Kecoh di laman media sosial berikutan pemergian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim semalam di Institut Jantung Negara (IJN) dengan #Justice4Adib.

Rata-rata inginkan kematian anggota bomba itu dibela apatah lagi pihak polis mengklasifikasikan kematiannya itu sebagai kes bunuh.

Namun begitu, chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob memohon agar rakyat Malaysia bersikap rasional dan tidak mudah dijentik emosi.

“#Alfatehah…Kita di Malaysia sering dikagumi kerana hidup yang hampir sempurna di dalam kepelbagaian kaum dan agama.

IKLAN

“Namun akhir-akhir ini, kita acapkali tersentak dengan insiden yang mengganggu gugat perpaduan sesama kita. Pemergian Adib sedikit sebanyak pasti menggoncang lagi hati rakyat #Malaysia yang sedia terganggu.

“Apa pun, sama2 lah kita berusaha sehabis baik untuk tidak membakar kelambu perpaduan kerana beberapa ekor nyamuk yang kerap mengigit dan menjengkelkan.

“Malaysia adalah untuk masa depan anak2 kita, biarlah kita yang dewasa menjadi contoh terbaik untuk para remaja dan anak2 kita agar mereka mampu jadikan sejarah hari ini sebagai panduan dan bukan sempadan untuk cara mereka menyelesaikan masalah di hari muka.

IKLAN

“Setiap masalah yang timbul, 10% daripadanya adalah sesuatu yang kita takkan mampu kawal, namun lagi 90% yang berlaku selepas itu adalah 200% di bawah kawalan kita.

“Reaksi kita haruslah berlandaskan akal, bukan hati yang sedang marah, sedih dan kecewa. Jangan sesekali membuat keputusan ketika kita sedang marah, kerana sering kali ianya bakal memudaratkan- Fazley Yaakob, Disember 2018,” tulisnya.

IKLAN
View this post on Instagram

#Alfatehah… “Kita di Malaysia sering dikagumi kerana hidup yang hampir sempurna di dalam kepelbagaian kaum dan agama. Namun akhir-akhir ini, kita acapkali tersentak dengan insiden yang mengganggu gugat perpaduan sesama kita. Pemergian Adib sedikit sebanyak pasti menggoncang lagi hati rakyat #Malaysia yang sedia terganggu. Apa pun, sama2 lah kita berusaha sehabis baik untuk tidak membakar kelambu perpaduan kerana beberapa ekor nyamuk yang kerap mengigit dan menjengkelkan. Malaysia adalah untuk masa depan anak2 kita, biarlah kita yang dewasa menjadi contoh terbaik untuk para remaja dan anak2 kita agar mereka mampu jadikan sejarah hari ini sebagai panduan dan bukan sempadan untuk cara mereka menyelesaikan masalah di hari muka. Setiap masalah yang timbul, 10% daripadanya adalah sesuatu yang kita takkan mampu kawal, namun lagi 90% yang berlaku selepas itu adalah 200% di bawah kawalan kita. Reaksi kita haruslah berlandaskan akal, bukan hati yang sedang marah, sedih dan kecewa. Jangan sesekali membuat keputusan ketika kita sedang marah, kerana sering kali ianya bakal memudaratkan”- Fazley Yaakob, Disember 2018

A post shared by Dato' Fazley Yaakob (@fazleyyaakob) on

Adib parah dalam rusuhan di Kuil Maha Mariamman pada 27 November lalu. Kesihatan Adib mula merosot Ahad lalu apabila fungsi paru-parunya menurun.

Foto/Instagram: Fazley Yaakob

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI