Penyanyi dan ahli perniagaan, Datuk Seri Siti Nurhaliza memuji golongan usahawan yang sentiasa menyokong antara satu sama lain untuk berjaya dalam lingkungan kerjaya masing-masing.

Bagi Siti, ia menjadi sesuatu perkara yang positif untuk saling membantu dalam memastikan setiap orang yang menceburkan diri dalam perniagaan terus berada di landasan yang betul.

“Nampak Deretan Kereta Mewah Tersusun MasyaAllah, Hebat Belaka…,” – Siti Nurhaliza Tumpang Bangga “Nampak Deretan Kereta Mewah Tersusun MasyaAllah, Hebat Belaka…,” – Siti Nurhaliza Tumpang Bangga

“Tahniah saya ucapkan kepada semua usahawan Richworks Group yang menjadi inspirasi kepada usahawan di luar sana. Dr Azizan juga insan yang disayangi ramai.

“Ketika sampai tadi saya nampak deretan kereta mewah tersusun, Masya-Allah. Hebat belaka semuanya,” katanya.

“Nampak Deretan Kereta Mewah Tersusun MasyaAllah, Hebat Belaka…,” – Siti Nurhaliza Tumpang Bangga

IKLAN

Penyanyi lagu Anta Permana ini berkata demikian ketika muncul membuat persembahan di Majlis Jamuan Aidilfitri Usahawan Jutawan Richworks 2022, di Setia Alam, baru-baru ini.

Malah, ibu kepada dua cahaya mata ini turut teruja melihat golongan usahawan yang sentiasa bersedia berkongsi rezeki dengan mereka yang memerlukan.

Lebih bermakna, Siti turut meluahkan rasa bangga apabila anak dan menantunya, Asyraf Khalid serta Tya Arifin menjadi antara usahawan bimbingan Richworks yang kian melakar sukses menerusi produk hasilan mereka.

“Dr pernah datang ke rumah dan berkongsi pengalaman dengan kami. Lebih bermakna apabila anakanda saya Asyraf dan Tya menjadi antara ‘result’ yang nyata dan berada dalam kelompok titan.

IKLAN

“Pastinya, suami pun sangat gembira dengan pencapaian mereka hasil bimbingan Dr Azizan. Terbaru Aazief juga sudah sertai jadi harap dia juga berjaya dan bukan main-main,” katanya lagi.

“Nampak Deretan Kereta Mewah Tersusun MasyaAllah, Hebat Belaka…,” – Siti Nurhaliza Tumpang Bangga “Nampak Deretan Kereta Mewah Tersusun MasyaAllah, Hebat Belaka…,” – Siti Nurhaliza Tumpang Bangga

Sementara itu pada majlis sama, Siti Nurhaliza turut berjaya menjemput Datuk Wira Dr Azizan Osman naik ke pentas dna berduet lagu Widuri selain memukau tetamu dengan beberapa buah lagu, antaranya Lip Lap Raya dan Nazam Lebaran.

IKLAN

Figura terkenal ini turut sempat mengusik golongan usahawan bergelar suami agar sentiasa memenuhi permintaan isteri untuk rezeki yang lebih luas selepas ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI