Kerap kali disalah sangka sebagai Puteri Aishah kerana dikatakan mempunyai iras pelakon berkenaan, bintang baharu, Amy Nur Tinie akui dia tidak pernah berkecil hati.
Sebaliknya, Amy atau nama sebenarnya, Amy Nur Tinie Abdul Aziz, 26, melihat perkara itu dari sudut positif malah turut pernah berhadapan dengan perkara lucu kerana dikatakan sangat seiras dengan rakan pelakonnya itu.
“Memang bukan seorang dua yang kata muka saya sama macam Puteri Aishah, dah ramai cakap macam itu. Sampaikan ada peminat tersalah anggap saya Puteri Aishah bila jumpa saya di luar.
“Ada kejadian bila ada seorang peminat mahu bergambar dengan saya… masa tu dalam hati saya agak tertanya-tanya sebab saya pelakon baharu, macam mana pula dah ada peminat?
“Lepas sahaja bergambar, tiba-tiba peminat itu mengucapkan tahniah dan selamat pengantin baharu. Dia pun siap tanya mana suami?
“Terus saya kata ini salah orang ini, saya bukan Puteri Aishah. Mesti peminat itu menyesal bergambar dengan saya,” katanya berseloroh.
Ads
Selain Puteri Aishah, wajah Amy juga turut disamakan dengan pelakon Rozita Che Wan.
Sementara itu, dalam perkembangan lain, Amy kini selesai menjalani penggambaran filem psiko thriller, Jemputan Ke Neraka.
Ads
Filem arahan Amor Rizan itu menjalani penggambaran sekitar Pulau Carey dan Kuala Lumpur.
“Ini merupakan filem kedua saya selepas 10 Tips Tipu Bini. Saya teruja terlibat dalam projek filem psiko thriller selepas pernah mencuba genre komedi sebelum ini.
“Kalau boleh saya nak cabar diri dengan melakonkan semua genre filem agar penonton dapat melihat bakat dan keupayaan saya,” katanya.
Ads
Selain Amy, filem yang dijangka ditayangkan tahun hadapan itu turut dibintangi Janna Nick, Sharifah Sakinah, Hafreez Adam, Hariz Hamdan, Nick Syaf dan Jasper Supayah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Amy Nur Tinie
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara, Amyra Rosli tidak menafikan dirinya lebih menonjol menerusi watak protagonis setiap drama lakonannya.
Jelas aktres berusia 30 tahun ini, hal ini berlaku kerana dia sentiasa menerima tawaran sedemikian sepanjang lebih sedekad menceburi bidang karier seni lakonan tanah air.
Isteri kepada pelakon Amar Baharin ini bagaimanapun pernah melakonkan beberapa watak karakter antagonis, sebelum ini.
“Saya tak tahu nak cakap macam mana, tapi setiap kali bila orang lihat saya atas bawah mesti akan pilih saya untuk pegang watak yang baik.
“Tapi saya pernahlah juga dapat merasa pegang watak yang gila, psiko dan sebagainya sebelum ni ketika saya masih belum berhijab.
“Saya juga pernah berada dalam bidang dunia teater selama tiga tahun. Jadi, saya dah pernah rasa pegang macam-macam watak sebelum ini,” katanya.
Pemilik nama lengkap Nur Amira Izzati Rosli ini memberitahu, dia tidak mahu menolak rezeki sekiranya sentiasa ditawarkan untuk melakonkan watak sedemikian.
“Misal katalah kalau sampai kesudah saya dapat pegang watak baik, saya tidak menolak rezeki. Jadi, apa sahaja yang datang pada masa akan datang saya terima asalkan naskah itu sesuai dengan diri saya,” katanya lagi.
Amyra berkata demikian ketika ditemui secara virtual di sidang media drama rantaian terbaru, Jangan Menangis Cinta, pada Rabu.
Menerusi drama berkenaan, Amyra bergandingan bersama pelakon Remy Ishak di dalam siri yang diadatasi novel karya hasilan Siti Rosmizah.
Jangan Menangis Cinta bakal ditayangkan pada setiap hari Isnin hingga Khamis, jam 10 malam di slot MEGADRAMA, saluran Astro RIA, mulai 21 Mac depan.
Foto: Instagram Amyra Rosli
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pendakwah yang kini bergelar selebriti, PU Riz telah menafikan foto lelaki ‘selfie’ sambil menampakkan alat sulit yang mulai tular di media sosial sejak awal pagi lagi adalah dirinya.
Memetik mStar Online, pendakwah berkenaan menjelaskan dia terkejut apabila mengetahui mengenai hal berkenaan dan sudah pun membuat laporan polis di Balai Polis Sri Petaling, Selangor, pagi Selasa.
“Itu bukan saya! Saya terkejut apabila mengetahui mengenai foto lucah yang menampakkan alat sulit pagi ini.
“Saya sudah buat laporan polis,” katanya seperti yang dipetik.
Pada masa sama, Riz menambah dia ada menerima mesej berbaur ugutan pada malam Isnin.
Difahamkan, individu tidak dikenali itu ada meminta sejumlah wang dan tidak menolak ia ada kaitan dengan penyebaran foto terbabit.
“Malam tadi ada orang mesej saya minta duit, dia siap buat ugutan. Tapi saya abaikan saja mesej individu itu. Pagi ini saya terkejut apabila tiba-tiba timbul foto lucah.
“Kerana itu juga saya buat laporan polis kerana lelaki itu berniat jahat terhadap saya,” ujarnya lagi.
Terdahulu menerisi Twitter, dua keping foto memperlihatkan seorang lelaki bergambar dalam cara tidak senonoh sambil memegang alat sulit tersebar, lantas dikongsi pengguna media sosial lainnya.
Sumber: mStar Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi dan pengarah Azharina Entertainment, Azharina Azhar telah dipilih sebagai salah seorang panelis bagi 1st ASEAN Women’s Conference on Best Practices yang berlangsung di...