Foto yang dimuat naik pelakon, Adeline Tsen di tepi sebuah kolam renang baru-baru ini mendapat perhatian netizen.
Dalam foto itu, kelihatan Adeline sedang membuat ‘pose’ baring di tepi kolam renang dengan hanya berpakaian berbaju renang jenis ‘one piece’ dan menampakkan sedikit lurah dan bahagian ketiaknya.
Susulan itu, di ruangan komen pula kelihatan ada netizen yang memberikan komen mengenai perkara tersebut.
Ads
Namun, kelihatan ramai netizen yang turut memuji pelakon drama Shhh…I Love You itu.
Ads
Ads
Sebelum ini, aktress itu pernah ditegur netizen kerana berpakaian seksi dan diminta agar menghormati sensitiviti rakyat Malaysia.
Selain Adeline, ada juga selebriti lain yang turut terkena tempias ditegur netizen kerana soal pemakaian seperti Scha AlYahya, Sharifah Sakinah, Reen Rahim dan ramai lagi.
Foto/Instagram: Adeline Tsen
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara, Nana Mahazan mengakui dia rasa sedih dan terkilan apabila ada pihak yang mempersoalkan mengenai penampilan anak sulungnya, Althea, 8 tahun yang dikatakan selekeh.
Katanya kepada MH, anak yang sedang membesar pasti mengambil masa dalam proses mengenal diri, pakai apa yang dirasakan sesuai.
“Tak kisah nak kata dia selekeh, sebab rasanya kita pada usianya pun macam tu juga. Saya faham, masing-masing akan ada pendapatnya sendiri. Mungkin anak-anak mereka kalau nak keluar kena pakai itu ini.Ia terpulang.
“Macam anak saya, dia ada caranya sendiri. Macam dulu dia pun gemar kenakan baju yang bercorak pelangi dan sebagainya. Tapi sekarang, dia lebih gemar kenakan baju longgar, sewater dan sebagainya.
“Anak yang sedang membesar ni dia ambil masa untuk kenali diri dia, fesyen dan sebagainya,” jelas Nana.
Mengulas lanjut mengenai komen-komen melampau perihal fizikal anaknya lagi, dia sedih memandangkan ia menyentuh soal anak.
“Saya okay saja tetapi saya sedih sebab ada yang tak sensitif mengenainya. Komen pun melampau, jahat. Kenapa ya masih ada yang macam tak ada rasa hormat. Saya tak akan pergi ke akaun orang yang tak dikenali dan cakap ‘ anak kau hodoh’.
“Ini bukan kali pertama pun. Malah dia pernah digelar macam tupai. Saya marah juga tetapi suami kata jangan buang masa untuk fikir perkara sedemikian. Katanya kalau tidak suka, block atau jangan komen apa-apa,” katanya lagi.
Dalam perkembangan lain, Nana juga kini rancang mengacarakan program Mentor 7 selain rancangan Pesona Pengantin menerusi slot Dewi saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).
Malam ini menyaksikan perlawanan timbal balik untuk final Piala AFF Suzuki di stadium Vietnam selepas kedua-dua negara seri dua sama di Malaysia, Selasa lalu.
Bagaimanapun, MH difahamkan, ramai yang tertarik dengan penjaga gol Vietnam yang dikatakan mempunya rupa yang kacak!
Oleh itu, MH nak berkongsilah sedikit fakta mengenai penjaga gawang Vietnam khas untuk mereka yang tertanya-tanya tu.
Namanya adalah Dang Van Lam, dilahirkan pada 13 Ogos 1993 di Moscow Rusia. Dia mempunyai darah kacukan Rusia-Vietnam dimana ibunya adalah orang Rusia manakala ayahnya berdarah Vietnam.
Mempunyai seorang adik perempuan dan sudah aktif bermain bola sepak malah pernah pernah dilatih selama bertahun lamanya dalam kelab bola semasa berada di Rusia dahulu. Dia juga dikatakan pernah menyertai kelab bola sepak tertua di Rusia, Dynamo Mscow selama 4 tahun.
Bagaimanapun, dia kemudiannya kembali ke Vietnam dan berjaya menyertai kelab bola kebangsaann negara itu. Namun, dia ada juga bertukar-tukar, sekejap join bola sepak Vietnam, kejap kat Rusia.
Namun begitu, dia sebenarnya memegang kerakyatan Vietnam tau! Apa-apapun, MH kongsi foto-foto Van Lam ini.
Foto/Instagram:Dang Van Lam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas menyaksikan penyingkiran pertama minggu lalu, pentas Kilauan Emas Selebriti (KES) menjadi semakin sengit apabila dua lagi peserta terpaksa menamatkan perjuangan mereka pada saingan konsert minggu kelima, malam tadi.