Ibu kepada hos dan ahli perniagaan berjaya, Noor Neelofa iaitu Datin Noor Kartini Noor Mohamed ada memuat naik sepotonh video pendek yang nyata mencuri perhatian wargamaya, hari ini.
Video yang berdurasi kurang 20 saat itu merakamkan dirinya yang mendakap dan mengucup Neelofa yang dilihat tampil mengenakan niqab dan tudung serba putih.
“MashaAllah, mashaAllah Ya Allah aku tiada ungkapan untuk ku ucapkan syukur dgn karuniamu mengamanatkanku bidadari yang terindah untuk ku, yang bnyk mengajarku, yang menjadi inspirasiku.
Ads
“Ya Allah syukur atas hidayah untuknya yg kau kurnia kan dan ku mohon kurniakan hidayah yg terbaik untuk ku , seluruh keluarga ku dan seluruh umat manusia.. amiiin.
“Love you bidadariku @neelofa #anakluarbiasa,” tulisnya.
Ads
Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya turut menyambut baik terhadap kapsyen yang dinukilkan Kartini selain mendoakan yang terbaik buat Neelofa sekeluarga.
Moment sama turut dikongsikan Neelofa menerusi Insta Stories di Instagram.
Wartawan dan penyampai berita, Izwan Azir Saleh ada berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan dirinya kini bakal menjadi salah seorang penyampai baru stesen radio swasta, Kool FM.
Menurut Izwan, minatnya yang mendalam terhadap bidang penyiaran radio sebenarnya telah ditamam sejak di bangku sekolah dan hari ini, impiannya itu menjadi kenyataan.
“Hari ini saya secara rasminya menjadi seorang Penyiar Radio di Kool FM ‘Suara Semasa’. Bekerja di radio adalah cita-cita saya sejak di bangku sekolah lagi.
“Minatnya saya kepada radio sehingga sanggup menaiki keretapi secara bersendirian pada 1995, ketika itu saya masih bersekolah di Tingkatan 3, untuk membuat lawatan ke Radio Singapura.
“Kenapa Radio Singapura? Pada era 90’an, siaran radio di Malaysia tidak meriah seperti hari ini. Yang ada cuma siaran milik kerajaan. Tiada stesen radio swasta,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bekas pembaca berita Buletin Utama TV3 itu menerusi akaun Instagram.
Dalam pada itu, Izwan turut mendedahkan ketika zaman remajanya, dia gemar meluangkan masa mendengar radio terutamanya saluran-saluran radio Singapura
“Jadi tatkala saya membega-bega set radio di rumah, saya dapat menangkap isyarat radio dari seberang tambak.
“Pada ketika itu, siaran radio dari Singapura boleh diterima dengan baik di Kuala Lumpur.
“Saya suka mendengar perbualan bahasa baku yang digunakan dan susunan lagu-lagunya yang kebanyakkan menyiarkan lagu-lagu dari Malaysia.
“Sejak lawatan itu, saya menjalin persahabatan dengan penyiar-penyiar radio disana, dan merekalah yang menumbuhkan minat saya yang lebih mendalam terhadap radio,” kongsinya lagi.
Izwan yang bakal muncul dengan programnya yang tersendiri berharap agar dapat menjalankan tanggungjawab ini sebaik mungkin.
“Walaupun saya lebih dahulu bertugas di TV sebagai Penyampai Berita dan Wartawan di TV3, cinta saya kepada radio tidak pernah pudar!
“Saya harap mereka dapat berkongsi kegembiraan saya pada hari ini setelah saya berjaya menukar cita-cita saya menjadi kerjaya sebenar sebagai Penyampai Radio. Doakan saya untuk tugasan ini.
“Dengarkan saya di Kool FM setiap Isnin hingga Jumaat, 3 petang hingga 7 malam dalam ‘Kool FM Izwan Azir’. Pastinya di Pilihan Pertama untuk Isu Semasa, Kool FM,” akhirinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah selain turut mengucapkan selamat maju jaya buat Izwan.
Sumber: Instagram Izwan Azir Saleh
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menerusi entri terkini di Instagram, pelakon dan pengacara Norman Hakim ada berkongsi sekeping foto ketika sedang tidur sambil berdiri.
Kongsi Norman, situasi tersebut berlaku selepas 9 hari berturut-turut menjalani satu pengambaran drama bersiri, Fam I Love You untuk tayangan di Astro Ceria.
“Selepas 9 hari berturut2 keluar lepas Subuh & balik sebelum Subuh untuk shooting #familoveyou #astroceria.
“Akhirnya saya dapat develop satu skil baru yg saya sendiri tak sangka saya ada skil tu iaitu tidur sekejap sambil berdiri di sebalik tiang.
“Gambar curi ni diambil oleh @zazasofiazainal the production manager,” tulisnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memberi nasihat kepada Norman untuk sentiasa tabah dalam menjalankan tugas sebagai seorang pelakon.
Sekadar informasi, Norman merupakan juara Hero Remaja 1993/1994 dan telah memulakan karier lakonan sekitar tahun 1996.
Foto: Instagram Norman Hakim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Indonesia, Caitlin Halderman mengakui turut bersimpati dengan keadaan jerebu yang berlaku di Indonesia, yang didakwa berpunca daripada kebakaran hutan di Kalimantan.