Ads

Rieffa Sebak Hingga Hampir Rebah Tersingkir Big Stage Rocketfuel Minggu Ke-4, Markah Ranisha Tertinggi 74.67%

Pendatang baharu, Rieffa gagal meneruskan saingan ke pusingan seterusnya apabila diumumkan tersingkir pada saingan konsert minggu keempat Big Stage Rocketfuel, malam tadi.

Membawakan lagu Terakhir nyanyian asal Sufian Suhaimi, persembahan Rieffa tidak berjaya memikat hati barisan juri sekali gus menyaksikannya hanya memperoleh markah sebanyak 65.00%.

Lebih menyentuh hati, sebaik sahaja namanya diumumkan sebagai peserta yang tersingkir, Rieffa dilihat tertunduk dan gagal mengawal emosinya sebelum ditenangkan oleh rakan-rakan peserta lain.

“Mama, Saya Minta Maaf…”

Ketika menyampaikan ucapan terakhir di pentas, Rieffa memohon maaf kepada semua penyokong, khususnya ahli keluarga yang sentiasa memberikan sokongan sepanjang penyertaannya.

“Kepada semua yang menyokong saya, terima kasih kerana bersama dengan saya selama empat minggu ini. Kepada mama, saya minta maaf.

“Saya tak berjaya ke minggu berikutnya. Kepada semua ahli keluarga dan penyokong, saya minta maaf. Saya tak boleh nak bercakap lagi,” katanya sebak.

Turut berada dalam kelompok tiga peserta tercorot minggu ini ialah Yad-Z dan Aliff Kimiey.

Yad-Z meraih markah 65.67%, manakala Aliff Kimiey pula memperoleh 65.33%.

Ads

Rieffa Sebak Hingga Hampir Rebah Tersingkir Big Stage Rocketfuel Minggu Ke-4, Markah Ranisha Tertinggi 74.67%

Rieffa Sebak Hingga Hampir Rebah Tersingkir Big Stage Rocketfuel Minggu Ke-4, Markah Ranisha Tertinggi 74.67%

Rieffa Sebak Hingga Hampir Rebah Tersingkir Big Stage Rocketfuel Minggu Ke-4, Markah Ranisha Tertinggi 74.67%

Rieffa Sebak Hingga Hampir Rebah Tersingkir Big Stage Rocketfuel Minggu Ke-4, Markah Ranisha Tertinggi 74.67%

Ads

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/adam-nazmie-kuasai-big-stage-rocketfuel-minggu-ketiga-dengan-74-33-tiada-rezeki-sabrina-jadi-peserta-kedua-tersingkir/

Ranisha Markah Tertinggi, Hussain Hatrik ‘Rockstar Of The Week’

Sementara itu, Ranisha pula muncul sebagai peserta terbaik minggu ini apabila persembahannya menerusi lagu Nak Dara Rindu berjaya memukau juri dan penonton, sekali gus mencatat markah tertinggi sebanyak 74.67%.

Tempat kedua dan ketiga masing-masing menjadi milik Danny serta duo Adam & Nazmie, manakala Hussain berada di kedudukan keempat dengan markah 69.67%.

Ads

Hussain turut dinobatkan sebagai pemenang kategori Rockstar Of The Week buat tiga minggu berturut-turut menerusi undian peminat.

Anda mungkin berminat dengan

Sepanjang lapan minggu pertandingan, para peserta bersaing merebut gelaran juara dengan tiga pemenang utama bakal membawa pulang Rocketfuel Artist Development Contract bernilai sehingga RM200,000 secara keseluruhan.

Musim kali ini pada asalnya menampilkan 10 peserta iaitu Sufie Rose, Qilo, Rieffa, Danny, Aliff Kimiey, Yad-Z, Ranisha, Danial Kifli, Sabrina dan duo Adam & Nazmie sebelum Hussain diumumkan sebagai peserta ke-11.

Ganjaran yang ditawarkan merangkumi penghasilan single dan video muzik, latihan vokal, pembangunan imej, sokongan pemasaran serta bimbingan kerjaya secara profesional.

Program yang dihoskan oleh Nabil Ahmad dan Azeva Natassha itu bersiaran setiap Ahad, pukul 9.00 malam di Astro Ria, selain boleh distrim menerusi Astro GO dan Sooka.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Tun M, Tun Hasmah Sudah 70 Tahun Bersama, Masya-Allah,” – Bella...

Pelakon dan penyanyi, Bella Astillah berkongsi dia bersama tunangnya yang juga Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq, berpeluang mengisi masa sekali gus menerima nasihat serta...
error: Hello. Cannot.