Ads

“Kita Kena Raikan Tanpa Ada Perasaan Iri Hati,” – Elly Mazlein Terbuka Bergandingan Dengan Hos Muda, Perjelas Kenyataan ‘Gantung Mikrofon’

Elly
Elly

Selebriti versatil, Elly Mazlein meluahkan rasa teruja melihat perkembangan industri hiburan tempatan yang kini semakin rancak dengan kehadiran bakat baharu untuk mengendalikan program televisyen berskala besar.

Menurut Elly atau nama sebenarnya, Sharifah Aida Mazlina Syed Hanafi, kemunculan wajah baharu seperti Azeva Natassha dan Cik B disifatkan mampu menyuntik nafas segar kepada industri pengacaraan tanah air.

“Kita Kena Raikan Tanpa Ada Perasaan Iri Hati,” – Elly Mazlein Terbuka Bergandingan Dengan Hos Muda, Perjelas Kenyataan ‘Gantung Mikrofon’

“Saya suka melihat bila adanya Azeva dan Cik B sebagai antara pelapis baharu. Saya nampak perkembangan mereka sangat baik. Kita kena beri peluang kepada bakat baharu ini untuk melebarkan sayap.

“Kita memang memerlukan pelapis untuk menyambung legasi,” katanya kepada MH.

Elly berkata demikian ketika ditemui pada sesi promosi drama terbaharunya, Jutawan Ekspres 2, baru-baru ini.

Rezeki Perlu Dikongsi, Industri Perlukan Pelapis

Mengulas mengenai pertukaran barisan pengacara program realiti Big Stage yang berlaku mengikut musim, Elly menyifatkan perkara itu sebagai perkembangan positif yang perlu diraikan.

“Kita Kena Raikan Tanpa Ada Perasaan Iri Hati,” – Elly Mazlein Terbuka Bergandingan Dengan Hos Muda, Perjelas Kenyataan ‘Gantung Mikrofon’

Ads

“Pada musim pertama dahulu, kita ada Alif Satar dan Sherry. Kemudian, ada saya dan Rina Nose. Kini, ada Nabil dan Azeva pula. Biarlah kita semua merasa. Ini adalah rezeki.

“Saya seorang yang sangat mudah. Kalau bukan rezeki saya, ia rezeki orang lain. Kita kena raikan tanpa ada peraan iri hati,” kongsinya lagi.

‘Gantung Mikrofon’ Hanya Mahu Berehat, Sedia Bimbing Hos Muda

Dalam pada itu, Elly turut menjelaskan kenyataannya sebelum ini mengenai hasrat untuk ‘menggantung mikrofon’, yang disalah tafsir oleh segelintir pihak seolah-olah dia ingin meninggalkan dunia seni.

Jelasnya, ungkapan tersebut hanya merujuk kepada keinginannya untuk berehat seketika daripada bidang pengacaraan sebelum meneroka cabang kerjaya lain yang telah dirancang.

Baca Artikel Lain; 

Ads

https://www.mediahiburan.my/elly-mazlein-bangga-anak-sulung-raih-straight-a-ikhtiar-pantau-pelajaran-walau-sibuk-nikmat-apa-lagi-yang-nak-saya-dustakan/

“Kita Kena Raikan Tanpa Ada Perasaan Iri Hati,” – Elly Mazlein Terbuka Bergandingan Dengan Hos Muda, Perjelas Kenyataan ‘Gantung Mikrofon’

“Saya ada perancangan sendiri tapi saya tidak boleh bagitahu sekarang. Buat masa sekarang, saya zip mulut dahulu. Insya-Allah itu adalah pengubat untuk para peminat.

“Ungkapan gantung mikrofon itu bermaksud saya mahu berehat seketika. Saya akan berganjak ke arah yang lain pula.

“Kita bagi peluang ini kepada pada pelapis baharu. Kita punya industri pengacaraan pun tak terlalu ramai. Alih-alih muka sama juga.

Ads

“Dengan adanya pelapis baharu, ini perkembangan yang sihat. Saya sangat menyokong dan terima dengan baik,” ujarnya lagi.

Anda mungkin berminat dengan

Pada masa sama, Elly mengakui tidak sabar untuk bergandingan dengan mana-mana hos muda sekiranya diberikan peluang.

“Kita Kena Raikan Tanpa Ada Perasaan Iri Hati,” – Elly Mazlein Terbuka Bergandingan Dengan Hos Muda, Perjelas Kenyataan ‘Gantung Mikrofon’

“Saya suka jika diberikan peluang untuk bergandingan bersama bakat-bakat baharu seperti Azeva dan Cik B. Ia seperti kakak memberikan tunjuk ajar.

“Saya tiada masalah untuk bekerja dengan pelapis baharu ini. Sudah tentu keadaannya akan jadi seronok. Lebih-lebih lagi dengan mereka yang pungai corak personaliti sama dengan kita,” akhirinya.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Media Hiburan (@mediahiburanofficial)

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Sebagai Orang Luar, Saya Doakan Kebahagiaan Kalian,” – Cik B Rasa...

Personaliti media sosial yang juga anak kepada usahawan sensasi Datuk Seri Vida, iaitu Cik B, mencuri perhatian selepas berkongsi luahan hatinya menerusi satu hantaran di aplikasi sosial, Threads pada Isnin.
error: Hello. Cannot.