Anggota kumpulan Fourteen, Ameer berkongsi berita gembira apabila selamat menerima kehadiran cahaya mata pertama tanggal 14 Mac lalu. Dia turut mendedahkan nama putera sulung, Noah Eusoff di laman Instagram miliknya.
“Assalamualaikum, Alhamdulillah, MasyaAllah, TabarakAllah, pada tanggal 14 Mac 2020, isteriku @naja_sk selamat melahirkan Putera Sulung kami Noah Eusoff @ameerais.naja.jr , semoga kalian mendoakan anak kami membesar sihat, menjadi anak yang soleh, bijak pandai dan sentiasa dibawah lindungaNya. Amin, Amin Yarabbalamin. 🤲🏻👶🏻🍼♥️😍😍😍😍😍 #NoahEusoff
Aktres Fasha Sandha ada merakamkan ucapan al-Fatihah buat kesekian kalinya kepada rakan artis, Allahyarham Ashraf Sinclair yang telah pun pergi mengadap Illahi pertengahan Februari lalu.
Sambil memuat naik foto balu, penyanyi Bunga Citra Lestari bersama anaknya, Noah Aidan Sinlair, bintang Patah Sayap Bertongkat Paruh itu turut berpesan kepada ramai agar terus berbuat baik sesama kita.
Fasha, pada masa sama turut meminta agar mencontohi sikap murni arwah yang dipercayai suka menderma tetapi tidak ditunjuk-tunjuk.
“Al-Fatihah Buat yang telah pergi meninggalkan kita. Untuk kita yang masih hidup, teruskan berbuat kebaikan, kerana berbuat baik sesama semua yang hidup dimuka bumi ini adalah indah.
“Contohi kebaikan yang dibuat arwah Yang suka menderma tetapi tidak ditunjuk2, sehingga kan isterinya pun tidak pernah tahu.
“Sebaiknya, Pergi ke rumah anak yatim atau pergi ke rumah fakir miskin, tak perlu dirakam, kerana biarlah kebaikan kita, hanya Malaikat yang catit dan Allah yang tahu. Semoga segala kebaikan kita diterima olehNya,” tulis Fasha.
Malah, ibu kepada dua cahaya mata yang sedang menantikan kelahiran anak ketiga ini juga turut kagumi sikap profesional yang ada pada isteri arwah.
“Saya kagum dengan sifat professional yang ada pada Bunga. Masih berduka, tapi komitmen tetap diteruskan. Inilah penghibur yang sebenar.
“Biar diri sedang berduka, tetapi tetap mampu menghiburkan orang lain, Allahuakbar., kuat nya hati seorang isteri.
“Semoga Allah terus memberikan kekuatan pada mereka berdua untuk melalui kehidupan tanpa Arwah Ashraf. Salam Jumaat, Al Fatihah,” titip Fasha.
Sekadar imbasan, pelakon kacukan Malaysia-England yang turut mencipta nama di Indonesia itu meninggal dunia pada usia 40 tahun, dipercayai akibat serangan jantung.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Terkenang saat peristiwa diganggu dipercayai entiti mistik sewaktu melalukan pendakian di Gunung Irau, Cameron Highland tidak lama dulu, Catriona Ross jujur akui pada mulanya, dia tidak mahu mempercayai perkara melibatkan mistik.
Bagaimanana pun, selepas melaluinya sendiri, dia akur ‘benda’ itu wujud di sekeliling kita.
“Sebenarnya saya pun tidak mahu percaya perkara mistik dan hanya fikirkan ia kisah mistik orang-orang Melayu sahaja. Namun apabila saya mendaki Gunung Irau pada 2018, sesuatu telah berlaku kepada kami.
“Kami sekumpulan ada 15 orang dan apabila kami sudah tiba di puncak pada pukul 4.00 petang, hujan turun dengan lebat. Kami terpaksa berehat sebentar di atas.
“Namun kami terpaksa juga turun kerana hari semakin gelap walaupun hujan masih lebat dan suhu sangat sejuk. Kami tidak kenal jalan untuk turun dan asyik melalui jalan yang sama. Kami asyik lalu jalan yang berpaya lebih tiga kali.
“Namun kami semua diam sebab tahu ada sesuatu yang tidak kena, dan tidak sepatutnya berkata apa-apa yang tidak patut. Kami dinasihatkan untuk terus berjalan dan membaca doa dan ayat suci Al-Quran,” jelasnya.
Jelas pelakon jelita itu, peristiwa tersebut menjadi pengajaran buatnya.
“Kami faham apabila masuk kawasan orang, ‘mereka’ yang mahu bergurau dengan kita. Kesimpulannya ia memang wujud.
“Waktu itu mungkin nasib kami malang namun saya anggap ia satu perkenalan yang bagus kerana sebelum ini saya kurang percaya dan tidak pernah kena,” katanya lagi.
Catriona bercerita ketika ditemui pada pertunjukan fesyen Summeraya 2020 oleh Rico Rinaldi di GMCV, Kuala Lumpur.
Dalam perkembangan lain, Rico Rinaldi melancarkan tiga koleksi busana raya, Summer Basic, Summeraya Ramadan dan Summeraya 2020 sempena sambutan lebaran yang bakal tiba.