Sumber foto: Instagram Priyanka Chopra

Pelakon dan model popular, Priyanka Chopra mengimbas kembali detik tidak menyenangkan yang pernah berlaku kepada dirinya apabila seorang pengarah filem memintanya membuat satu adegan yang tidak munasabah.

Isteri kepada Nick Jonas itu mendedahkan bahawa seorang pengarah filem Bollywood telah meminta untuk melihat seluar dalamnya dalam satu adegan filem ketika dia mula-mula bergiat dalam industri hiburan.

Priyanka Chopra Naik Berang Gara-Gara Pengarah Mahu Lihat Seluar Dalam
Sumber foto: Instagram Priyanka Chopra

Mengimbau kejadian yang berlaku sekitar tahun 2002 atau 2003 itu, Priyanka berkongsi kepada The Zoe Report, “Saya berperanan sebagai seorang yang melakukan undercover, jadi ada satu babak saya perlu menggoda watak lelaki.  Jelas itulah yang dilakukan oleh gadis apabila memegang watak penyamar.

“Tetapi dalam adegan tersebut saya perlu menggoda lelaki itu dan perlu menanggalkan sehelai pakaian satu persatu. Oleh sebab itu saya mahu pakai pakaian berlapis namun pengarah itu berkata yang dia mahu melihat seluar dalam yang saya pakai, kalau tak kenapa orang mahu datang dan menonton filem lakonan saya itu,” kongsinya.

Walaupun begitu, Priyanka berkongsi lagi bahawa pengarah tersebut tidak menyatakan perkara itu kepada dirinya secara terus sebaliknya kepada stylist yang berada di hadapannya.

IKLAN
Priyanka Chopra Naik Berang Gara-Gara Pengarah Mahu Lihat Seluar Dalam
Priyanka bersama suaminya, Nick Jonas. Sumber foto: Instagram Priyanka Chopra

ARTIKEL BERKAITAN: Setelah Setahun ‘Sembunyi’ Wajah Anak, Priyanka Chopra Akhirnya Pertonton Malti Marie Kepada Umum

Berang dengan apa yang terjadi, dua hari selepas insiden tersebut pemenang Miss World 2000 itu bertindak menarik diri daripada filem berkenaan dan memulangkan kembali wang bayaran yang sudah diterima.

Ujarnya lagi, “Saya tidak boleh nak berhadapan dengan pengarah itu setiap hari.”

IKLAN

Tidak lagi begitu aktif di  Bollywood, kini Priyanka menjadi satu nama besar dalam dunia hiburan Hollywood dengan membintangi pelbagai jenis filem dan drama yang mendapat perhatian ramai.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

IKLAN

 

 

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI