Nama kumpulan Kangen Band tidak perlu diperkenalkan lagi. Baik di persada muzik Indonesia, mahu pun di Malaysia. Malah, kumpulan ini masih berjaya mengekalkan kedudukan mereka sebagai antara pemuzik terbaik yang pernah adadalam sejarah industri hiburan Indonesia.

Deretan album dan lagu yang pernah dihasilkan Kangen Band juga masih menjadi siulan peminat dan pencinta muzik tempatan. Tidak keterlaluan jika dikatakan, karya dan muzikKangen Band terus hidup.

Seiring peredaran masa dan zaman, Kangen Band yang ditubuhkan pada 2005 kembali lagi ke Malaysia yang mana kali ini membawakan sesuatu yang cukup istimewa dan eksklusif buat seluruh peminat setia mereka.

Kumpulan yang dianggotai oleh Andika (Vokal); Dodhy(gitar); Tama (gitar); Bebe (bass); dan Izzy (keyboard) itubakal menjayakan Live In Kuala Lumpur Kangen Band: Kangen Pada Kenangan di Zepp Kuala Lumpur pada 2September 2023.

Membawakan tema Kangen Pada Kenangan, tentu saja peminat tidak sabar untuk mendengarkan lagu-lagu bernuansa cinta yang pernah mengangkat nama Kangen Band hingga berjaya mengumpul peminat tersendiri.

Penganjur, Purosangue Entertainment berkata, pihaknya gembira dan bersyukur kerana buat julung kali berjaya membawa Kangen Band kembali ke Malaysia bagi mengadakan persembahan berskala besar.

IKLAN

Saya rasa bersyukur kerana berjaya tarik Kangen Band datang ke Malaysia buat kali pertama yang mana sebelum ni saya tengok di media sosial, ramai yang minta untuk Kangen Band datang ke Malaysia untuk buat konsert.

Suka juga untuk saya kongsikan yang mana bersempena sidang media Konsert Live In Kuala Lumpur Kangen Band: Kangen Pada Kenangan hari ini, kita akan menjualearly bird tiket, yang mana kita akanjual pada harga RM200 sehingga 30 Jun ini. Pembelian tiket ni boleh dibeli dekat website kami.

Saya berharap apa yang kita rancang berjalan lancar dan seterusnya mengubat kerinduan pemina tKangen Band di sini yang ingin menyaksikan persembahan daripada mereka,” katanya.

Sementara itu, mewakili Kangen Band, Andika berkata, mereka sudah tidak sabar untuk beraksi di Malaysia.

IKLAN

Giliran Kangen Band Gegar Kuala Lumpur, Harga Tiket Semurah RM200 Hingga RM4,800 Giliran Kangen Band Gegar Kuala Lumpur, Harga Tiket Semurah RM200 Hingga RM4,800 Giliran Kangen Band Gegar Kuala Lumpur, Harga Tiket Semurah RM200 Hingga RM4,800 Giliran Kangen Band Gegar Kuala Lumpur, Harga Tiket Semurah RM200 Hingga RM4,800

“Saya mewakili Kangen Band berasa senang kerana dapat datang ke sini lagi untuk menghiburkan peminat. Walaupun sebelum ini pernah membuat persembahandi sini sebagai penyanyi jemputan, kali ini cukup berbeza kerana Kangen Band muncul pada sebuah konsert khas buat semua.

“Jadi, jangan lupa untuk belitiket kami dan sama-sama hadir di Zepp Kuala Lumpur pada 2 September ini,” katanya lagi.

Antara lagu popular yang bakal dinyanyikan Kangen Band adalah Terbang Bersamaku, Takkan Terganti, Kembali Pulang dan banyak lagi.

IKLAN

Pada ini, peminat juga bakal dihiburkan dengan persembahan daripada penyanyi jemputan iaitu Andra Bagindas.

Tiket untuk menyaksikan Konsert Live In Kuala Lumpur Kangen Band: Kangen Pada Kenangan dijual pada harga RM4800 (VIP Box); RM355 (Diamond); RM305 (Platinum); dan RM255 (Gold).

Sementara pembelian awal atau ‘early bird’ pula hanya RM200 bermula 15 hingga 30 Jun ini.

@mediahiburanofficial Tiket Konsert Live In Kuala Lumpur Kangen Band: Kangen Pada Kenangan dijual pada harga RM4800 (VIP Box); RM355 (Diamond); RM305 (Platinum); dan RM255 (Gold). Ia bakal berlangsung pada 2 September depan, di Zepp Kuala Lumpur. Cant wait! #MHnews #MediaHiburan #fyp ♬ original sound – Media Hiburan

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI