Pengarah sensasi, Syamsul Yusof menzahirkan rasa syukur selepas proses penceraiannya bersama bekas isteri yang juga merupakan pelakon, Puteri Sarah Liyana dapat diselesaikan dengan cara baik.
Jelas Syamsul, meskipun keputusan tersebut agak berat, namun, ia dibuat demi kebaikkan anak-anak.
“Alhamdulillah syukur segalanya hal tentang penceraian telah pun selesai hari ini. Segalanya berjalan lancar seperti apa yang telah kami bincangkan sebelum ini. Semuanya adalah demi masa depan dan kebaikkan anak-anak kami.
“Kalau kami memikirkan tentang diri kami sahaja, perkara ini akan memberi kesan pada anak-anak. Saya sebagai ayah dan Puteri Sarah sebagai ibu tak rela nak memperjudikan perasaan anak-anak. Ini pengakhiran yang baik.
“Tentang perbelanjaan dan keperluan anak-anak pula, segalanya akan ditanggung oleh saya,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Syamsul turut mendedahkan dia harus mengambil masa untuk membuat keputusan ini bagi memikirkan dahulu tentang implikasi yang bakal menimpa keluarganya.
“Sudah tentu kami kena mengambil sama untuk membuat sebarang keputusan. Setiap keputusan punyai implikasinya. Jadi, kami memilih jalan yang terbaik.
Ads
“Sarah sebagai ibu pun tidak mahu anak-anak berjauhan dengan bapa mereka. Saya pun tak mahu penceraian ini memberi kesan besar buat anak-anak,” ujarnya lagi.
Anak kepada penerbit terkenal, Datuk Yusof Haslam itu berkata sedemikian selepas selesai prosiding lafaz cerai yang berlangsung di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Syamsul turut berharap agar kisahnya ini dapat menjadi pengajaran buat pasangan suami isteri di luar sana.
“Daripada awal lagi, saya menganggap ini adalah ujian hidup saya. Kami pun bukan muda lagi. Kami perlu kuat dan Alhamdulillah pengakhirannya baik.
Ads
“Diharapkan Sarah dapat meneruskan kehidupannya dengan baik. Begitu juga dengan saya. Walaupun berpisah, kami tidak berdendam lagi. Saya reda kerana ini lumrah kehidupan.
“Saya harap apa yang berlaku kepada kami ini dapat menjadi pengajaran bukan sahaja kepada para selebriti tetapi kepada orang-orang lain di luar sana,” akhirinya.
Terdahulu, Syamsul telah sah melafazkan cerai talak satu terhadap Puteri Sarah pada Rabu di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas.
Ads
Dalam prosiding hari ini, Puteri Sarah diwakili peguam syarie Datuk Akberdin Abdul Kader manakala Syamsul diwakili peguam syarie Azmi Mohd. Rais.
Pada 24 Mac lalu, selepas proses JKP berlangsung di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) di sini Puteri Sarah mengatakan proses itu gagal menemui jalan penyelesaian.
Aktres itu berkata, tiada perkara yang perlu dirunding atau dibincangkan lagi memandangkan hatinya telah tertutup untuk berdamai selepas nekad mahu bercerai.
Kemudian pada 18 April lalu, pasangan itu sepatutnya merekodkan persetujuan penyelesaian yang dikatakan telah dicapai dalam satu pertemuan yang mana Syamsul juga akan melafazkan talak terhadap Puteri Sarah pada hari tarikh tersebut.
Bagaimanapun saman terhadap Ira Kazar dan pengurangan jumlah tuntutan nafkah anak antara yang menjadi penghalang kepada penceraian antara Puteri Sarah dan Syamsul.
Untuk rekod Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat telah memuat naik satu video di akaun Instagram miliknya.
Menariknya, video tersebut memaparkan penyanyi berusia 27 tahun itu mempersembahkan lagu ‘My Heart Will Go On’ nyanyian Celine Dion di Annual Dinner 2018 anjuran Alha Alfa Cosmetics di Hotel Majestic, semalam.
“Thank you for tonight! Congrats and see you again and again abang Alha! @buzzingmalaysia Who’s excited for my new ballad song? #AydaJebat #AJscreamer #AreYouReadyAJS” tulisnya.
