“Dia Terus Layak Jadi Penyampai Berita, Sedangkan Saya Berpeluh Comot,” – Zakiah Anas Imbau Zaman Awal Kenal Aznil Nawawi

Pegacara dan bekas peyampai berita, Zakiah Anas mengenang kembali detik-detik awal perkenalannya bersama sahabat baik yang juga merupakan pengacara popular, Datuk Aznil Haji Nawawi.

Menurut Zakiah, mereka yang pada ketika itu berhasrat ingin menjadi wartawan penyiaran telah dipertemukan di bilik berita, TV3 lebih tiga dekad yang lalu.

Katanya lagi, Aznil sememangnya seorang yang berbakat besar sejak daripada awal kemunculannya di dalam industri penyiaran.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zakiah Anas (@zakiah_anas)

“Berbangga sangat dengan sahabat yang sorang ni. The one and only @aznilnawawihm. Kami sama-sama bermula 31 tahun lalu di Bilik Berita TV3 Jalan Liku Bangsar.

IKLAN

“Sama-sama bertatih nk jadi wartawan penyiaran bersama tujuh orang lagi rakan satu batch. Dia terus layak menjadi pembaca berita, sedangkan saya berpeluh-peluh comot jadi wartawan,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh bekas pengacara program 999 itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.

Zakiah turut menambah, meskipun tidak lagi bergelar penyampai berita pada waktu itu, namun, dia tetap berbangga melihat perjalanan Aznil di dalam industri hiburan tanah air.

“Namun selepas itu bakatnya lebih terserlah dan cemerlang di bidang hiburan. Saya terus di bilik berita dan rezeki juga lepas tu dipilih sebagai penyampai berita. Alhamdulillah

“Dan dia terus gilang mencipta nama dengan pelbagai kejayaan dikecapi serta anugerah diraih dan yang terbaru ‘Anugerah Khas MELETOP’. Nil you are completely amazing,” ujarnya lagi.

IKLAN

Dalam perkembangan lain, Zakiah baru sahaja menbuat kemunculan semula di program berita, Buletin Utama TV3 selaku penyampai berita ‘lagenda’ bersempena ulang tahun kelahiran TV3 yang ke-38.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber & Kredit Foto: Instagram Zakiah Anas