Lindsay Lohan antara selebriti Hollywood yang berbakat besar dalam bidang lakonan dan juga nyanyian. Sejak kecil lagi dia sudah berkecimpung di dalam dunia hiburan menjadikan dia antara penghibur yang dinanti-nantikan kemunculannya.
Khabar terbaharu tentang wanita berusia 35 tahun ini, dia baru sahaja mengikat tali pertunangan dengan kekasihnya, Bader Shammas. Dalam satu hantaran di laman Instagramnya, dia berkata, “Cintaku, hidupku, keluargaku dan masa depanku.”
Bersama hantaran itu disertakan rangkaian gambar yang menunjukkan dia sudahpun memakai sebentuk cincin berlian di jari. Riak wajahnya yang gembira jelas memancarkan kebahagiaan yang dirasai. Menjadikan berita ini lebih sahih, tunangnya dilihat mengulang kicau hantaran berita tentang pertunangan mereka
Ads
Lindsay yang kini telah menetap di Dubai lebih tujuh tahun, sebelum ini pernah bertunang dengan jutawan Rusia Egor Tarabasov namun hubungan itu kandas pada tahun 2016.
Ads
Cinta hati baharunya, Bader merupakan seorang penolong naib presiden Credit Suisse yang berpangkalan di Dubai.
Ads
Walaupun Lindsay kini dilihat memperlahankan kerjaya lakonannya, terbaharu dia dikhabarkan akan muncul dalam filem sempena krismas yang akan disiarkan di saluran Netflix. Di dalam filem tersebut dia akan bergandingan dengan bintang Glee, Chord Overstreet.
Penyanyi, Azlan Typewriter berkongsi perkembangan terkini mengenai keadaan dirinya setelah mengalami kecederaan pada bahagian kaki selepas alami patah tulang kaki dan buku lali, pada September lalu.
Kongsinya menerusi satu entri di akaun Instagram, Azlan atau nama lengkapnya Nor Azlan Rosle Sallehudin memberitahu keadaan kakinya kini sudah semakin sembuh.
Meski belum baik sepenuhnya, namun penyanyi berusia 39 tahun itu kelihatan sudah kembali berkerja selepas dilihat hadir ke sesi latihan untuk sebuah program nyanyian.
“Alhamdulillah kaki dah semakin sembuh. Simen tak pakai lagi dah, tapi kena pakai kasut Eskimo pula. Soundcheck yang agak terkucil mungkin sbb duk umah lama tak praktis haha #suaraviral2.0 #astro …,” tulisnya.
Serentak dengan itu, Azlan turut menitipkan ucapan kepada semua yang telah mendoakan dirinya agar kembali sembuh dan pulih seperi sedia kala.
“Terima kasih pada @aina_itam beri kepercayaan dan sokongan yang kuat tq juga pada @indigitalmusic. Terima ksih juga kepada semua yang mendoakan kesembuhan semoga allah merahmati, respect!!!,” tulis Lan lagi.
Perkongsian terkini pelawak dan pelakon, Ali Puteh di laman Instagram nyata telah menyentuh hati banyak pihak.
Menurut Ali atau nama sebenarnya Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, hatinya kini sememangnya berasa amat sunyi setelah ketiadaan ibunya, Allahyarham Sabariah Arshad yang telah pun pergi mengadap Illahi genap sebulan yang lalu.
Katanya lagi, pemergian ibunya itu nyata memberikan kesan yang mendalam selain turut mengubah hidupnya secara keseluruhan.
“Jujur aku katakan..Dari hati kecil yang menahan..Rindu yg tiada berteman..
2 gerakan 1 tarian dimainkan.. Permainan dipersembahkan.. Gembira kita berpelukan.. Tapi kini aku sendirian.. Hanya kenangan yg diungkapkan..
“Jauh dari sudut hati..Bila bermain berhati hati.. Gerak tari itu seni.. Jangan mengalah terus mencari.. Itu ungkapan kau dibelakang tabir seri.. Supaya teguh terus berdiri..
“Kini sendirian mengatur gerak.. Kembang mewarnai bak burung merak.. Tiada lagi suara dan atur gerak.. Terus bergerak di layar perak..
“Betul kata kau.. Berhati hati dengan suara palsu..Bezakan bunga dengan pasu.. Terus berjalan mengatur waktu.. Niat diutamakan hanya yang satu,” kongsinya lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti memberikan kata-kata semangat buat Ali selain turut menitipkan doa semoga arwah Abam dan ibunya ditempatkan dikalangan orang beriman.
