Siapa sangka, sebelum menjadi bintang Bollywood dan Hollywood terkenal, Priyanka Chopra pernah melalui pengalaman mencemaskan sewaktu tinggal di Bareilly, India.
Baru-baru ini, ibu Priyanka, Madhu Chopra, mendedahkan kisah sebenar di sebalik kehidupan anaknya yang ketika itu mendapat perhatian yang tidak diingini selepas pulang dari Amerika Syarikat.
Dalam satu temu bual eksklusif bersama Lehren Retro, Madhu berkongsi bahawa Priyanka, yang ketika itu masih remaja, mempunyai gaya dan cara hidup yang berbeza berbanding gadis lain di Bareilly.
“Dia baru pulang dari Amerika Syarikat, jadi cara dia berpakaian, berjalan dan bercakap seperti remaja Amerika,” katanya.
Gaya hidup Priyanka yang moden ketika itu menarik perhatian ramai, termasuk beberapa individu yang cuba mendekatinya dengan cara yang tidak menyenangkan.
Menurut Madhu, mereka sudah mengambil langkah berjaga-jaga dengan mendaftarkan Priyanka ke sekolah convent dan menyediakan sebuah kereta khas untuk menjemput serta menghantarnya setiap hari.
Ads
Priyanka bersama ibunya.
Namun, keadaan bertambah buruk apabila beberapa budak lelaki mula mengekori kenderaan mereka setiap kali Priyanka keluar.
“Kami pastikan dia tidak berjalan seorang diri, tetapi tetap ada budak lelaki yang mengekorinya. Situasi semakin tidak selamat,” luah Madhu.
Lebih mengejutkan, keadaan menjadi semakin serius apabila seorang lelaki asing menceroboh masuk ke dalam rumah mereka.
Madhu mendedahkan bahawa selepas insiden menakutkan itu, suaminya bertindak segera dengan memasang jeriji besi di sekeliling rumah mereka.
“Suatu hari, seorang lelaki melompat pagar dan masuk ke rumah kami. Ia sangat menakutkan. Keesokan harinya, bapa Priyanka menutup seluruh rumah dengan jeriji besi – dari pagar hingga ke bumbung. Malah monyet pun tak boleh masuk!” katanya.
Ads
Kerana kejadian ini, Madhu dan suaminya sepakat bahawa Priyanka tidak sesuai untuk terus tinggal di Bareilly dan perlu berpindah ke bandar yang lebih besar.
Keputusan untuk berpindah ke Delhi ternyata satu langkah yang tepat. Tidak lama selepas itu, Priyanka menyertai pertandingan ratu cantik dan akhirnya dinobatkan sebagai Miss World bagi tahun 2000.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Ingat lagi tak, ketika awal kemunculan Ruhainies dalam dunia seni tempatan, ada sahaja mulut-mulut yang mengatakan dia hanyalah menumpang tuah wajah yang dikatakan seiras dengan pelakon senior, Nora Danish.
Malah, ada juga yang membayangkan adik kepada pelakon Nur Risteena ini tidak punya bakat besar, sebaliknya hanya bersandar pada pakej fizikal semata.
Namun siapa sangka, kini Ruhainies mempunyai kelompok peminatnya sendiri. Malah, ada di antara drama lakonannya yang meletop dan menjadi buah mulut ramai.
Terkini menerusi Instagram pelakon berkenaan, dia ada berkongsi foto bersama Nora. Keduanya bertemu di majlis berbuka puasa dan pelancaran program raya di Astro bertempat di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.
Memperlihatkan Marissa Dania sedang mengemas pakaian di booth jualan miliknya, Abby Abadi dilihat terhibur dengan keletah anak keduanya ini.
Kata Abby, Marissa seorang yang rajin, namun semuanya bergantung kepada mood.
“Awal pagi tadi. Pandai dia mengemas. Tak suruh pun tadi. Bilik diapun cantik tersusun. Ni 1st time ni, kira buleh di haraplah. Tp buat kerja, ikut angin jugak. Bila malas dia duduk belakang main hp.
“Pastu malas lagi, gi lepak duduk kt booth Papa Mummy pulak.. kita kata asyik hilang je, tolak gaji kang.. dia kata memang taknak pun… yelah tu! Taknak konon… geram jeeee dgr dia jawab.. nasib anak sendiri.
“Lain kali mmg kami perlukan pembantu kalau ikut event. Tapi tulah, harap dpt cari yg solat, tutup aurat, rajin & pandai buat kerja tanpa perlu disuruh.. Aminn.
Pelakon Anna Jobling meluahkan rasa simpati kepada aktor gandingannya dalam drama Melur Untuk Firdaus, Meerqeen yang dikecam netizen susulan videonya yang mencium dahi pelawak Indonesia, Kiky Saputri.
Anna yang turut berada di lokasi sama situasi tersebut ketika menghadiri program hiburan di Indonesia bersama Meerqeen baru-baru ini berkata, dia tidak perasan bilakah ia berlaku sehingga pelawak itu memuat naik video terbabit.
“Saya memang berada di sana ketika itu, tapi saya tidak nampak apa yang terjadi sebab keadaan di sana terlalu ramai.
“Walau bagaimanapun saya simpati dengan Meerqeen sebab dia bukan berniat tidak baik, cuma benda itu nak berlaku dan bukan sesuatu yang buruk. Malah kami mencipta banyak memori manis di sana.
“Kadangkala kita tak tahu apa yang bakal berlaku. Ditambah pula dengan perasaan teruja sepanjang berada di Indonesia,” katanya.
Anna berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelantikannya sebagai duta produk jamu Mutyara di Puchong, pada Khamis.
Anna kini dilantik sebagai wajah wakilan jamu milik pelakon dan penyanyi Tyra Arifin itu bagi mendidik generasi muda untuk mengamalkan jamu dalam kehidupan seharian.
Menurut Anna, meski mereka agak sukar mengawal keadaan ketika dikerumi peminat, namun dia sentiasa mengambil langkah berhati-hati bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku.
“Ketika berada di Indonesia kebanyakan peminat wanita misalnya meminta izin untuk memeluk Meerqeen. Bagi saya itu adalah perkara yang patut dilakukan bagi menghormati dan menjaga batas.
“Namun kadangkala perkara itu terjadi di luar jangkaan kerana berlaku dengan cepat dan tak sempat nak berfikir panjang. Ibaratnya tak sempat nak bernafas dan kemudian baru tersedar.
“Tapi saya akan sentiasa mengingatkan diri agar berhati-hati apabila membabitkan soal pergaulan. Cuma saya mungkin beruntung sebab majoriti peminat dalam kalangan wanita. Jadi itu tidak menjadi satu masalah besar,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan usahawan, Nubhan Ahamad mengakui dirinya kini lebih mementingkan kesihatan mental dan enggan terganggu dengan komen-komen negatif netizen.