Sebaliknya, dia cuba untuk mencari ilmu dalam seni lakon dengan mengikuti kelas lakonan sebagai persiapan di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
“Alhamdulillah ada juga beberapa tawaran lakonan yang diterima. Namun ada yang minta saya masuk kelas lakonan terlebih sebagai persediaan berlakon dan itu yang saya cuba lakukan.
“Misalnya ada tawaran sama ada untuk membintangi drama Nur 2 atau sebuah drama bersempena Ramadan akan datang,” katanya kepada MH.
Drama Nur yang ditayangkan Ramadan lalu mencipta fenomena tersendiri di kalangan para pencinta drama tempatan.
Antara barisan pelakon yang menjayakan drama Nur ialah Syafiq Kyle, Amyra Rosli, Atiq Azman, Noorkhiriah dan ramai lagi.
Terdahulu, Sharifah Rose ditemui pada majlis Nona Superwoman Sime Darby Convention Centre baru-baru ini.
Foto; Instagram Sharifah Rose/Syafiq Kyle
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Semalam bermulanya jualan tiket untuk konsert Blackpink 2019 World Tour (In Your Area) di Malaysia.
MH difahamkan ada para peminat yang sudah menanti di hadapan pintu masuk pusat membeli-belah sejak jam 8 pagi lagi hanya untuk mendapatkan tiket bagi menyaksikan sendiri kelibat artis kesayangan mereka secara realiti.
Ada yang berjaya mendapatkan tiket namun ada yang mampu mengalirkan air mata apabila gagal memperolehi tiket yang habis terjual kurang dari sejam!
Bagaimanapun, muncul pula ulat-ulat tiket yang menjual kembali tiket itu dengan harga yang melampau tingginya.
Untuk pengetahuan, harga tiket asal konsert tersebut adalah dalam linkungan RM373 hingga RM693 sahaja namun harga yang dikenakan oleh ulat tiket itu bermula RM1,000 hingga RM11,000!
Lebih mengejutkan apabila tiket-tiket yang dijual ulat tiket juga laris dan ada pembeli meski harganya berbeza.
Apa-apapun, MH faham ada peminat sanggup lakukan apa sahaja asalkan dapat melihat grup kesayangan mereka di depan walaupun berhabis beribu-ribu ringgit kan?
Konsert Blackpink bakal berlangsung pada 23 Februari di Stadium Malawati, Shah Alam dan dibawakan oleh MacpiePro.
Foto/ Facebook: MacpiePro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Awal bulan lepas, penyanyi rap, Altimet pernah mengumumkan bahawa dia akan berhenti menyanyi pada usia 40 tahun.
Ternyata, esok (Jumaat) merupakan album terakhir Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad sekaligus merupakan album kelima buatnya.
Menerusi akaun Instagramnya pula, Altimet telah meluahkan rasa sedihnya itu dan memohon maaf sepanjang bergelar anak seni.
“Esok, album solo aku yang kelima & terakhir akan dizahirkan. Aku nak mintak maaf, sebab ralat, plan aku nak buat 3 album, terbabas sampai 5. Terima kasih kepada sesiapa yang pernah layan album aku, lagu aku, datang show aku, ambik gambar sama sama, nyanyi lagu aku kat karaoke ke annual dinner ke, mana2la. Terima kasih kepada semua orang yang mainkan lagu aku utk hiburkan diri atau orang lain,” tulisnya.
Dalam pada itu, penyanyi yang popular dengan lagu Bunga itu juga berterima kasih kepada orang ramai yang selama ini menyokong kariernya sebagai seorang penyanyi.
“Terima kasih semua yang berbual pasal lagu2 aku samada secara positif atau negatif. Korang semua memainkan peranan langsung & tak langsung dalam perjalanan aku ni. Album ni cerita perjalanan tu selama hampir 20 tahun bergerak dalam industri ni,”tulisnya lagi.
Disamping itu, anak kelahiran Selangor itu turut menyatakan bahawa ada kisah disebalik album terbarunya itu.
“Album ni album kisah cinta aku dengan kawan paling rapat dengan aku, Muzik. Dah sampai masa aku dengan muzik jadi teman biasa. Aku harap korang enjoy album ni. Ingat, dalam album ni ada kisah dulu2 aku. Kalau ada yang jahil tu, paham2 ah aku bukan mcm tu lagi, dulu2 dah habis.”akhiri Altimet.
Menerusi ruangan komen pula, rata-rata netizen berdukacita atas keputusan Altimet itu (berhenti menyanyi) dan ada juga yang berterima kasih kepadanya kerana telah mewarnai industri muzik tanah air.
Foto : Instagram Altimet
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan komposer, Zubir Khan meluahkan rasa syukur apabila majlis pernikahannya bersama wanita pilihan hati, Dr. Heama Maleini, berlangsung dengan lancar pada Jumaat.