Memetik laporan Berita Harian, Prince Harry dan isteri, Meghan bersetuju melepaskan gelaran diraja dan penerimaan dana awam dalam persefahaman dengan Ratu Elizabeth.
Pasangan ini tidak lagi akan menggunakan gelaran ‘Yang Mulia’ dan Duke dan Duchess of Sussex serta akan menghabiskan masa di Kanada.
Ratu Elizabeth bertitah bahawa keputusan itu dicapai selepas rundingan dan persefahaman dicapai bagi menyokong keputusan mereka untuk jalani kehidupan yang lebih bebas.
Ads
Dengan keputusan ini, pasangan ini tidak lagi menggunakan gelaran diraja bagi tujuan rasmi dan dianggap tidak lagi sebagai mewakili anggota keluarga diraja.
Ads
Mereka juga perlu membayar balik RM12.5 juta wang pembayar cukai yang digunakan bagi mengubah suai kediaman sebelum ini.
Ads
Sumber : Berita Harian & Getty Image
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
‘Sudah jatuh ditimpa tangga’. Itu peribahasa yang sesuai digambarkan oleh pelakon Azad Jazmin apabila sekali lagi mendapat surat saman kerana menyalahi undang-undang jalan raya.
Malah, ia merupakan kesalahan kali kedua Azad dalam tempoh terdekat dari pihak berkuasa.
“Apa ni? Makin menyerlah kebodohan saya. Saya pergi klinik di sekitar ini sahaja.
“Salah tetap salah, tengok DBKL bertugas. Alahai, walaupun saman kena, selfie tetap selfie.
“Padan muka aku,” katanya sambil merakam video nasib yang menimpanya di sekitar Kuala Lumpur.
“Got Aman??? SAMAN la anak oi @anakdarapakazad1 hahaha padan dgn muka aku lagi!! kali ni padan muka n Kita selfie satu.
“Hehehe apapun inilah kerja depa tgh panas terik depa tetap kena bertugas dgn adil… last kali Amarra kata ‘daddy what’s your problem,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Terdahulu, Azad pernah disaman pihak berkuasa pada Selasa lalu kerana memandu tanpa lesen.
Pelakon Fizo Omar meluahkan perasaan rindu pada anaknya, Wan Maryam apabila lebih dua minggu tidak berjumpa.
Hal ini kerana Maryam dan ibunya, Mawar Abdul Karim telah menjejakkan kaki ke Tanah Suci pada 16 Januari lalu.
Selepas kepulangan anaknya baru-baru ini, pelakon drama Adellea Sofea itu teruja apabila kehadiran anaknya yang berusia dua tahun itu ada disisinya ketika sedang tidur.
“Selfie pkl 4 pagi!!
“Cerita malam td, terjaga pkl 4 pg sbb dah basah seluar n baju skali, eh takkan la aku kencing malam! Terus terfikir… rupanya cik yam dan panjat tido atas badan n dia kencing pampers bocor, patut lah rasa suam suam je mengalir…aduh yam ni daddy igtkan daddy mimpi ke ape.hahahhaha
“Touching plak ngn gegirl daddy sorang ni, dah 2 mggu lebih x jmpe dia pg umrah dgn mama dia, jmpe mlm excited nya masyaallah non stop dok pot pet pot pet, tdo pun sampi panjat nak tido atas badan, selalunya tak mcm ni…celah ketiak je port dia.kali ni up ckit,” kongsinya.
Meski penat dengan tugasan sebagai seorang pelakon, pemilik nama penuh Wan Hafizol Wan Omar itu tetap menjalankan tugas sebagai seorang bapa dengan menyediakan keperluan si anak.
“So bgn la tukar pampers, cuci smua n buat susu utk yam, sambil mamai buka mata sebelah je penat the whole day shooting.
“Tp sebenarnya itu kepuasan bila dpt anak dn menjaganya…lepas ni bila yam dah besar dah terlepas moment buat susu sebelah mata kan,” tulisnya.
Isteri Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, Hana Azraa dipercayai telah memuat naik sekeping foto wanita tidak bertudung di Instagram miliknya, baru-baru ini.
Menerusi perkongsian tersebut, Hana mendakwa wanita tersebut dipercayai merupakan kekasih hati suaminya yang baru. “Adakah ini dia? Betapa lovely kekasih hati awak #myhusbandlover #whoisshe #youknowher,” tulisnya di ruangan kapsyen.
Sekali gus, perkongsian tersebut telah mengundang pelbagai respon netizen.
Bagaimanapun, entri terbabit telah dipadamkan beberapa minit selepas ia dimuat naik.
Sementara itu, Abu turut memberikan respon berhubung isu itu.
Malah,dia turut kesal atas apa yang berlaku pada diri dan keluarganya.
“Bila lah nak habis, fuh!,” tulisnya ringkas di Insta Stories.
Dalam masa sama, Abu turut terkesan akan apa yang berlaku.
“Assalamualaikum dan salam tabaiyyun
“Sy mengambil. Maklum berhubung berita yg viral semalam membabitkan diri saya dan isteri saya.
“Apa yang terviral adalah spekulasi semata2 dan tidak berdasarkan kenyataan yang sebenar.
“Gambar yang tersebar tidak dapat dipastikan sumbernya kerana ia lebih bersifat cuba mengaibkan seseorang,” tulisnya yang kini bertugas di Mekah untuk menguruskan jemaah.
Pelawak dan pelakon, Zizan Razak tampil bersuara selepas gambarnya tular sehingga dijadikan bahan ‘meme’ di aplikasi Threads sejak beberapa hari lalu.
Menerusi satu hantaran di...