Menerusi sekeping gambar yang dikongsikan kepada MH, terlihat riak bahagia pengantin baru yang diraikan.
Difahamkan Ally Iskandar telah sah menjadi suami buat kali kedua.
Namun, menjengah kepada Instagram bekas isteri, Farah Lee dilihat meluah rasa “bukan aku yang kuat. hanya rasa yang tlah tidak ada”.
“Bilamana aku share moment Maream bertemu daddy setelah sampai ke Malaysia dari UK, moment aku dan keluarga mertua juga saat kami beraya bersama, rata-rata merasakan mereka sedih, tersentuh, sayu.
“Aku juga dikatakan mereka kuat. Kuat menyorok rasa disebalik senyuman di muka.
“Aku kembali kepada moment tersebut. Apa yang aku rasa.? Tiada. Kosong. Hanya bahagia menghargai mereka yang pernah hadir dalam hidup aku. Tiada apa yang dipalsukan, hanya aku menjadi aku.
“Telah terlalu banyak rasa aku sudah terpaksa tempuh. Jadi telah penat untuk merasa apa-apa. Kasih yang tlah ada juga telah lama lunyai. Harapan.? Terus tutup dan katup.
“Katalah engkau itu ego. Keras hati. Pentingkan diri.
“Pada aku, itu hadiah Tuhan, yang mengganti perasaan, dengan kekosongan. #FLwrites.”
Salah satu kunci kebahagiaan rumah tangga adalah saling menghargai antara satu sama lain dan itulah yang dilakukan oleh penyampai radio, Fizi Ali.
Fizi atau nama sebenarnya Mohd Hafizudin bin Alimudin telah meluahkan rasa sayang terhadap isterinya, Shakila Khoriri di laman media sosial Instagram miliknya.
Menerusi posting tersebut, Fizi telah menulis satu nukilan yang sangat romatis sempena hari jadi isterinya yang ke-30 tahun.
“abaikan muka dan mata bengkak kami..ni gambar kami lepas akad nikah..heheh..so 28.6.2019 ni masuk lah sis killa kita ni di alam 30an…
“apa pun saya doakan awak sentiasa dimurahkan rezeki dan sentiasa jadi shakilla yang awal saya kenal sampai bila2..
“terima kasih jadi umi yang baik untuk anak kita..saya bangga awak pandai dalam uruskan anak kita walaupun ada yang tak tau kepayahan nya..
“siap menagat awak lagi tapi awak tetap senyum dengan semua orang yang cakap macam pasal awak..teruskan yea..
“dan saya doakan supaya apa yang awak plan selama ni akan berjalan lancar..teruskan berusaha untuk jadi pelakon terbaik di malaysia..
“saya tau awak sgt berbakat walau ada sesetengah tak pandang pun bakat awak…
“saya harap sangat satu hari nanti saya dapat tengok awak pegang anugerah..gaisss meh wish birthday sis kita ni @shakillakhoriri”tulisnya.
Alahai, bukan main ‘sweet’ dan romatis lagi Fizi dengan isternya.
MH mendoakan agar rumah tangga pasangan ini berkekalan hingga ke akhir hayat.
Untuk rekod, Fizi dan isteri mendirikan rumah tangga pada pada 18 Februari 2018 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan bernama Ameena Sofia, 3 bulan.
Foto : Instagram Fizi Ali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Kaka Azraff menjelaskan segala hantaran yang dikongsikan di media sosial sejak kebelakangan ini langsung tidak mempunyai kaitan dengan kisah peribadinya.