Penyanyi Zamani telah pun selamat mendirikan rumah tangga bersama pasangan, Nur Juliana pada 20 September tahun lalu.
Memilih tarikh 1 Januari 2020, pasangan pengantin baru inimengadakan sebuah majlis resepsi di Emerald Ballroom, Mercure, Selangor yang turut diraikan bersama keluarga dan tetamu jemputan.
Penyanyi berusia 48 dan isteri kelihatan cukup segak mengenakan persalinan songket berwarna biru.
Farah Lee berkongsi rangkuman kehidupannya sepanjang melanjutkan pengajian Sarjana Pendidikan Kanak-Kanak di University of Leeds, United Kingdom.
Jelasnya, walaupun hanya setahun setengah berada di sana, namun banyak memori yang terpahat antaranya dapat menunaikan umrah sebanyak dua kali, menunaikan ibadah Haji, melancong ke 10 buah negara, pulang ke Malaysia dua kali dan banyak lagi.
Namun, pasangan hidup sahaja yang tidak ditemui di sana.
“Twas only one and a half year yet so many things had happened – sempat pergi umrah 2 kali siap buat haji sebulan, travelled to 10 countries, balik Msia dua kali kiki, setup NGO, photoshoot bla3.. Kahwin je tak sempat. Eh maksud saya thesis belum sempat siap, next month k submission deadline 🙈
“Thank you Leeds, you’ve grown me up so much though our love-hate relationship throughout this journey. See you again in July for my graduation inshaAllah. Meanwhile, let me travel the world xxx 😋
Terdahulu bekas isteri kepada Ally Iskandar ini nekad untuk tidak lagi tinggal di Leeds dan bakal berhijrah ke Norway.
Sekadar imbasan, Farah berangkat ke United Kingdom untuk melanjutkan pengajian dalam peringkat Sarjana Pendidikan Kanak-Kanak di Universiti Leeds pada September 2018.
Foto : Instagram Farah Lee
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
“Allah lebih mengetahui yang mana terbaik untuk diri saya.” Itu kata pelakon dan model terkenal, Nasha Aziz apabila ditanya mengenai pasangan hidupnya.
Katanya kepada MH, komitmen serta fokus terhadap dua ibu tersayang memberinya ruang untuk berbakti kepada orang tua, seterusnya menyerahkan soal jodoh kepada Yang Maha Esa.
“Saya rasa pada masa sama, kenapa saya masih belum jumpa mana-mana atau sesiapapun jodoh saya kerana saya mempunyai dua ibu yang ‘single’ sekarang. Bapa saya keduanya sudah pun meninggal dunia.
“Jadi kedua ibu (ibu kandung dan ibu angkat) mereka seorang… Jadi anak yang tinggal dan masing solo ialah saya. Sayalah tempat mereka isi masa dan meluah perasaan. Malah ada ketikanya mereka sering berkongsi mengenai program drama terbaru memandangkan rumah saya tiada televisyen.
“Jadi mereka ada orang yang boleh dibawa bersembang. Saya rasa itulah anugerah, rezeki dan ‘jodoh’ saya bersama ibu-ibu saya.
“Kita memang kadang ada bercadang-cadang, akan tetapi kalau bukan izin Allah, kita tak akan dapatnya juga. Apa pun, kena mohon padaNya. Dia lebih mengetahui apa yang sesuai dengan kehidupan kita. Apa yang saya nampak, jodoh saya sekarang bersama ibu-ibu saya,” katanya jujur.
Nasha pada masa sama turut mengakui, kedua ibunya yang kini sudah mencecah usia lewat 60-an, memerlukan perhatian sewajarnya dari insan bergelar anak.
“Seronok dengan adanya anak-anak buah di sisi. Mereka sudah jadi seperti sebahagian dari keluarga saya. Saya ‘auntie’ yang single, kalau mereka perlukan saya siang atau malam saya sentiasa ada untuk mereka.
“Kita sendiri ada adat dan juga adab, meski saya sendiri tidak berapa arif mengenai institusi suami isteri, andai mereka berkahwin dan mempunyai suami, isteri perlu melebihkan suami.
“Lalu saya saya berfikir, nampak tak di sini mengenai apa yang Dia anugerahkan kepada saya. Kalau saya ada suami, sudah tentu saya akan kurang masa dengan kedua ibu saya yang masih ada. Kalau saya pun sudah berumur, mereka apatah lagi.
“Mereka tentunya dalam keadaan yang uzur, itulah fitrah dan mereka perlukan penjagaan yang lebih. Mereka lebih sensitif dan perlukan perhatian. Kena jaga mereka sebagaimana mereka jaga kita dulu.
“Itulah anugerah tertinggi yang saya perolehi dan sebab itulah doa saya pada Allah, apa pun saya serahkan jiwa raga kepadaNya.
“Biarlah Dia tentukan jiwa saya pada siapa. Dia lebih mengetahui dan tentukan segalanya,” jelas Nasha yang turut mendoakan kesejahteraan buat semua insan disayangi.
Terdahulu, bintang ini ditemui di lokasi penggambaran filem terbarunya, Talbis Iblis di Hatter’s Castle, Pulau Carey, Klang.
Selain Nasha, turut sama terlibat di dalam filem seram itu ialah Zul Ariffin, Azira Shafinaz dan ramai lagi.
Talbis Iblis arahan Kabir Bhatia terbitan Infinitus Productions dijangka bakal ditayangkan penghujung tahun ini.