Tahniah diucapkan buat penyanyi Zahid Baharudin,41, yang telah pun menamatkan zaman duda dengan wanita pilihan hatinya, Nurul Shuhada Osman,26, Ahad lalu.

Majlis hari bahagia mereka telah dilangsungkan dalam sebuah majlis kira-kira jam 10.30 pagi di Masjid Terapung Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

Menurut Zahid, dia mengenali isteri sekitar tiga tahun lalu.

“Dengan sekali lafaz saya sah bergelar suami kepada Nurul Shuhada dengan mas kahwin sebanyak RM2,000. Saya mengenali Nurul ketika dia menjadi penonton untuk sebuah persembahan saya kira-kira tiga tahun lalu.

“Bertitik-tolak daripada situ, hubungan kami semakin serius dan nekad untuk melangkah ke fasa seterusnya. Alhamdulillah 19 Disember lalu kami sah bergelar pasangan suami isteri,”katanya.

IKLAN

Lebih manis, tarikh pernikahan mereka turut jatuh pada hari kelahirannya selain tidak menafikan dia ada berfikir panjang untuk kembali bergelar suami sekali lagi.

“Perkahwinan kali kedua ini saya memang ambil masa nak buat keputusan. Beberapa kali saya bertanya kepada isteri mengenai keputusan yang bakal dibuat.

IKLAN

“Alhamdulillah dia sedia menerima saya seadanya. Cuma menjelang hari pernikahan banyak dugaan yang berlaku memandangkan proses pernikahan sewaktu musim pandemik ini sangat mencabar.

“Saya juga tidak berniat untuk merahsiakan pernikahan ini kerana saya sangat bersimpati dengan nasib mangsa banjir. Jadi saya ambil masa untuk umumkan kepada orang ramai.

“Tapi sewaktu pernikahan berlangsung ada kenalan dan ahli keluarga yang memuat naik gambar dan video, cuma saya memilih untuk kongsikannya malam tadi,”katanya lagi.

IKLAN

Untuk rekod Zahid yang juga juara Akademi Fantasia musim kedua (AF2) bercerai dengan bekas isterinya, Sarah Julifa Yusof pada 18 Julai 2019.

Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki bernama Zareef Nufael yang kini berusia tujuh tahun.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sumber: Harian Metro

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI