Pengacara dan pelakon, Roslan Shah, menafikan dakwaan mencuri wang berjumlah RM66,000 (SGD20,000) milik pempengaruh serta usahawan terkenal Singapura, Mangobossku di sebuah karnival beli-belah, baru-baru ini.
Menurut Roslan, video yang tular di TikTok mengenai penemuan wang dalam begnya itu sebenarnya adalah sebahagian daripada ‘ujian kejujuran’ yang dirancang oleh pempengaruh itu sendiri.
“Mangobossku memang selalu bergurau kasar, tapi saya tak pernah ambil hati sebab saya kenal hati budi dia.
“Selama lebih setahun perkenalan kami, dia memang orang yang baik. Saya sudah anggap dia macam keluarga sendiri.
“Selain Mangobossku, saya juga rapat dengan isteri dan anak-anaknya. Mereka memberi kepercayaan penuh kepada saya termasuk pernah memberi kata laluan untuk masuk ke rumah yang dipenuhi barang berharga termasuk wang tunai.
“Mereka selalu bawa saya bercuti ke luar negara. Jadi untuk saya mencuri duit jualan mereka, memang tidak pernah terlintas. Saya ikhlas berkawan dan tidak mahu rosakkan persahabatan,” katanya kepada MH.
Dakwaan Tak Jejas Persahabatan
Roslan atau lebih mesra disapa Cik Lan turut mendedahkan, meski ramai yang cuba menjejaskan hubungan baiknya dengan Mangobossku, namun persahabatan mereka kekal utuh kerana dia tidak pernah mengambil kesempatan atas kesenangan orang lain.
Ads
“Banyak mata yang memandang dan mahu menjejaskan persahabatan kami. Sejak video ini tular, ramai yang menelefon Mangobossku bertanya mengenai hal itu.
“Namun dia percaya saya 100 peratus. Dia sahabat yang baik dan saya tidak tergamak melakukan sesuatu yang dia tak suka,” katanya lagi.
Sengaja Uji Kejujuran
Mengulas mengenai insiden tersebut, Mangobossku yang kini menjalankan perniagaan kunafa dan memiliki 13 gerai makanan di Singapura, mengakui wang SGD20,000 itu sengaja dimasukkan ke dalam beg Roslan sebagai satu ujian.
“Ketika Roslan pergi ke tandas, saya minta kakitangan masukkan duit tunai SGD20,000 ke dalam beg miliknya.
Ads
“Jadi ketika dia membuat siaran langsung di TikTok, saya pun jalankan kerja dan mencari duit yang hilang.
“Ini bukanlah betul-betul kami bergaduh sebab sepanjang mengenalinya dia tidak pernah tangan panjang. Kalau dia tiada duit sekalipun, dia akan cuba minta bantuan saya.
“Pernah saya tinggalkan duit ketika dia ada, satu sen pun tak hilang. Saya selalu saja bawa duit jualan ke rumah dan mengajaknya datang.
“Tapi tak pernah ada kehilangan wang atau dia ambil barang saya. Bagi saya dia seorang yang jujur,” katanya.
Mangobossku atau nama sebenarnya Mohammad Hussin Said, menambah walaupun video tersebut menerima pelbagai kecaman, namun dia lebih senang untuk tidak mengambil peduli.
Ads
“Walaupun orang kecam, saya hanya mampu cakap apa saja kandungan yang dimuat naik anda tengok boleh, tapi jangan percaya membuta tuli,” katanya.
Video Tular, Roslan Shah Menangis
Terdahulu, menerusi video berdurasi lebih dua minit itu pada awalnya menunjukkan Roslan menganggap situasi tersebut sebagai gurauan atau prank.
Namun, keadaan bertukar serius apabila wang SGD20,000 benar-benar dijumpai dalam begnya. Menafikan tuduhan tersebut, Roslan dilihat menangis teresak-esak sambil mempertahankan dirinya.
Video yang dikongsi oleh Mangobossku telah meraih lebih 300,000 tontonan di TikTok dan mengundang pelbagai reaksi warganet.
Ada yang bersimpati dengan Roslan, namun tidak kurang juga yang berspekulasi bahawa beliau mungkin dianiaya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
Pelakon dan usahawan, Aeril Zafrel berkongsi berita gembira apabila memaklumkan isterinya yang juga pelakon, Wawa Zainal kini sedang hamil anak keempat mereka.
Perkara itu dikongsikan Aeril menerusi satu hantaran terkininya di Instagram bersama pautan video yang sehingga kini sudah pun mendapat lebih 400,000 tontonan.
Sambil menzahirkan rasa syukur, Aeril turut mendoakan agar isterinya sentiasa dirahmati Yang Maha Esa.
