Ads

Reza Rahadian Tahu Bezakan Tugas Pelakon & Pengarah, Teruja Nak Kerjasama Dengan Erma Fatima – “Tekanan Sebenar Ada Pada Jalan Cerita Dan…”

Meskipun mempunyai pengalaman sebagai pengarah, pelakon Indonesia, Reza Rahadian menegaskan dirinya tidak berdepan sebarang masalah untuk bekerja di bawah arahan pengarah lain.

Menurut Reza, setiap kali menerima tawaran untuk membintangi sesebuah karya, dia akan mengetepikan seketika sisi pengarah dalam dirinya agar dapat memberikan sepenuh fokus terhadap tanggungjawab sebagai pelakon.

Reza Rahadian Tahu Bezakan Tugas Pelakon & Pengarah, Teruja Nak Kerjasama Dengan Erma Fatima - “Tekanan Sebenar Ada Pada Jalan Cerita Dan…”

“Saya sudah bergelar pelakon agak lama. Saya rasa sangat bertuah kerana apabila saya ditawarkan untuk berlakon, urusan berkaitan pengarahan akan hilang seketika di dalam diri saya.

“Saya akan letak di luar. Saya akan datang ke set dengan semangat hanya sebagai seorang pelakon. Saya tidak akan terlalu menganalisa seperti mana tugas pengarah.

“Saya hanya akan menganalisa skrip saya secara profesional sebagai seorang pelakon,” katanya kepada MH.

Reza berkata demikian ketika ditemui pada majlis sidang media dan sesi pengenalan barisan pelakon filem Langit 2 Warna, baru-baru ini.

Teruja Bekerjasama Dengan Erma Fatima

Dalam masa sama, Reza mengakui teruja apabila diberi peluang untuk bekerjasama dengan pengarah Erma Fatima, yang disifatkannya sebagai satu pengalaman cukup menarik, lebih-lebih lagi apabila filem tersebut menampilkan barisan pelakon lelaki yang begitu dominan.

Ads

Reza Rahadian Tahu Bezakan Tugas Pelakon & Pengarah, Teruja Nak Kerjasama Dengan Erma Fatima - “Tekanan Sebenar Ada Pada Jalan Cerita Dan…”

“Saya sangat teruja dan gembira kerana kita punyai pengarah wanita yang akan mengendalikan sebuah filem yang didominasi oleh pelakon-pelakon lelaki.

“Kita ada banyak watak lelaki yang sangat kuat di dalam filem ini dan ia bakal diarahkan oleh pengarah wanita. Pada saya, ia sesuatu yang sangat indah. Saya tidak sabar untuk melihat perjalanannya nanti,” ujarnya lagi.

Pada masa sama, Reza turut mengakui pembabitannya dalam filem tersebut cukup istimewa memandangkan dia jarang membintangi karya yang mengetengahkan elemen keagamaan secara menyeluruh.

Ads

Reza Rahadian Tahu Bezakan Tugas Pelakon & Pengarah, Teruja Nak Kerjasama Dengan Erma Fatima - “Tekanan Sebenar Ada Pada Jalan Cerita Dan…”

“Saya jarang terlibat di dalam sebuah filem yang mengetengahkan tentang keagamaan. Sebelum ini, saya pernah terlibat di dalam filem seperti Perempuan Berkalung Serban dan Syurga Yang Tidak Dirindukan.

“Jadi, saya sangat gembira kerana ia bakal menjadi filem pertama saya yang mengetengahkan elemen agama secara keseluruhan dan diarahkan oleh pengarah Malaysia,” kongsinya lagi.

Ekspektasi Penonton Bukan Lagi Tekanan

Mengulas mengenai ekspektasi penonton, Reza menjelaskan perkara itu tidak lagi memberikan tekanan buat dirinya. Sebaliknya, dia sentiasa berpegang kepada prinsip untuk memberikan yang terbaik dalam setiap karya yang dijayakan.

Ads

Reza Rahadian Tahu Bezakan Tugas Pelakon & Pengarah, Teruja Nak Kerjasama Dengan Erma Fatima - “Tekanan Sebenar Ada Pada Jalan Cerita Dan…”

Anda mungkin berminat dengan

“Ekpektasi tidak lagi memberikan tekanan kepada saya. Saya sentiasa berjanji kepada diri sendiri untuk berusaha memberikan yang terbaik.

“Namun, segalanya berbalik kepada penonton sama ada mereka suka dan boleh terima atau tidak. Saya tak boleh nak mengarahkan mereka sama ada suka atau tidak. Itu hak mereka untuk menilai.

“Tekanan yang sebenar ada pada jalan cerita dan watak itu sendiri. Saya kena pastikan yang saya buat persediaan sebanyak yang mungkin.

“Semoga saya dapat beraksi dengan baik ketika di set dan tidak mengecewakan pengarah saya,” akhirinya.

Selain Reza, Langit 2 Warna turut dibintangi barisan pelakon seperti Ummi Nazeera, Eman Manan, Datuk Tamimi Siregar, Christine Hakim, Umie Aida dan ramai lagi.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Uqasha Senrose

“Ada Hari Kena Menangis, Dipukul & Diheret…,” – Uqasha Senrose Dedah...

Pelakon Uqasha Senrose mengakui teruja apabila diberi peluang bergandingan dengan pelakon berbakat besar seperti Elisya Sandha dan Aliff Aziz menerusi drama sensasi, berjudul Madu Atau Racun.