Menerusi posting di Instagram, Safiey Illias berkongsi kesukaran yang sedang dihadapi apabila disahkan mengidap depression disorder.
Ulasnya, pertama kali dia dikesan mengalami masalah tekanan adalah sekitar 2016 lalu iaitu dituduh berhijrah untuk taktik promosi.
“Syinta®️penghidap depression disorder dan susah nk tidur kerana otak terlalu aktif . Dh dua kali dh . Dulu masa hijrah sbb orang ckp hijrah sebab marketing.
“Sekarang start ambil balik ubat dh 6 bulan dah . Doakan syinta®️sihat dan xperlu dh ambik ubat antidepression dan ubat tidur,” akuinya.
Dua hari lalu, bintang media sosial Farah Lee ada berkongsi sekeping foto sambil merakamkan rasa terharunya apabila bekas suami, hos Ally Iskandar bersama isteri barunya turut sama menghantarnya berangkat ke London bagi meyambung pengajian.
Pada masa sama, ibu tunggal ini turut mendedahkan bahawa sesi tersebut menjadi pertemuan pertama Maream bertemu dengan ‘ibu’ yang baru dikahwini bapannya, namun mereka tidak sempat untuk merakam foto bersama.
Lalu menerusi ruangan komen, rata-ratanya rasa sebak selain turut memuji cara keduanya di dalam mendidik anak meski sudah saling berpisah.
Malah, ada yang turut bersedih mengenangkan apa yang berlaku. Bagaimanapun, menerusi satu komen yang dibalas Farah atau lebih sinonim disapa Omma, dia tidak rasa sedih.
Sebaliknya gembira dengan keputusan bekas suami.
“Awak masuk dalam hati orang lain ni. Bila Daddy bagitahu dia nak berkahwin, saya sangat gembira. Tak berjurai pun air mata,” balasnya.
Terdahulu, Ally atau nama sebenarnya, Ally Iskandar Mohd Mardzi, 43, difahamkan telah mengakhiri zaman duda apabila bernikah dengan seorang wanita bernama Marlina Ibrahim pada Sabtu lalu di Temerloh, Pahang.
Ally sebelum ini pernah bergelar suami kepada Farah atau nama sebenarnya, Nur Farahin Romli pada 20 Januari 2012.
Awal semalam, bintang Instagram Beby Tora Tora atau nama sebenarnya, Atierah Zulfatie ada memberi pesan buat kaum wanita di luar sana agar menutup aurat dengan mengenakan rekaan tudung yang sepatutnya.
Malah menurut Beby lagi, apa yang lebih penting adalah cuba untuk bahagian dada dan belakang susuk tubuh.
“Kepada perempuan di luar sana tolonglah berhenti pakai tudung yang belit dekat leher lepas tu ikat belakang sampai nampak dada dan leher. boleh pakai shawl atau bawal yg penting labuhkan bahagian dada dan blkang yee.
“Berfesyen tidak salah tapi jangan jadikan fesyen itu fesyen yang di benci oleh Allah.
Pakai tudung brand yang mahal-mahal lagi trendy masa kini. Harga ratusan ringgit tapi bila pakai yang di belakang labuh dan yang di depan pula bagai tak cukup kain.
“Wahai perempuan bila pakai tudung tolonglah tutup aurat dengan sempurna.
Allah dah bagitahu dalam Al-Quran labuhkan kain tudung hingga menutupi dada dan haram hukumnya mendedahkan aurat sekalipun hanya ‘bentuk aurat’ kepada bukan mahram,” tulisnya jujur.
Pada masa sama, dia turut meminta maaf kalau ada pihak yang terasa dengan perkongsian tersebut. Ini kerana, bagi Beby dia hanya berkongsi sesuatu yang baik sesama agama.
“Sebenarnya niat kalian pakai tudung kerana Allah atau kalian pakai tudung sekadar nak ikut trend masa kini? Bak kata pepatah, “Tepuk dada tanyalah selera”. Kalau niat kalian pakai tudung kerana Allah saya harap selepas ini kalian boleh melabuhkanlah kain tudung kalian hingga menutupi dada-dada kalian.
“Jngan marah krana apa yg dsbutkan ini smua ada dlam AlQuran .ikut printah ALLAH ,insyallah syurga hendaknyaa, maafkan saya klau trasa dngn kata2 saya .mungkin dngn posting ini dpat mmbuka hati seseorang untuk brubah.
“Jangan trasa atau sedih dngn apa yg tira katakan ..tira hanya mmperingati kita sbagai umat islam .sama2 ingatkan tak salah rasanya. Bukan brmaksud kita smpurnaa tapi tak salah kan nak tegur dn nak ajak buat kebaikan .demi Allah sikit pun tak ada niat nak riak atau buat2 baik.
“Tapi dlam kita tak sedar,diri kita pun tak boleh trima teguran ..ini bukan printah manusia tapi printah ALLAH. Tirah sndiri tak smpurna ..tapi tirah nak ajak hmpa brubah sama2 dngn tira ..Insyallah klau kita pkir positif kita mesti boleh trima ..klau kita ngatif ,negatif la jdinya,” kongsi Beby panjang lebar menerusi ruangan kapsyen.
Lalu di ruangan komen pula, pengguna media sosial memberikan pandangan pelbagai. Ada yang menyambut baik pesanan berkenaan dan tak kurang yang membayangkan perkongsian tersebut sudah menjadi seperti riak.
Malahan, ada di antara komen yang ditinggalkan mendapat balasan reaksi darinya.
Foto: Instagram Beby Tora Tora
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh sensasi, Sajat Kamaruzzaman meluahkan rasa sebak apabila terpaksa berpisah dengan ibu tersayang selepas dua minggu meluangkan masa bersama, baru-baru ini.