Genap dua minggu anak keduanya dilahirkan, pelakon Fizo Omar mendedahkan nama puterinya, Wan Khaleeda Wan Hafizol menerusi laman Instagramnya.
Menerusi perkongsian itu juga, Fizo atau nama sebenarnya, Wan Hafizol Wan Omar, 37, turut memuat naik momen ketika dia mendaftar nama anaknya itu di Jabatan Pendaftaran Negara di Putrajaya untuk mendapatkan sijil kelahiran.
“Wan Khaleeda Wan Hafizol. Dah nak setahun kahwin baru ambil sijil nikah. Ni pun sebab nak kena daftar kelahiran baby.
“Daddy baru nak up macam ni la. Dadddy-daddy kat luar sana kena ingat pendaftaran kelahiran ni dalam tempoh 60 hari je. So bertindak cepat okay,” tulis Fizo.
Beberapa perkongsian daripada usahawan yang juga bekas pembantu peribadi Datuk Seri Vida, Ahmad Iqbal Zulkefli mencuri perhatian apabila dia ada memuat naik tangkap layar yang merakamkan bekas majikannya itu menangis kegembiraan.
Sambil mengakui hubungan mereka cukup akrab, Iqbal antara lain turut mendedahkan Datuk Vida sendiri akan berkongsi punca dia menangis terharu.
Perkara tersebut dikongsikan lelaki berusia 27 tahun itu di Insta Stories, pada Khamis.
“Di sebalik gelak tawa yang kalian lihat dari Dato Seri Vida, sebaliknya beginilah beliau apabila dengan saya. Voice pagi ini beliau hantar kepada saya. Menangis gembira,” tulisnya pada sedutan video tersebut.
“Sesetengah orang hanya menganggap saya mendekati beliau hanya kerana ‘mengikis harta’ namun jauh sekali begitu. Mereka perlu tahu kami benar-benar akrab. Dunia akhirat,” tulis Iqbal pada status Insta Stories yang berbeza.
Sementara itu, Iqbal juga menambah, Datuk Vida pernah berkongsi dia pernah bercita-cita untuk bergelar ustazah selain sering kongsi ‘voice note’ dirinya yang mengalunkan ayat suci al-quran.
“Rutin Dato Seri Vida sejak bertahun dulu. Cuba lihat jam berapa (3:27 pagi). Beliau akan hantarkan suara mengaji, dengan hasrat mahu pandai baca Al Quran.
“Cita-citanya mahu jadi ustazah. Dulu saya berseloroh, “gelak tu cuba perlahan sedikit”. Jawab Dato Seri Vida, “tak boleh nak kontrol jadi sendiri”. Lama kelamaan saya jadi risau kalau lama tak berbunyi suara gelak beliau,” tulisnya.
“Ini jawapan ramai yang DM tanya kenapa Dato Seri Vida menangis gembira… 30/8/2021. Nanti beliau sendiri akan kongsikan,” kongsi Iqbal menerusi sekeping foto Datuk Vida yang ketika itu dipercayai sedang mengambil ujian kesuburan.
Pada masa sama, Iqbal ada memuat baik sekeping foto berbeza yang merakamkan aksi kandid penyanyi lagu I Am Me itu ketika berada di Tanah Suci Mekah.
“4/3/2018. Dato Seri Vida bawa diri ke Mekah untuk berdoa; saat perkahwinan kami tidak direstui oleh beberapa pihak. Itu kali pertama saya tidak mengikuti beliau ke luar negara.
“Setiap kali di hadapan Kaabah, beliau video call dengan saya dan menasihati saya agar bersabar,” tulisnya.
Terdahulu, nama Iqbal yang kini turut sukses dalam dunia bisnes menjadi sebutan apabila kisahnya yang dikatakan bakal berkahwin dengan usahawan terbabit kembali diperkatakan.
Dia bagaimanapun tampil memperincikan mengenai situasi sebenar mengenai hubungan di antara mereka dan turut berkongsi hal berkaitan di laman Instagram.
Foto: Instagram Iqbal Zulkefli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia hiburan Korea Selatan dikejutkan dengan laporan polis membabitkan pelakon popular, Lee Ji-hoon, selepas isterinya mendakwa dirinya dipukul dalam satu pertengkaran di kediaman mereka...