Pelakon dan pengacara, Norman Hakim meluahkan rasa lega apabila berkesempatan untuk pulang ke kampung bagi menziarahi ibu dan ayah sebelum bermulanya Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di kawasan Lembah Klang.

Menurut Norman, meski hanya dapat meluangkan masa hanya sekejap bersama keluarga di kampung, tetapi ia tetap amat bermakna buat dirinya.

“In shaa Allah see you another two weeks my ‘keramat hidup’ @kamariah.kamat . Dari Johor ke KL hantar family dan terus ke Kuantan.

IKLAN

“6 JAM masa yang sangat berharga dapat spent time dengan ayah dan mak sebab lepas ni anak dia dah kena kuarantin untuk PKPB,” tulisnya.

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh pengacara program Mingguan Wanita itu menerusi akaun Instagram miliknya.

Dalam pada itu, Norman turut mendedahkan segala persiapan ubat-ubatan buat kedua ibu-bapanya itu juga telahpun dipersiapkan sepanjang ketiadaannya nanti.

IKLAN

“Misi untuk hantar ubat-ubat ayah & alhamdulillah sempat jamah air tangan mak untuk dinner & sempat potong kuku tangan kaki diorang.

“Kepada yang ber’PKPB’ harap sama-sama kita dapat bertabah. Harap sempat la sampai KL sebelum pkl 12am hihi,” katanya lagi.

IKLAN

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap yang ditunjukkan oleh Norman itu selain turut mendoakan agar keadaan kembali pulih seperti sedia kala.

“Potong Kuku Tangan & Kaki Diorang,” – Sempat Balik Kampung Sebelum PKPB, Norman Hakim Lega Dapat Persiapkan Keperluan Ibu Ayah “Potong Kuku Tangan & Kaki Diorang,” – Sempat Balik Kampung Sebelum PKPB, Norman Hakim Lega Dapat Persiapkan Keperluan Ibu Ayah

Sumber: Instagram Norman Hakim

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI