Sejak semalam, tular ciapan seorang individu yang meluahkan rasa kecewa selepas kasut yang baru dibelinya daripada sebuah jenama terkenal antarabangsa telah menyebabkan kakinya melecet sehingga membataskan pergerakannya ketika bekerja.

Jelas individu berkenaan, dia amat mengharapkan kasut tersebut dapat memberikan keselesaan memandangkan dia membelinya dengan harga yang agak mahal.

Disebabkan terlalu kecewa, individu berkenaan memutuskan untuk menjual semula kasut tersebut agar dapat membeli kasut yang lain.

Tidak lama selepas itu, tweet yang kemudiannya tular itu mendapat respon daripada selebriti terkenal yang juga merupakan duta bagi jenama kasut berkenaan iaitu Ayda Jebat.

Jelas Ayda, dia amat bersimpati dengan kisah tersebut dan disebabkan itu, dia bersedia membantu wanita berkenaan untuk membeli semula kasutnya.

“Hi, saya terbaca tweet awak. Boleh saya tahu beli di cawangan atau kedai mana? Kesiannya kaki awak sakit.

“Alhamdulillah sepanjang pengalaman saya, saya ada banyak kasut Skechers semua saya pakai selesa. Tak mengapa, saya beli kasut awak so awak boleh beli kasut lain. DM saya,” tulisnya.

IKLAN

Respon daripada Ayda itu nyata telah membuatkan individu tersebut berasa amat terharu.

“Hi Ayda Jebat, terima kasih sangat atas keperihatinan awak tapi kaki saya size besar. Betul ke awak nak beli, saya nak dm tapi tak boleh nak dm pulak

“Saya beli March 2023 haritu, baru pakai tiga hingga empat kali sebab tak sanggup nak kaki melecet lagi,” balas individu tersebut.

Kata Ayda lagi, dia akan tetap membeli kasut tersebut meskipun saiznya tidak sepadan.

IKLAN

“Kaki saya kasa kecil. Tak mengapa. Saya boleh bagi siapa yang nak nanti. Boleh dm saya dekat Instagram? Skechers which model?,” ujarnya lagi.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum terhadap tindakan tersebut selain turut memuji Ayda kerana menjalankan tanggungjawabnya sebagai duta dengan baik.

“Macam inilah tugas seorang duta. Tak sia-sia aku beli Skechers, memang selesa and tahan lasak.

“Baik nya kakak! As usual.

IKLAN

“Sebab inilah saya suka Ayda Jebat sejak cerita rindu awak 200%.

“Ambassador Skechers doing their jobs. Terbaik AJ.

“Baik betul Ayda. Idola betul,” antara komen-komen netizen di Instagram.

“Macam Ni Lah Tugas Duta…,” – Individu Ini Kecewa Kasut RM600 Buat Kaki Melecet, Netizen Kagum Respon Ayda Jebat “Macam Ni Lah Tugas Duta…,” – Individu Ini Kecewa Kasut RM600 Buat Kaki Melecet, Netizen Kagum Respon Ayda Jebat

Terdahulu, Ayda merupakan antara selebriti yang laris dan selalu dipilih untuk menjadi duta bagi jenama tempatan dan antarabangsa.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Twitter Ayda Jebat & Kekna Gojes

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI