Memiliki cahaya mata merupakan salah satu perkara terindah bagi setiap pasangan bergelar ibu bapa.
Terbaru, usahawan kosmetik terkenal Datuk Seri Aliff Syukri atau sinonim dengan panggil abang terlajak laris itu ada memuat naik sekeping gambar anaknya bernama Yusoff Al Qardawi.
Menerusi entri tersebut, Aliff telah berkata bahawa dia kini sudah tidak sabar lagi untuk menimang cahaya mata yang bakal dilahirkan tidak lama lagi.
“Abang rindu dan tak sabar nak dapat baby lagi. Rindu nak azankan telinga kanan, iqamatkan telinga kiri. tak sabar nak tunggu baby abang keluar. abang kalau boleh setiap tahun nak baby.
Ads
“abang percaya dan yakin baby membawa rezeki yang melimpah ruah kepada abang.. .Korang setuju tak kalau abang nak baby setiap tahun? komen dekat bawah,” tulisnya.
Terdahulu, Datin Seri Nurshahida yang merupakan isteri kepada Aliff, telah disahkan hamil bayi kembar pada Mei lalu.
Ads
Bagaimanapun, salah satu dari bayi kembar tersebut telah gugur dari kandungan.
Aliff dan Shahida mendirikan rumah tangga pada tahun 2007 dan dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 11, Ibrahem Edham, 7, Qadeeja El Zahra, 9, Yusoff Al Qardawi, 10 bulan dan anak angkat perempuan, Ameena, berusia enam bulan.
Terkini di Instagram Cik Epal, suaminya yang dikenali sebagai Jofliam dilihat memberi reaksi terhadap kisah sensasi yang terpalit kepada mereka, sejak minggu lalu.
Ulasnya, dia tidak faham mengapa ada segelintir pihak yang tidak berpuas hati dengan segala apa yang dilakukan mereka.
Malah dia turut menyelit perihal kereta RM500,000 yang dibeli secara tunai.
“Saya rasa ramai yang nak menyedapkan hati diri sendiri ni. Saya tak buat apa pun. Ni pun dah penat bercuti. Apa yang kitorang buat ni?
“Tak kan kita shopping Balenciaga pun nak sakit hati. Kitorang bukan ada kereta cash RM500k dua tiga biji.
“Shopping pun baju Balenciaga je. Apa yang kamu mahu ni?” sambil diselangi lagu tema Doraemon dengan tulisan Ang Ang Ang.
Dilahirkan pada 17 Julai lalu di Wad Diraja Hospital Sultanah Aminah, Johor, putera kedua Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim diberi nama Tunku Abu Bakar Ibrahim.
Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli menerusi kenyataannya menyebut, pihak istana suka cita mengumumkan nama itu diperkenankan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
“Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Johor Darul Takzim dengan telek pandang dan limpah perkenan Tuanku dan dengan persekutuan Jumaah Majlis Diraja menamakan putera dan waris Tunku Mahkota Johor seperti berikut, Tunku Abu Bakar Ibrahim Tunku Ismail,” katanya dalam satu kenyataan, di sini.
Pasangan diraja ini disatukan bersama Che Puan Khaleeda pada 2014 dan mempunyai puteri sulung, Tunku Khalsom Aminah Sofiah yang lahir pada Jun tahun 2016 dan putera pertama yang juga pewaris takhta Johor, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim yang diputerakan pada Oktober 2017.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon tinggi lampai, Mimi Lana tidak mahu mengulas panjang mengenai hubungan cinta yang sudah terjalin sejak sekian lama dengan pelakon, Syafiq Kyle memandangkan aktor tersebut sudah pun menjelaskan mengenainya tidak lama dulu.
Malah jelasnya lagi, dia juga risau andai kisah cinta yang sering ditanya secara tidak langsung akan membuatkan cerita perihal kerjaya akan ketinggalan ke belakang.
“Saya rasa kenyataan Syafiq sudah memadai untuk semua orang faham mengenai hubungan kami. Jadi tidak perlulah untuk saya komen panjang-panjang.
“Malah saya pun tidak mahu perbesarkan hal ini, risau nanti cerita ini akan lebih dapat perhatian berbanding kerjaya masing-masing,” katanya kepada MH.
Berkongsi mengenai tindakannya yang memuat naik foto bersama hero Nur itu, Mimi menjelaskan ia sebenarnya hanyalah untuk promosi drama rantaian lakonan mereka ketika itu, Bukan Cinta Aku yang turut menampilkan Janna Nick dan Baim Wong.
“Foto yang saya muat naik tu sebenarnya ketika kami terlibat dalam drama Bukan Cinta Aku. Jadi saya muat naik untuk promosikan foto cuma mungkin kerana pada masa sama kami bersama, jadi ia lebih dapat perhatian.
“Sebelum ini pun saya ada juga kongsikan foto bersama dengan Syafiq dan kebetulan baru-baru ini dia ada keluarkan kenyataan fasal cinta. Jadi mungkin ia membuatkan peminat lebih teruja,” kongsi Mimi yang bakal promosikan filem pertamanya, Pusaka.
Ditanya mengenai sisi privasinya setelah mengakui hatinya sudah dimiliki pelakon terknal itu pula, Mimi mengakui pada peringkat awal dia biasa-biasa sahaja.
“Kami ni sama sahaja macam orang lain, biasa-biasa,” jelasnya yang turut mengakui pemenang tempat kedua Hero Remaja selepas Fattah Amin itu seorang yang positif dan rajin bekerja.
“Syafiq dia seorang yang sangat menyokong, sangat positif dan rajin bekerja,” kata Mimi yang turut terbuka untuk berlakon sama kekasihnya itu sebagai pasangan hero dan heroin menerusi mana-mana naskhah selepas ini.
Diusik sama ada hubungan yang terjalin mungkin akan ke fasa seterusnya, ini jawab Mimi;
“InsyaAllah, doakan yang baik-baik,” akhiri bekas peserta Pencarian Dewi Remaja ini.
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.