Pelakon Anna Jobling mengakui tidak menyangka apabila drama terbaharu lakonannya, Melur Untuk Firdaus di samping Meerqeen menjadi trending di Malaysia serta di negara jiran.

Anna atau nama sebenarnya, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 21, berkata dia pada awalnya ragu-ragu menantikan respon yang bakal diterima pencinta drama tempatan.

“Mungkin Penonton Gemar Melihat ‘Chemistry’ Saya Dan Meerqeen – Anna Jobling “Mungkin Penonton Gemar Melihat ‘Chemistry’ Saya Dan Meerqeen – Anna Jobling

“Saya tak sangka, sebab sebelum ia ditayangkan saya gementar memandangkan ini kali pertama saya mendukung watak heroin. Bimbang apa yang penonton akan suarakan bila menonton lakonan saya selain jalan ceritanya.

“Bila ia diperkatakan ramai, alhamdulillah. Malah drama ini juga turut menjadi buah mulut di negara-negara jiran dan rasa tak percaya, seperti mimpi. Jadi saya bersyukur sebab trending dan diterima baik,” katanya.

Mulai ditayangkan sejak 27 Mei lalu menerusi slot Lestary di TV3, peserta Dewi Remaja 2018/19 ini turut memberikan dedikasi kepada semua yang terlibat.

“Mungkin Penonton Gemar Melihat ‘Chemistry’ Saya Dan Meerqeen – Anna Jobling “Mungkin Penonton Gemar Melihat ‘Chemistry’ Saya Dan Meerqeen – Anna Jobling

IKLAN

“Jujurnya sepanjang lebih lima bulan penggambaran rasa berbaloi memandangkan dalam tempoh tersebut saya positif Covid-19 dan diserang Denggi. Penghargaan juga buat semua yang terlibat.

“Bila dapat maklum balas yang baik, sudah tentu kami rasa teruja gembira. Apa pun bagi saya sendiri, masih banyak ruang yang perlu diperbaiki daripada segi lakonan dari semasa ke semasa,” katanya lagi.

Ditanya apa yang membuatkan gandingan dua bintang muda ini menjadi perhatian ramai, Anna tidak menolak keserasian yang ada memberi bonus buat naskhah adaptasi novel itu.

“Mungkin Penonton Gemar Melihat ‘Chemistry’ Saya Dan Meerqeen – Anna Jobling “Mungkin Penonton Gemar Melihat ‘Chemistry’ Saya Dan Meerqeen – Anna Jobling

IKLAN

“Saya rasa antara faktor lain yang menyumbang kepada kejayaan drama ini mungkin kerana penonton gemar melihat ‘chemistry’ di antara saya dan Meerqeen (Melur & Firdaus Iskandar).

“Boleh nampak kekuatan dalam keserasiannya di situ meski wujud konflik perhubungan di antara keduanya. Malah karektor masing-masing pun berbeza,” katanya lagi.

Selain Anna dan Meerqeen, drama 28 episod ini turut dibarisi pelakon lain antaranya Fimie Don, Nesa Idrus, Haleeda Mazlin, Kuza dan ramai lagi.

Terdahulu, drama berkenaan mulai diperkatakan di Indonesia apabila seorang pengguna Tik Tok memberikan reaksi positif menerusi klip yang dikongsikan.

IKLAN

Malah, ada juga memberikan pendapat sama selain menyifatkan ia adalah drama yang baik dan wajib ditonton meski baru sahaja enam episod ditayangkan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI