Baru-baru ini, tular di media sosial mengenai kisah kesilapan seorang muazin di salah sebuah masjid di Batu Cave, Selangor yang telah melaungkan azan Magrib tiga minit lebih awal gara-gara kesilapan teknikal pada paparan digital waktu azan.

Perkara berkenaan nyata telah menimbulkan keraguan ramai pihak sehingga ada yang mengatakan sesiapa sahaja yang berbuka puasa mengikut laungan azan tersebut, puasa mereka telah terbatal dan wajib diganti.

Berbeza pula bagi penyanyi, Yasin Sulaiman apabila dia menjelaskan puasa berkenaan adalah sah kerana kesilapan tersebut berpunca daripada muazin dan bukannya para kariah.

“MASJID TERSILAP LAUNG AZAN MAGHRIB AWAL, ADAKAH PUASA AHLI KARIAH TERBATAL? Puasa mereka sah, tidak terbatal.

“Mereka telah berbuka puasa kerana meyakini bahawa waktu Maghrib sudah masuk berdasarkan azan yang dilaungkan di masjid.

IKLAN

“Sekalipun ternyata azan tersebut dilaungkan beberapa minit awal sebelum masuk waktu tetapi realitinya ini merupakan kesilapan daripada muazin; bukan kesilapan ahli kariah.

“Justeru mengapa pula ahli kariah perlu dibebankan atas kesilapan muazin?,” tulisnya.

Kenyantaan tersebut disuarakan oleh penyanyi lagu Nur Kasih itu menerusi ruangan Instagram miliknya.

IKLAN

“Puasa Mereka Sah Kerana…,” – Isu Masjid Laung Azan Magrib Awal 3 Minit, Yasin Sulaiman Beri Pencerahan “Puasa Mereka Sah Kerana…,” – Isu Masjid Laung Azan Magrib Awal 3 Minit, Yasin Sulaiman Beri Pencerahan “Puasa Mereka Sah Kerana…,” – Isu Masjid Laung Azan Magrib Awal 3 Minit, Yasin Sulaiman Beri Pencerahan

Dalam pada itu, Yasin turut berharap agar kesilapan seperti ini tidak berulang lagi bagi mengelakkan keraguan di hati ramai pihak.

“Ini kerana akhirnya satu persoalan yang perlu dijelaskan dalam hal ini iaitu adakah azan yang dilaungkan di masjid boleh dipercayai dan dijadikan panduan dalam berbuka puasa atau tidak? Tentu sahaja boleh, jika tidak maka buat apa azan dilaungkan?

IKLAN

“Sekiranya dibuka ruang keraguan dalam hal ini, natijahnya setiap kali azan masjid dilaungkan maka ia tidak membawa apa-apa erti kerana ahli kariah masih perlu memastikan ketetapan waktunya terlebih dahulu. Ini jelas batil,” katanya lagi.

Meninjau di rungan komen, rata-rata netizen turut senada dengan Yasin selain turut menitipkan ucapan terima kasih diatas pencerahan tersebut.

“Puasa Mereka Sah Kerana…,” – Isu Masjid Laung Azan Magrib Awal 3 Minit, Yasin Sulaiman Beri Pencerahan “Puasa Mereka Sah Kerana…,” – Isu Masjid Laung Azan Magrib Awal 3 Minit, Yasin Sulaiman Beri Pencerahan “Puasa Mereka Sah Kerana…,” – Isu Masjid Laung Azan Magrib Awal 3 Minit, Yasin Sulaiman Beri Pencerahan

Dalam perkembangan lain, Yasin baru sahaja melancarkan lagu terbarunya berjudul Can You See The Light yang juga merupakan lagu rasmi bagi aplikasi The Noor yang dikendalikan oleh pengacara dan usahawan popular, Neelofa.

Sumber: Instagram Yasin Sulaiman

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI