Kecoh di media sosial sejak semalam apabila pelakon dan penyanyi popular, Ayda Jebat ada berkongsi penampilan terkininya yang selekeh mengenakan baju-T lusuh lengkap berselipar dengan rambut dan wajah kusut.
Malah, video yang dirakam secara kandid aksi bintang ini yang menari-menari berlatarkan single hits, Temberang di tepian jalan raya turut ‘memancing’ mata ramai sekali gus mencetuskan tular.
Bagaimanapun, ramai yang dapat meneka bahawa penampilan terkininya itu adalah sebagai suatu tuntutan watak drama rantaian terkini lakonan Ayda berjudul Cindai di bawah produksi JS Pictures Sdn. Bhd.
“1st day. Ok ni lah Cindai. Mesti boyfriend tak mengaku ni girlfriend. Swipe kiri untuk gambar yang lebih cute. Steaaaady Cindai…,” tulisnya di entri Instagram.
Berkongsi mengenai hal tersebut dengan lebih lanjut, Ayda ketika dihubungi menjelaskan, penampilan sedemikian merupakan antara babak penting dalam Cindai.
Mendukung watak sebagai gadis teranaiya yang turut berdepan dengan krisis mental, Cindai merupakan suatu naskhah yang ditunggu-tunggu penerima Lagu Terbaik 2018 Anugerah Planet Muzik 2018 ini.
“Sudah lama saya impikan suatu watak mencabar, bermain dengan jiwa. Jika sebelum ini saya pernah mendukung watak air mata jadi kali ini ia agak berbeza. Malah jujurnya saya turut membuat persiapan rapi demi Cindai.
“Ada lakukan rujukan menerusi beberapa buah filem antarabangsa sebabnya saya bawa watak yang ada kaitan dengan penyakit mental dan bipolar.
Ads
“Sedar tidak sedar, sebenarnya ada di antara kita juga yang ada simpton sedemikian, cuma mungkin tahapnya mungkin berbeza dengan individu lain.
“Sebab itulah ada di antara kita yang hilang kawalan lalu sanggup berbuat jahat. Kita sedar hal itu tak betul, tapi tidak dapat untuk kawalnya. Itulah konflik jiwa yang dihadapi Cindai” katanya.
Ads
Ayda bagaimanapun tidak mahu dilihat terlalu mencuba hingga wataknya dibawa secara berlebih-lebih.
“Meski saya ada buat beberapa rujukan, namun saya tidak mahu terbawa-bawa dengan watak sedia ada.
“Biarlah ia hadir secara natural. Kata orang, tidak mahu terlalu ‘ready’, tetapi lakukan dengan cara yang ‘steady’,” jelas Ayda lagi.
Selain Ayda, drama 12 episod ini turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Syazwan Hassan, Raysha Rizrose, Fatin Afeefa, Nazim Othman dan ramai lagi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon tinggi lampai, Mimi Lana tidak mahu mengulas panjang mengenai hubungan cinta yang sudah terjalin sejak sekian lama dengan pelakon, Syafiq Kyle memandangkan aktor tersebut sudah pun menjelaskan mengenainya tidak lama dulu.
Malah jelasnya lagi, dia juga risau andai kisah cinta yang sering ditanya secara tidak langsung akan membuatkan cerita perihal kerjaya akan ketinggalan ke belakang.
“Saya rasa kenyataan Syafiq sudah memadai untuk semua orang faham mengenai hubungan kami. Jadi tidak perlulah untuk saya komen panjang-panjang.
“Malah saya pun tidak mahu perbesarkan hal ini, risau nanti cerita ini akan lebih dapat perhatian berbanding kerjaya masing-masing,” katanya kepada MH.
Berkongsi mengenai tindakannya yang memuat naik foto bersama hero Nur itu, Mimi menjelaskan ia sebenarnya hanyalah untuk promosi drama rantaian lakonan mereka ketika itu, Bukan Cinta Aku yang turut menampilkan Janna Nick dan Baim Wong.
“Foto yang saya muat naik tu sebenarnya ketika kami terlibat dalam drama Bukan Cinta Aku. Jadi saya muat naik untuk promosikan foto cuma mungkin kerana pada masa sama kami bersama, jadi ia lebih dapat perhatian.
“Sebelum ini pun saya ada juga kongsikan foto bersama dengan Syafiq dan kebetulan baru-baru ini dia ada keluarkan kenyataan fasal cinta. Jadi mungkin ia membuatkan peminat lebih teruja,” kongsi Mimi yang bakal promosikan filem pertamanya, Pusaka.
Ditanya mengenai sisi privasinya setelah mengakui hatinya sudah dimiliki pelakon terknal itu pula, Mimi mengakui pada peringkat awal dia biasa-biasa sahaja.
“Kami ni sama sahaja macam orang lain, biasa-biasa,” jelasnya yang turut mengakui pemenang tempat kedua Hero Remaja selepas Fattah Amin itu seorang yang positif dan rajin bekerja.
“Syafiq dia seorang yang sangat menyokong, sangat positif dan rajin bekerja,” kata Mimi yang turut terbuka untuk berlakon sama kekasihnya itu sebagai pasangan hero dan heroin menerusi mana-mana naskhah selepas ini.
Diusik sama ada hubungan yang terjalin mungkin akan ke fasa seterusnya, ini jawab Mimi;
“InsyaAllah, doakan yang baik-baik,” akhiri bekas peserta Pencarian Dewi Remaja ini.
Penyanyi, Azza Elite ada memuat naik sekeping gambar menerusi laman media sosial Instagram miliknya.
Azza atau nama sebenarnya Nor Azzarima Zawari itu telah berkongsi foto bersama rakan pelakon, Rozita Che Wan.
Di samping itu, Azza juga telah mengimbau kembali kenangan ketika dia dan Che Ta di zaman kegemilangan dunia peragaan.
“#Repost @rozitachewan1with @get_repost My bff yang paling kelakar @azzazawari . tedia lawa bak ang bff kami @rozitachewan1 ko ada ke bff chantikk?? wek wek x da diam dari
“zaman @andrewsmodelsmalaysia we both from andrew. tp i model kiki lala ok bai yg penting muka i pun ada terpampang kt opis andrew .. yg lain x da wekkk wekk masa tu me kurus ..”tulisnya.
Pelakon Datin Eina Azman berkongsi pengalamannya ketika permulaan peringkat ketika belajar memasak.
Kongsinya lagi, pelbagai perkara yang menimpa ibu beranak dua ini menerusi Intagramnya.
“Hi guys! Assalamualaikum semua! Dulu masa Eina first2 belajar masak, pecah pinggan, hangus, luka tangan semua.
“Tok (nenek) dgn mummy Eina selalu risau kalau Eina dalam dapur. Tapi sebab Eina tekad nak belajar, Eina masuk dapur jugak! Bila dah pandai macam2 dish Eina cuba dan kongsikan.
“Mula-mula ramai juga kritik cara Eina masak. Tapi Eina tabahkan hati dan teruskan kongsi. Alhamdulillah tak sangka ramai wanita luar sana dapat inspirasi dari masakan Eina! Bila kita berani cuba buat sesuatu baru kita dapat hasilnya kan? Itulah org tua2 selalu ckp tak kenal tak cinta kan,” kongsi Eina sambil disertakan resipi telur bistik.
Tahniah diucapkan kepada penyanyi Hafiz Suip, yang telah selamat melangsungkan perkahwinan kali keduanya bersama wanita pilihan hatinya yang dikenali sebagai Fiona.
Menerusi perkongsian sepotong video...