Pengacara dan penyampai radio, Haziq Hussni secara rasmi mengumumkan pengunduran dirinya daripada stesen radio, Hot FM bermula hari ini.

Menurut Haziq atau nama penuhnya Muhammad Haziq Irfan Mohd Hussni, dia sebenarnya sudah merancang untuk tidak menyambung kontrak sejak akhir tahun lalu dan perkara itu sudah dimaklumkan kepada pihak pengurusan.

“Buat Masa Ini, Saya Akan Fokus Kepada…,” – Selepas 9 Tahun, Haziq Hussni Umum Tinggalkan Hot FM “Buat Masa Ini, Saya Akan Fokus Kepada…,” – Selepas 9 Tahun, Haziq Hussni Umum Tinggalkan Hot FM

“Buat Masa Ini, Saya Akan Fokus Kepada…,” – Selepas 9 Tahun, Haziq Hussni Umum Tinggalkan Hot FM“Niat saya untuk tidak menyambung kontrak telah diberitahu kepada pihak pengurusan sejak akhir 2021 dan setelah berbincang, saya secara rasminya mengakhiri tugas pada hari ini

“Buat masa ini saya akan fokus kepada beberapa perkara dahulu seperti perniagaan, pengacaraan TV dan acara serta meluangkan masa bersama keluarga lagi-lagi saya baru sahaja menimang cahaya mata ketiga.

“Insya-Allah akan ada perancangan baharu dalam karier saya yang akan diumumkan pada masa yang bersesuaian.

IKLAN

“Semoga kita berjumpa lagi di masa akan datang,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Menerusi perkongsian di Instagram, bapa kepada tiga orang cahaya mata ini memaklumkan sepanjang sembilan tahun berkhidmat, ia merupakan antara waktu yang terindah didalam hidupnya.

“Buat Masa Ini, Saya Akan Fokus Kepada…,” – Selepas 9 Tahun, Haziq Hussni Umum Tinggalkan Hot FM

IKLAN

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Haziq Hussni (@haziq_hussni)

“Sembilan tahun yang indah, penuh suka duka. Terima kasih semua yang terlibat dalam perjalanan seorang Haziq Hussni di Hot FM. Semoga kita berjumpa lagi. Haziq Hussni, Signing off.

Haziq turut mengucapkan terima kasih kepada semua pihak pengurusan, krew, rakan-rakan sekerja, rakan media dan semua yang terlibat dalam perjalanannya di Hot FM.

“Buat Masa Ini, Saya Akan Fokus Kepada…,” – Selepas 9 Tahun, Haziq Hussni Umum Tinggalkan Hot FM “Buat Masa Ini, Saya Akan Fokus Kepada…,” – Selepas 9 Tahun, Haziq Hussni Umum Tinggalkan Hot FM

IKLAN

Sekadar info, Haziq Hussni memulakan tugas di Hot FM pada Mac 2013 sebagai Zoomerz dan seterusnya menjadi penyampai radio pada Oktober 2014.

Selain menjadi penyampai, Haziq juga turut mengendalikan beberapa program TV seperti Muzik Muzik.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Haziq Hussni

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI