Datin Norjuma Habib Mohamed menerusi laman Instagram miliknya menyatakan pendapat ke atas isu tulisan jawi.
Jelasnya, tulisan Jawi merupakan tulisan kelas atasan perundangan dan perlembangaan negara Malaysia.
Malah, tegasnya, hanya yang mampu membaca tulisan Jawi mampu menjadi pemimpin yang memberi maruah dan hormat negara.
“Jawi tulisan Rasmi Bahasa Malaysia-yang membezakan nama Nagara atau Negeri .Asas matawang yang sah serta rukun bahasa Malaysia ! Membezakan data negara berkanun atau boleh dikongsi sesuka hati tanpa akal yang waras! JawiBM tulisan kelas atasan perundangan & perlembagaan Nagara Malaysia.Hanya yang mampu membaca nya mampu jadi pemimpin yang memberi maruah dan hormat Negara & kewarganegaraan ,kedaulatan sebuah negara dan perlembagaan !
“Patut lah terlalu ramai sangat yang mengaku peguam,,auditor,akauntan,segaa jenis bijak pandai—-walhal keliru perlembagaan dan perundangan serta tidak mampu berbahas dan berbahasa berbudaya dan menghormati hak warganegara Malaysia pembayar cukai! Warga perundangan yang keliru lemah berbahasa,” jelasnya panjang lebar.
Malah pengusaha tudung ini turut mempersoalkan kebolehan setiap warganegara dalam membaca tulisan Jawi.
“Zaman moden takkan uols tak boleh membaca jawi bukan susah pun? Kata Malaysian kan?🦂#malaysia #nagara,” soalnya.
Terdahulu, isu tulisan Jawi mendapat perdebatan hebat di kalangan masyarakat dan rata-rata bangsa Melayu bersetuju tulisan Jawi terus diperkukuhkan di peringkat sekolah.
Foto : Instagram Aidijuma
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Haiza menerusi Instagram ada berpendapat, isu pelajar atau individu yang menggunakan kafe sebagai lokasi untuk belajar atau menyiapkan tugasan ialah hal yang harus diketengahkan.
Dia turut berkongsi sebuah artikel menerusi sebuah portal yang menyatakan restoran atau kafe bukanlah tempat sesuai bagi mengulangkaji pelajaran.
Malah jelas penyanyi Dag Dig Dug itu, dia pernah berdepan yang mana ketika kejadian di salah sebuah kafe popular, anaknya seolah-olah diberi amaran kerana membuat bising kerana didakwa mengganggu individu terbabit bagi menyempurnakan projek fesyen.
“LAMA DAH PERATI ISU NI.BUKAN MCD JE,STARBUCKS DAN SEMUA CAFE YANG SEWAKTU DENGANNYA.
“Kejadian di Starbucks JB,siap bwk kertas bentang sebesor besor meja.Buat projek fashion dia.Anak kita bising,jeling pulak!!Tak semua tapi ada perangai macam ni.Tq angkat story ni!!
“Reposted from @thereportermy Dua budak ni tengah gelak sakan tengok something kat gadget. Tetiba student perempuan ni datang, "Boleh tolong senyap tak?! Both of you disturbing our study. Kitorang tak fokus!".
“Tu tempat makan kot? Nak study, carilah tempat lain. INSTASTORY SELANJUTNYA,” kongsinya.
Usahawan yang kini bergelar selebriti, Datuk Seri Aliff Syukri menyifatkan majlis aqiqah puteri bongsunya, Raudhah Arshiyah pada Sabtu menjadi antara kenangan paling manis buatnya sekeluarga.
Seawal 8.00 malam, majlis dirai penuh meriah dengan kehadiran rakan niaga, selebriti dan media di kediaman mewahnya, Aliff Syukri Palace di Kota Damansara pada Sabtu.
“Ini kali kelima kami sekeluarga anjurkan majlis kesyukuran dan tahlil untuk anak-anak. Gembira, dapat aura anak yang cantik dan comel. Setiap anak itu ada keistimewaan masing-masing.
“Mereka adalah pembawa rezeki. Jadi untuk majlis kali ini apa yang termampu saya buatlah. Terima kasih buat yang hadir, dan majlis dipermudahkan sampai selesai, alhamdulillah,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai penantiannya untuk memiliki seorang lagi anak perempuan dimakbulkan selepas kira-kira 10 tahun, penyanyi Bobo Di Mana ini merakamkan rasa terharu dan syukuf atas rezeki zuriat yang dikurniakan.
“Syukur sebab doa dimakbulkan. Cuma biasalah, kalau kita sudah ada anak lelaki lebih, nak ada anak perempuan pula dan begitulah sebaliknya. Sebelum ini, satu-satunya anak perempuan saya, Qadejah El Zahra, nampak dia ni macam ‘diva’.
“Dia rasa dia seorang je perempuan dan semua orang sayang dia. Sekarang ni kami sudah ada dua orang ‘puteri’. Siapa tahu selepas ini saya dapat menantu pula, insyaAllah.
“Pejam celik anak-anak selepas ini dah besar. Jadi bila anak ramai ni, saya rasa macam hidup kian berseri. Memang banyak dugaan untuk besarkan anak-anak.
”Akan tetapi saya yakin hanya satu. Anak ini akan mengisi kekosongan dan hidup ibu bapa,” jelasnya lagi.
“Kalau boleh saya nak anak sampai 12 orang. Serius. Sebab bagi saya, ada orang itu kaya budi bahasa, ada yang kaya anak, harta, pendidikan dan sebagainya.
Mana satu yang kita nak? Kalau saya, saya nak semua,” terangnya jujur.
Dalam perkembangan lain, Aliff juga kini sedang mengikuti Pengajian Jarak Jauh dalam pengkhususan perniagaan di UiTM Shah Alam.
Aliff dan Shahida telah berkahwin pada Ogos 2007 dan sebelum kehadiran puteri bongsu mereka, pasangan ini telah dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham dan Yusoff Al Qardawi serta seorang anak angkat.
Foto: Instagram Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Program realiti terbaharu, Borneo Rising sudah mula mencipta impaknya tersendiri menerusi saingan minggu pertama, apabila barisan peserta masing-masing tampil dengan persembahan yang meyakinkan.