Pelakon Puteri Aishah, 27, mendedahkan dia bakal menamatkan zaman bujang dengan ahli perniagaan berusia 28 tahun bulan ini.

Aishah berkata, dia bagaimanapun belum bersedia untuk berkongsi butiran terperinci mengenai majlis pernikahannya itu.

“Sepatutnya kami merancang untuk bernikah lebih awal, namun melihat kepada situasi semasa kami bersepakat mendirikan rumah tangga pada bulan ini, insyAllah. Sekiranya semua dipermudahkan, kami akan teruskan seperti apa yang dirancang.

IKLAN

“Alhamdulillah segala persiapan menuju hari bahagia berjalan lancar dan  sudah siap hampir 80 peratus. Sebolehnya, biarlah perkahwinan kami disaksikan oleh keluarga kedua belah pihak walaupun ada yang kahwin secara ‘online’.

“Saya juga tidak berniat untuk merahsiakan tarikh perkahwinan dan identiti bakal suami. Siapa yang tahu, tahulah. Tapi selebihnya, semua saya akan dikongsikan pada hari terbabit nanti,” katanya.

IKLAN

Menurut Aishah, dia mengenali teman lelakinya itu lebih dua tahun lalu dan teruja untuk melangkah ke fasa seterusnya.

“Saya sangat bersyukur kerana bakal suami menyokong karier seni saya selepas ini. Malah kami berdua memang jenis kuat bekerja dan tiada masalah mengenai perkara itu.

IKLAN

“Kami faham mengenai kerjaya masing-masing. Dia tidak pernah melarang minat saya terhadap dunia lakonan sebaliknya memberi galakkan terhadap apa yang saya lakukan selagi tidak melampaui batas.

“Doakan semoga majlis pernikahan nanti akan berjalan lancar. Apa yang boleh saya kongsikan, majlis itu akan diadakan secara sederhana dan mengikut prosedur operasi standard,” katanya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI