Mencipta nama menerusi program realiti, Raja Lawak Musim Ke-5, Abdul Rahman Kasim atau lebih dikenali sebagai Man mendedahkan pernah ‘ditipu’ pihak produksi bagi menjayakan beberapa buah naskah yang dilakonkan.
Kongsinya menerusi Youtube Hashtag Malaysia, dia mengakui bahawa garisan dalam industri hiburan tidak seindah yang disangka kerana ada beberapa sisi hitam yang pernah dilaluinya sepanjang tempoh sembilan tahun.
“Kadang-kadang dalam industri seni ini, kita tak boleh nak agak ketika kita berada di atas, dan apabila kita ‘turun’
“Sekurang-kurangnya saya sedar saya bukanlah jenis seorang yang boros dan saya seorang yang berjimat-cermat jika satu hari nanti saya ‘turun’ dari industri. Jadi, saya ada ‘back-up money’.
“Ramai orang mempersoalkan saya ke mana saya menghilang, sedangkan saya pernah berada diatas dan wajah saya banyak muncul dalam mana-mana drama atau telemovie. Boleh dikatakan ketika itu merupakan zaman kegemilangan saya,” katanya.
Namun, beberapa tahun kemudian, namanya semakin pudar dalam industri hiburan dan kelibatnya di kaca televisyen kurang menyerlah.
“Saya ada sahaja di belakang, cuma penampilan saya di depan lensa kamera kurang kerana ramai pelawak yang sedang meningkat naik dan makin maju kedepan,” akurnya yang pernah menerajui drama komedi, Man Pos Masuk Kampung.
Berkongsi cerita mengenai perjalanan hidup sebagai anak seni, pelawak berusia 42 tahun ini akui bahawa ada beberapa pihak cuba mengambil kesempatan keatas dirinya.
“Bila kita dah tak ada ‘job’, kita nak kekalkan kehidupan untuk pelbagai jenis komitmen, saya terpaksa ambil juga.
“Ada juga job yang tak masuk akal harga bayarannya. Kerja sampai pagi hanya dibayar RM200, tapi saya ambil juga, daripada tak ada. Siapa lagi nak beri sedangkan saya pun dah tak ada kerja tetap. Inilah punca rezeki saya.
“Ada juga tanpa pengetahuan saya, mereka mengadakan set pengambaran di lokasi jauh dengan bayaran hanya RM500.
“Tapi saya tetap positif dan anggap itu sebagai pengalaman paling berharga,” jujur Man yang pernah menyertai kumpulan Puteh dalam MLM 2019, sekali gus dinobat sebagai juara.
Video : Youtube Hashtag Malaysia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bersempena dengan sambutan Syawal, pelakon Ashraf Muslim ada berkongsi momen rayanya bersama keluarga tercinta.
Selain mengabadikan momen famili, bintang ini turut memberikan menitip dedikasi teristimewa buat anak-anak serta dua isterinya, Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Ahmad Saburi.
Perkara itu dikongsi Ashraf menerusi salah satu entri di Instagram buat tatapan umum.
Jelasnya, setiap kali tibanya raya, ia pasti akan ‘membawa’ cerita yang berbeza.
“Setiap kali raya memang ditunggu-tunggu sbb setiap tahun akan membawa cerita yg berbeza-beza.
“Alhamdulillah dalam keadaan pkp AM sangat bangga dan sangat berterima kasih kepada mama ibu kerana bertungkus lumus bersama-sama meraikan Hari Raya kali ini dgn bahagianya.
“Malam raya dah sibuk masak, Pagi-pagi raya makan rendang ayam dan kuah kacang yg sedap sgt sampai kami anak beranak dah malas nak keluar.. heheh boleh buat berniagalah lepas ni heheh.. sampai solat raya pun kul10.30 pagi,” tulisnya.
Pada masa sama, Ashraf turut memohon doa yang terbaik dariNya buat insan-insan tersayang dalam hidup.
“Anak-anak pulak happy sgt sampaikan terpaksa berperang ngn anak-nak dulu utk siapkan dierg.. tapi itulah moment yg indah semasa mereka kecil nih.
“Ya Allah terima kasih kerana memberi pinjaman kekasih-kekasih hati AM yang sentiasa bersama-sama dgn AM selama ini.
“Ya Allah tenangkanlah hati mereka dan bahagiakanlah mereka bersamaku dan tingkatkan darjat isteri-isteriku ini dimatamu ya Allah, amin. Selamat Hari Raya maaf zahir dan batin,” titip Ashraf lagi.
Menerusi ruangan komen, rata-rata peminat turut mendoakan yang terbaik selain mengucapkan salam Aidilfitri buat Ashraf sekeluarga.
Terdahulu, Ashraf mendirikan rumah tangga bersama Noor Dayana Lokman pada 30 Ogos 2011 dan kemudiannya berkahwin dengan dengan Wan Sakinah Ahmad Saburi pada 7 Julai 2013.
Ashraf turut dikurniakan empat cahaya mata menerusi dua perkahwinan berkenaan.
Foto: Instagram Ashraf Muslim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara terkenal, Elly Mazlein menyifatkan kepercayaan merupakan aspek paling penting dan perlu dipertahankan dalam perhubungan suami isteri demi membina keluarga yang bahagia.