“Alhamdulillah ya Allah doa di makbulkan dapat baby no 4, tinggal nak 1 je lagi. Doakan semoga dipermudahkan urusan isteri saya bersalin tak lama lagi.
“Doa yang baik2 ya, terima kasih semua. Semoga @w4w4_zainal sentiasa dalam lindunganNya. Terima kasih syg. Jgn tutup kilang dulu ye,” tulisnya.
Perkongsian tersebut nyata mencuri perhatian peminat dan rata-ratanya tumpang gembira selain menitipkan doa yang baik-baik di ruangan komen.
Foto: Instagram Aeril Zafrel
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nama usahawan kecantikan, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi menjadi perhatian warga maya apabila dia didakwa sengaja memasukkan unsur lucah dalam iklan terbaharu produk tudung yang dimiliki oeh isterinya.
Video yang dikongsikan di laman Instagram miliknya itu memperlihatkan Aliff berada di atas katil bersama isteri, Datin Nur Shahida Mohd Rashid.
Apa yang menimbulkan rasa kurang senang netizen apabila perlakuan Aliff di awal video tersebut seolah sedang melakukan onani yang dibimbangi tidak elok untuk dibuat tatapan umum.
Mungkin tahu namanya bakal dikecam gara-gara tindakannya itu, Alif terlebih dahulu telah menerangkan perkara tersebut menerusi kapsyen yang ditulisnya.
“Tolong jangan fikir yang bukan-bukan tengok sampai habis,” tulisnya.
Rata-rata netizen menyifatkan aksi yang ditunjukkan Aliff itu tidak ada kena mengena dengan produk tudung yang cuba diiklankannya.
“Apa ni Datuk, tak baik untuk 18 tahun ke bawah tengok.
“Makin tak cerdik, tak malu.
“Ni Malaysia Datuk, bukan US. Ada batas dalam buat content.
“Adoi tak payahlah buat content macam ni. Budak-budak tengok tak elok.
“Maaf Datuk, saya selalu sokong Datuk dan Datin. Content macam ini rasa tak sesuai dengan kedudukan Datuk, Datin,” beberapa komen netizen.
Malah, ibu Aliff iaitu usahawan yang dikenali sebagai bonda Rozita Ibrahim itu juga meninggalkan komen memarahi anaknya gara-gara iklan berbaur lucah tersebut.
“Bongok sangat iklan kau… apalah kau ni Kri (Aliff) oii,” tulis Rozita.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tuah tidak menyebelahi penyanyi kelahiran Singapura, Farhan Shah selepas namanya diumumkan sebagai peserta keempat yang tersingkir daripada Big Stage 5, malam tadi.
Di dalam saingan minggu keenam itu, Farhan menyampaikan lagu Fighter yang dipopularkan Christina Aguilera tersingkir selepas pihak juri, Ajai dan Aina Abdul menggunakan Imuniti-X sekaligus menyelamatkan Dem Lepak Boyz.
Turut berada di tiga kedudukan tercorot ialah Firdaus Rahmat.
Dikongsikan senarai kedudukan peserta berdasarkan markah yang diberikan oleh juri profesional;
1. Waode – 95.67%
2. Putera Muhammad – 85%
3. Nadeera Zaini – 93.33%
4. Hoondoo – 87.67%
5. Puteri Khareeza – 82.67%
6. Coex – 82.33%
7. Aufahanie – 71.67%
8. Dem Lepak Boysz – 70.67%
9. Farhan Shah – 64%
10. Firdaus Rahmat – 61.33%
Bertemakan Wow-Wa Whats Next, 10 peserta Big Stage 5 diadili oleh juri tetap Ajai dan Aina Abdul serta juri jemputan minggu ini, Datuk Sri Rossa.
Sementara itu, Putera Muhammad memenangi Anugerah Dominasi Persembahan Terbaik, hasil pilihan juri-juri profesional minggu ini.
Penyanyi itu membawa pulang wang tunai RM3,000 selain turut mengungguli Anugerah Paling Pa-Wa bernilai RM1,000.
‘Big Stage’ sebelum ini telah menobatkan empat juara sepanjang penganjurannya yang terdiri daripada Sarah Suhairi (2018), bintang Korea Selatan Hanbyul (2019), Azzam Sham (2020) dan Elica Paujin (2022).
Big Stage 5 berlangsung selama 10 minggu dan bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA, Shah Alam mulai 7 Mei, setiap Ahad, jam 9 malam secara eksklusif di Astro Ria (saluran 104).
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi terkenal, Conor Maynard, sebelum ini terpalit kontroversi apabila namanya dipetik sebagai bapa kepada bayi yang baru dilahirkan bintang The Traitors, Charlotte Chilton.
Namun kini,...