Sekadar informasi, ibu kepada Ali telah pun menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Selayang pada 30 Oktober lalu akibat serangan asma.
Sementara itu, Allahyarham Abam atau nama sebenarnya Syed Umar Mokhtar Syed Ahmad Ridzuan telah meninggal dunia pada 10 Februari 2020 akibat demam panas.
Dalam perkembangan lain, Ali kini sedang giat bersaing di Pentas Maharaja Lawak Mega 2021 bersama kumpulan Puteh yang dianggotai oleh Mamak dan Vicha Saywho.
Sumber: Instagram Ali Puteh
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Siapa sahaja yang tidak sedih jika kehilangan anak akibat keguguran. Apatah lagi, kandungan tersebut sudah sekian lama dinantikan. Inilah yang terjadi kepada penyanyi bervokal hebat, Jessie J.
Dalam satu hantaran di laman Instagramnya, pelantun lagu Bang Bang ini membuka cerita tentang keguguran yang dialami. Menurutnya, kelmarin dia sempat bergurau dengan temannya tentang bagaimana keadaannya apabila membuat persembahan di LA tanpa memberitahu seluruh penonton yang dia sebenarnya mengandung.
Namun begitu, langit tidak selalu cerah, selepas melakukan imbasan ketiga terhadap kandungannya, tiada degupan jantung dapat didengari.
“Selepas pergi untuk imbasan ketiga saya dan diberitahu tiada lagi degupan jantung, pagi ini rasa saya tidak dapat mengawal emosi. Saya mungkin menyesal menyiarkan ini ataupun tidak. Saya sebenarnya tidak tahu.
“Apa yang saya tahu ialah saya mahu menyanyi malam ini. Bukan kerana saya mengelakkan kesedihan, tetapi kerana saya tahu menyanyi malam ini akan membantu saya. Saya telah melakukan dua persembahan dalam masa dua tahun dan jiwa saya memerlukannya. Lebih-lebih lagi hari ini. Saya tahu sesetengah orang akan berfikir saya patut membatalkannya.
“Tetapi pada masa ini saya mempunyai kejelasan mengenai satu perkara. Saya mula menyanyi ketika saya masih muda untuk kegembiraan, untuk mengisi jiwa saya dan terapi cinta diri, itu tidak pernah berubah dan saya perlu memproses apa yang terjadi dengan cara saya.
“Saya mahu jujur, bersikap benar dan tidak menyembunyikan apa yang saya rasa. Saya layak untuk berperasaan begitu. Saya mahu menjadi diri saya seperti yang saya boleh pada masa ini. Bukan hanya untuk penonton tetapi untuk diri saya dan bayi kecil saya yang melakukan yang terbaik.
“Saya tahu diri saya dan saya tahu saya akan bercakap mengenainya di atas pentas kerana itulah saya. Oleh itu, bukannya ucapan emosi yang sebak cuba menerangkan tenaga saya. Ini terasa lebih selamat,” kongsinya penuh emosi.
Penyanyi berusia 33 tahun ini menjelaskan yang kandungan tersebut adalah keputusannya untuk memiliki bayi sendiri dan pengalaman sepanjang kehamilan adalah satu pengalaman yang tidak akan dilupakan.
“Saya memutuskan untuk mempunyai bayi sendiri. Kerana itu semua yang saya inginkan dan hidup ini singkat. Untuk hamil adalah satu keajaiban dan pengalaman yang tidak akan saya lupakan dan saya tahu saya akan alami lagi. Saya masih terkejut, kesedihan yang teramat sangat.Tetapi saya tahu saya kuat, dan saya tahu saya akan baik-baik saja.
“Saya juga tahu berjuta-juta wanita di seluruh dunia telah merasakan kesakitan ini malah ada yang lebih teruk. Saya rasa berhubung dengan mereka yang saya kenali dan mereka yang tidak saya kenali. Ia adalah perasaan paling sunyi di dunia. Jadi saya akan jumpa awak malam ini LA. Saya mungkin kurang bergurau malam ini tetapi hati saya akan berada di situ,” ujarnya.
Nampaknya penyanyi ini memang kuat semangat dan keputusannya untuk terus menyanyi adalah untuk kebaikan dirinya sendiri dari segi emosi. Dia dijangka menyanyi pada 24 November, 9.30 malam (waktu Los Angeles) ataupun hari ini bersamaan pukul 1.30 petang (waktu Malaysia).
+++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.