Pelakon Zul Ariffin tidak menafikan dirinya sudah ada petancangan untuk menamatkan zaman bujang. Bagaimanapun, semuanya perlu dilakukan dengan teliti agar ia berjalan dengan lancar seperti yang diharapkan.
Zul atau nama sebenarnya, Zulkifli Ariffin turut menjelaskan fasa tersebut akan bersifat privasi untuk diceritakan dan dia lebih selesa untuk beritahu peminat secara terbuka apabila semuanya sudah dipersetujui.
“Ya sudah tentu ada perancangan. Masalahnya dalam masa nak ke arah itu ada beberapa peringkat yang dilalui terlebih dahulu. Jadi untuk bahagian itu saya rasa agak peribadi untuk dikongsi. Hal yang belum pasti nanti tak seronok pula kalau cakap, bimbang nanti makan diri balik.
“Jadi lebih baik untuk saya rancang sebaiknya dan barulah saya akan kongsi. Memang saya ada beritahu ia mungkin pada tahun ini atau tahun depan. Slowly kita tengok macam mana.
“Alhamdulillah sekarang pun banyak komitmen lakonan yang datang. Bukan nak tangguh, saya nak kena susun perancangan dengan betul,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai sejauh mana perancangannya untuk ke arah itu, bintang yang kini sibuk di lokasi penggambaran filem seram, Talbis Iblis ini ada jawapan sendiri.
Katanya, perancangan itu adalah dalam konteks memastikan semuanya di dalam berjalan dengan lancar.
“Maksud saya perancangan ini bukanlah dalam soal nak tempah hotel atau pelamin, tidak. Ia hanya untuk ke arah itu, bukan untuk diri kita semata. Jadi saya nak pastikan ia betul-betullah. Setengah orang senang… Untuk saya kena buat sendirilah, DIY.
“Saya sudah tentu tak akan sorok, tapi kena pastikan betul-betul sebab bila nak kongsi pun kita akan rasa seronok. Setakat nak cakap bagi sedap saja, tak seronoklah.
“Nanti saya yang akan kena balik,” terangnya yang turut memberitahu keluarganya terbuka untuk menerima sesiapa sahaja jodoh dalam hidupnya.
“Keluarga saya kecil saja, ada bapa dan kakak. Mereka okay saja. Malah umur saya pun dah berapa. Jadi kena pandai-pandai untuk buat keputusan sendiri,” akhiri Zul.
Aktor berbadan sasa ini sebelum itu pernah memberitahu dirinya rapat dengan seorang wanita ‘non muslim’ dan turut memasang impian untuk mengkhiri zaman bujang tahun ini.
Zul bagaimanapun tidak pula mendedahkan identiti wanita yang dimaksudkan.
Baru-baru ini, pelakon Faye Kusairi ada memuat naik sekeping foto menerusi akaun Instagram miliknya.
Setelah bergelar ibu, Faye atau nama penuhnya Dayangku Faratiwan Adnil Awang Kusairi semakin gemar berkongsi cerita mengenai anaknya bersama peminat.
Kongsi pelakon berusia 33 tahun itu, dia telah membelikan sebuah basikal buat anak sulungnya itu.
Menariknya, anaknya sudah mahir menunggang basikal meski baru berusia setahun enam bulan.
“We bought a bicycle instead of a push bike for Alif. Apparently he is still too young and small for a bicycle but well, typical of Alif to learn so quickly and early.
“He learned to cycle when he was only around 1 year 6 months. He pick it up so quickly masa bermain dengan cousins dia yg berusia 4 tahun kat Seremban.
“Thanks to those days, he now owns his 1st bike walaupun kaki tak sampai. Ni kalau kawan2 racing Mommy tahu kompom cakap anak & mak sama je.
“Bezanya adalah kaki Alif tak sampai foot rest, kaki Mommy tak sampai clutch.And for the record, he cried wanted to sleep with the bicycle yesterdayjenuh memujuk! #AlifAzmi #Alif1y9m,” tulisnya.
Satu entri Instagram yang telah dikemas kini oleh hos terkenal, Datuk Aznil Hj. Nawawi nyata menjentik jiwa ramai.
Kisahnya, Datuk Aznil yang sinonim disapa Pak Nil secara tak sengaja telah didatangi seorang kanak-kanak di sebuah premis makanan di Johor Bharu yang mencari rezeki dengan membantu ibunya menjual tisu demi kelangsungan hidup.
Menerusi rakaman yang boleh ditonton secara penuh menerusi saluran YouTube miliknya itu, ia merakamkan gelagat kanak-kanak berkenaan bersama Pak Nil yang dilihat ingin menjual tisu kepadanya.
Bagaimanapun, Pak Nil dilihat dari riak wajah yang sebak apabila mengetahui kanak-kanak terbabit dirinya sudah kehilangan bapa dan cuba membantu si ibu mencari rezeki.
Sementara itu menerusi satu entri terkini, Pak Nil turut akui rasa terhibur dengan gelagat kanak-kanak berkenaan selain turut menyambut baik andai ada mana-mana penerbit yang ingin mengambil kanak-kanak tersebut berlakon atas bakat semula jadinya.
“Lepas beli semua, #paknil suruh anak itu balik terus. Jgn rayau2 lagi. Terhibur Paknil dapat usik si kecik ini. Sememangnya kejujuran mereka menghiburkan.
“Sesiapa jumpa anak ni di JB, cakap kat dia, Paknil kirim salam dan bg tau dia yg dia dah popular!
“Kalau ada produser nak pelakon kanak2, tolong ambik anak ini, Paknil rasa mcm dia ada bakat yg semulajadi la.
“Suara bercakap pun sedap dan lembut. Semoga Allah menjaga mu anak,” tulisnya.