Isteri kepada usahawan dan penyampai radio, Shuib iaitu Watie menyifatkan suaminya itu sebagai jodoh yang tepat.

Menerusi perkongsian di Instagram yang dikemas kini,  dia yang kini berbulan madu bersama Shuib turut percaya akan sabar yang membawa kepada suatu yang terbaik.

Malah, menerusi hantaran sama, wanita berusia 35 tahun ini turut berkongsi momen saat keduanya menjalinkan hububungan.

“Banyak Benda Actually Pertama Kali Buat Bersama Shuib,” – Watie

IKLAN

“Suami Kiriman Tuhan. Banyak benda actually pertama kali yang buat bersama dia ni. Dia selalu minta bersabar sebab bercinta dengan dia tak macam bercinta dengan org lain dia cakap.

“Bila dating, bawa kawan, bawa anak, bawa mak. Jalan takde nak pimpin pimpin tangan, takde dinner date, takde nak pi travel berdua-duaan.

“Bila nak suprisekan birthday kita pun, dia datang buat suprise dok table lain, pandang-pandang jeling-jeling je dari jauh.

IKLAN

“Dan rupanya sabar itu indah…. Allah nak kita lalui segala momen tu di saat yang tepat. Now we both know the meaning of ‘honeymoon’,” tulis Watie panjang lebar.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Watie Hanifiah (@iamwatie)

IKLAN

Hantaran berkenaan pantas mendapat reaksi peminat termasuk rakan selebriti yang turut menitipkan dedikasi buat dia dan suami.

Terdahulu pada Jumaat, pasangan ini selamat disatukan sebagai pasangan suami isteri dengan sekali lafaz.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI