya, Sharnaaz Ahmad.
Memetik laporan Gempak, keduanya telah diminta hadir semula ke mahkamah pada 30 September ini untuk perlantikan Jawatankuasa Pendamai oleh Hakim Syarie Tuan Ahmad Muttaqi Ismail.
“Saya nak fokus pada Jebat dan beri dia kasih sayang. Saya minta doakan baik-baik saja,” kata Nabila seperti dipetik.
Sementara itu, Sharnaaz pula menjelaskan dia hanya mahu mencari pendamaian dan penyelesaian yang baik.
“Reda atau tidak, kita ada mahkamah. Kalau mahkamah perintah JKP kita akan cuba. Kita tengok apa kata JKP punya penyelesaian,” katanya.
Terdahulu Nabila berkongsi foto di kompleks Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 29 Ogos dan menfailkan permohonan cerai mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Persekutuan) 1984.
Pasangan ini dikatakan sudah tinggal berasingan sejak Februari lalu susulan tiada persefahaman. Sharnaaz dan Nabila diijabkabul pada 31 Mac 2017 dan dikurniakan seorang anak, Jebat Jayden Ahmad, setahun.
Foto : Gempak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Aina Abdul tidak keberatan untuk mengakui dia pernah mencari rezeki di premis hiburan seperti di pub dan kelab malam selama empat tahun.
Menurut Aina atau nama sebenarnya, Nurul Aina Abdul Ghani,28, dia mempunyai sebab tersendiri membuat persembahan di lokasi sedemikian.
“Saya memang dulu menyanyi di ‘gig’, kelab malam dan pub. Ada yang komen yang seolah-olah saya mempromosikan soal menyanyi di kelab malam. Bab ini, saya memang ada pendirian sendiri.
“Setakat ini saya tidak terganggu dengan komen-komen mengkritik sebab menyanyi di sanalah memberikan lebih rezeki, wang ringgit untuk teruskan hidup. Itu sahaja cara yang saya ada dulu.
“Benda itu nampak macam ‘hina’ tapi saya sebenarnya bila menyanyi dekat kelab, saya masuk (menyanyi) dan saya keluar,” katanya.
Aina yang kini muncul dengan single baru, Sepi menambah, dia tidak boleh memuaskan hati semua pihak mengenai perkara tersebut.
“Memang tidak boleh nak puaskan hati semua orang atas apa yang saya buat, tapi saya tahu apa pegangan hidup dan tahu apa yang saya buat kat dalam tu. Saya menyanyi di kelab dari umur 23 hingga 27 tahun.
“Hampir setiap hari buat persembahan meski ia bukanlah secara kontrak. Saya menyanyi sekiranya ada permintaan. Kalau hari minggu saya mula menyanyi sekitar jam 10.00 malam hingga waktu maksimum jam 1.00 pagi,” katanya.
Aina terdahulu ditemui pada majlis kerjasamanya bersama produk Trulooks, Truskin di Le Meridien, Putrajaya pada Jumaat.
Dipilih sebagai wajah untuk kempen produk terbaharu Truskin, Aina mengakui rasa teruja dan terharu atas kolaborasi tersebut memandangkan dia sendiri merupakan pengguna setia jenama berkenaan sejak beberapa tahun lalu.
“Saya sudah menggunakan produk ini sejak dua tahun lalu. Pada mulanya pihak mereka hantar sebagai hadiah. Apabila saya mencuba pelembap diberikan, saya berasakan ia serasi dengan kulit saya.
“Saya suka dengan hasilnya sebab saya bersolek hampir setiap hari dan membuatkan mekap yang diaplikasi lekap pada. Alhamdulillah, sejak itu kulit saya pun menunjukkan perubahan.
“Meski ia tidak drastik, tetapi saya percaya kepada perubahan yang perlahan, tetapi konsisten pada masa sama,” katanya yang mahu mendidik pengguna yang ada masalah kulit sama sepertinya,” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Buat julung kalinya, peminat permainan sukan elektronik, Mobile Legend: Bang Bang (MLBB) dan peminat muzik tanah air disatukan dalam sebuah acara besar-besaran iaitu M6 Carnival yang bermula pada Jumaat di Tapak Parkir, KL Sport City, Bukit Jalil.