Ketika ramai yang berpusu-pusu untuk mengadakan program podcast sendiri, berbeza pula buat pengacara terkenal, Datuk Aznil Hj. Nawawi yang memutuskan untuk tidak lagi terlibat di dalam program berkonsepkan temu bual eksklusif.
Menurut Aznil atau lebih mesra disapa Pak Nil, dia kini sudah tidak selesa untuk menekan atau bertanyakan soalan peribadi kepada tetamu.
“Sebelum adanya podcast, kami sudah lama buat program sebegitu cuma ia ditayangkan di TV. Namun, saya tidak akan mengacarakan program sebegitu lagi
“Itu pilihan saya sendiri. Saya tak mahu buat program temubual yang melibatkan sisi peribadi atau mengorek rahsia seseorang.
“Saya sudah sampai tahap usia yang pentingan keamanan ketika bekerja. Bila keluar daripada set, saya tak mahu rasa bersalah dan menyesal.
“Dahulu, rasanya lain. Bila kita dapat menekan seseorang itu sehingga mereka tak boleh jawab atau terkeluar cerita lain, kita akan rasa puas,” katanya ketika ditemui MH.
Malah, Pak Nil juga merasakan pengalaman masa lalu telah mematangkan dirinya.
“Alhamdulillah, saya masih lagi diberikan peluang untuk hidup dan bernyawa sehingga memasuki kitaran hidup yang memberikan kesedaran.
“Umur saya dah masuk 62 tahun. Allah masih membuka pintu buat saya memohon maaf kepada orang dan bertaubat. Dia juga beri ruang untuk saya kumpul saham akhirat.
“Saya tak suruh orang lain untuk berhenti, segalanya terpulang kepada individu. Namun, poses ini merupakan satu perjalanan sebab sebelum ini, saya juga pernah buat. Jadi, sekarang saya sudah tak selesa lagi,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai program-program podcast yang menjemput panel yang bermasalah sebagai tetamu, ini reaksi yang dikongsikan Pak Nil;
“Zaman kami duhulu, ada badan penapis yang akan memantau bukan sahaja dari segi konten tetapi juga profil tetamu dan topik yang akan dibincangkan. Pakaian pun perlu mendapatkan kelulusan.
“Itu zaman dahulu. Realiti sekarang, kita boleh panggil siapa sahaja untuk tujuan konten dan mengejar viral.
“Segala berbalik kepada pemilik program podcast itu sendiri untuk menentukan matlamat yang ingin dicapai,” akhirinya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aktres Fasha Sandha hari ini tampil memberikan penjelasannya susulan komen individu di Instagram yang bertanya mengenai kesahihan sama ada dia telah melakukan prosedur bariatic atau lebih sinonim dipanggil sebagai ‘potong usus’ atau sebaliknya.
Menerusi komen yang tertera itu, sekiranya Fasha ada berbuat demikian, tidak hairan sekiranya dia kini tampil lebih kurus dalam tempoh yang cepat.
Fasha bagaimanapun menepis dakwaan terbabit dan meminta untuk selidiki terlebih dahulu sebelum membuat pelbagai andaian.
“Sebaiknya buatlah research dan kajian sebelum buat tuduhan dan andaian. Bariatic atau jenis pembedahan berkaitan dengannya hanya boleh dibuat sekiranya BMI melebihi daripada sepatutnya, 28 keatas (kategori obese).
“Dan juga sekiranya seseorang itu berpenyakit (Darah tinggi / gastric/ atau sakit2 lain).
“Sebelum ni BMI saya 25.5 dan dikategori overweight dan bukan obese. Saya tidak mempunyai apa-apa penyakit Alhamdulillah,” tulisnya.
Antara lain, ibu kepada tiga cahaya mata ini turut menjelaskan ibunya yang pernah melakukan prosedur ‘potong usus’ atas faktor kesihatan.
“Saya tidak akan judge atau memandang rendah pada orang yang melakukan bariatic. Ada beberapa orang terdekat saya yang terpaksa melakukan bariatic kerana faktor kesihatan dan nasihat doktor, termasuk ibu sendiri pada Feb 2020 kerana Obes/darah tinggi dan sakit lutut kronik.
“Saya yang membayar kos RM25,000 untuk prosedur tersebut dan saya juga yang menjaga ibu ketika itu.
“Saya tidak akan judge atau pandang rendah kerana mungkin suatu hari nanti saya juga akan memerlukan treatment tersebut,” jelasnya lagi.
Fasha pada masa sama turut mendedahkan lebih setengah tahun diperlukannya untuk tampil seperti sekarang selain mengamalkan gaya hidup sihat demi mendapatkan tubuh badan ideal.
“Penurunan berat badan saya bukan cepat, ianya mengambil masa lebih 6 bulan. Sekarang saya hanya jaga pemakanan, exercise dan malam-malam ambil Berryfull. Hanya itu saya perlukan buat masa sekarang.
“Jadi jika sesiapa ada masalah hati, atau mungkin iri hati atau tak puas hati dengan pencapaian saya ini, boleh beli Berryfull sekarang dan cuba. Mana tau, lepas beberapa bulan boleh jadi macam saya.
“Kepada penulis ni, atau siapa yang berkaitan dengan penulisan komen ni saya bagi masa 24 jam untuk tampilkan bukti atau buat permohonan maaf secara terbuka. @sizuka_momoshi.
“Misi HUKM mana yang menyebarkan berita palsu? Saya jaga ibu saya 3 tahun lalu, alih-alih buat cerita saya buat bariatic.
“Saya harap perkara ni boleh dijadikan pengajaran agar jangan mudah nak gunakan sosial media untuk menyebarkan berita palsu sebelum mendapat kesahihan,” tulis Fasha.
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat memberikan kata semangat buat bintang popular itu malah ada yang memberikan peringatan supaya berfikir terlebih dahulu sebelum melontarkan apa-apa reaksi.
Sementara itu, Fasha turut membuat naik tangkap layar teks daripada individu terbabit mengenai hal yang berkaitan.
Dakwa individu terbabit, dia mendengar perkara tersebut daripada kenalan dan memohon maaf atas kekeliruan yang berlaku.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!