Pelakon Rita Rudaini merupakan antara selebriti yang sering berkongsikan aktiviti sehariannya bersama anak-anak menerusi platform laman sosial.

Terbaharu, video yang dimuat naik menerusi laman TikTok miliknya, meraih perhatian netizen apabila rata-ratanya melahirkan perasaan kagum di atas didikan Rita yang menerapkan keseimbangan pendidikan dunia dan akhirat buat dua putera hatinya itu.

Menerusi video itu, ia memaparkan anak sulung Rita iaitu Rayyan sedang menghafaz Al-Quran di hadapan pelakon itu serta adiknya, Arjuna.

“Setiap kali cuti , time Maghrib dia akan minta mommy dan adik check balik hafazan dia dari juzuk 1.  Dia takut dia lupa.. sebak hati sebenarnya tengok anak-anak dah besar.  Dalam hati mommy cakap ‘mungkin ini hikmah ALLAH nk hadiahkan pada aku’.

“Walaupun kami tak perfect macam orang lain tapi aku ada anak-anak yang taat dan membahagiakan hati aku, Alhamdulillah.

“Mommy dan adik tak sabar nak tunggu Rayyan balik,” tulis Rita di ruangan kapsyen.

IKLAN
@ritrud727Setiap kali cuti ,time maghrib dia akan mintak mommy n adik check balik hafazan dia dr juzuk 1…dia takut dia lupa..sebak hati sebenarnya tgk anak2 dah besar…dlm hati mommy ckp ‘mungkin ini hikmah ALLAH nk hadiahkan pd aku..walaupon kami xperfect mcm org lain tp aku ada anak2 yg taat dan membahagiakan hati aku 😔…ALHAMDULILLAH..’ …Mommy n adik xsabar nak tggu ryan balik 👩‍👦‍👦 🤍

♬ original sound – Rita Rudaini

Untuk info, anak sulung Rita kini belajar di sebuah Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Negeri Sembilan.

Menjengah ke ruangan komen, netizen berbangga dengan usaha Rita sebagai ibu tunggal yang tidak pernah gagal dalam memberikan pendidikan terbaik buat anak-anaknya.

“Dapat didik anak kenal Allah dan Al-Quran adalah kejayaan sebenar dan kebahagiaan yang paling besar.

IKLAN

“Kami yang dengar pun dah sejuk (hati).  Tahniah Rayyan.

“SubhanaAllah, sebak tengok, anak yang hebat hasil daripada didikan seorang ibu yang hebat.  Tahniah buat Rita.

“Alhamdulillah, Rita mama yang hebat.  Semoga abang dan adik terus membesar dengan sihat dan menjadi anak yang soleh.  Jaga ibu kamu sebaiknya abang, adik.

IKLAN

“Biar Allah sahaja menilai semua yang Rita dah buat untuk anak-anak, tak sempurna tapi cukup membahagiakan,” komen sebahagian netizen.

Sekadar info, hasil perkahwinan terdahulu dengan pemain bola sepak, Aidil Zafuan, Rita dikurniakan dua anak lelaki, Airit Rayyan Rizqin, 13, dan Airit Qaqa Arjuna, 11, yang kini berada di bawah jagaan aktres tersebut.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI