Suami Pelakon Nadia Brian iaitu Muizz Nasruddin menerusi Harian Metro menjelaskan, dia sudah cuba sedaya-upaya menyelamatkan rumah tangga mereka, namun menemui jalan buntu.
Malah, teka-teki mengenai pergolakan rumah tangga mereka akhirnya terjawab apabila keduanya sudah tiga bulan tinggal berasingan.
“Status kami sehingga kini masih suami isteri, tapi hampir tiga bulan isteri tidak tinggal bersama di rumah saya.
“Saya tak pernah halau dia dan sudah berkali-kali meminta dia balik tapi dia tidak mahu,” katanya seperti yang dipetik.
Muizz menambah, dia pernah mencuba menghubungi pihak isteri bagi menyelesaikan isu yang berlaku.
“Saya cuba untuk menghubungi ibu dan keluarga dia untuk selesaikan masalah, tapi sia-sia.
“Saya cuba yang terbaik untuk menyelamatkan perkahwinan ini tapi dia tidak memberi kerjasama,” katanya.
Tambahnya lagi, segala perkongsian di Instagram sebelum ini yang mendakwa dirinya dikhianati dan dianiaya itu adalah benar.
“Perkongsian di Instagram sebelum ini memang benar. Saya dihina, dihalau, dikhianati dan dianiaya. Saya ada bukti yang cukup mengatakan isteri saya berlaku curang terhadap saya.
“Saya ambil keputusan untuk keluarkan kenyataan sebab dia sudah berlebihan dengan memalukan saya dan tidak menghormati saya sebagai suami serta keluarga saya.
“Dalam masa sama, dia memberitahu orang dalam industri hiburan semua yang berlaku adalah salah saya kerana tak sediakan kehidupan yang dia mahukan. Saya sangat-sangat kecewa,” katanya yang melihat perceraian adalah pilihan terakhir yang dimilikinya.
Harian Metro juga sebelum ini melaporkan, Muizz enggan mengulas mengenai dakwaan pelakon Aidit Noh menjadi orang ketiga dalam hubungan mereka.
Muizz juga sebelum ini ada memuat naik gambar dan kapsyen sehingga mengundang pertanyaan dalam kalangan netizen berhubung status rumah tangga mereka.
Terdahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 9 November tahun lalu di Magica Hall, Shah Alam.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas selesai menjalani tempoh kuaratin selama 14 hari sebaik sahaja pulang dari Sabah, pelakon Shaheizy Sam kini dilihat kembali memulakan rutin hariannya seperti biasa.
Menerusi perkongsian di Instagram, Sam memaklumkan dia dan isteri, Syatilla Melvin kini dalam persiapan menyediakan sebuah ‘content’ baru untuk saluran Youtube mereka, SamTillaTV.
“Satu hal pula nak kena melayan diorang ni shoot untuk Youtube.
“Content apa korang rasa ni? #SamTillaTV,” tulisnya.
Bagaimanapun, foto yang dikongsikan Sam itu mengundang rasa kurang senang bagi sesetengah netizen yang memperlihatkan reaksi bersahaja Syatilla metelakkan tangannya di bahagian dadanya.
Kurang dua jam foto tersebut dimuat naik, posting berkenaan telah pun meraih lebih 38,000 tanda suka malah turut dihujani hampir ribuan komen.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menyifat foto tersebut seperti agak keterlaluan dan kurang sopan.
Malah, mereka turut menasihati pelakon filem, Polis Evo itu agar memadam foto berkenaan demi menjaga nama baik isterinya itu.
Sebelum ini, nama Syatilla pernah terpalit dengan kontroversi apabila iklan produk jamunya yang didakwa sesetengah pihak mengandungi elemen tidak senonoh dan kurang sesuai.
Sumber: Instagram Shaheizy Sam
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pemenang tempat ketiga Big Stage 2020 (BS2020), Qody Rany ada menjawab spekulasi yang mempersoal mengenai status dirinya.
Menurut Qody, dia sememang telah berkahwin, namun lebih selesa untuk tidak berkongsi perihal rumah tangganya bagi menghormati permintaan isteri.
Jelas penyanyi itu lagi, dia sebolehnya enggan bercerita mengenai kisah keluarganya kerana bimbang mereka akan terpalit sama sekiranya dia ada melakukan kesilapan.
“Kalau orang bertanya mengenai status saya, ya saya memang dah berkawin. Tapi untuk berkongsi mengenai isteri saya mungkin tidak.
“Saya pun menghormati keputusan dia kerana dia juga tidak mahu. Yang berkerja adalah saya. Sedangkan hal keluarga pun saya jarang kongsi.
“Saya tak nak andai kata saya ada tersilap langkah, mereka juga akan terkena tempiasnya. Biar saya tak kongsikan langsung. Kalau orang nak tahu hal famili saya, saya boleh tunjuk.
“Tapi untuk saya berkongsi mengenai mereka di media sosial saya tidak mahu,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, Qody turut mendedahkan dirinya juga telah banyak belajar daripada kesilapan terdahulu dan kini hanya ingin memberikan fokus terhadap kerjaya seninya sahaja.
“Saya pun belajar daripada kesilapan terdahulu, disebabkan masalah saya, famili saya terkena sama. Mereka juga kena kutuk.
“Sebab itu saya tidak akan tag di mana-mana platform media sosial kerana itu adalah privasi saya. Yang berkerja adalah saya.
“Isteri saya hanya pesan supaya saya pandai bawa diri. Lagi pun saya ni menumpang rezeki dia juga ni.
“Selepas berkahwin, saya terus terpilih untuk masuk Big Stage 2020 yang saya dah tunggu lama,” kongsinya lagi.
Ketika ditanya mengenai penerimaan peminat mengenai statusnya, Qody akui peminat kini bijak menilai.
“Bagi saya, masyarakat masa kini pemikiran mereka dah terbuka. Tidak semestinya bila seseorang artis itu dah berkahwin atau mempunyai pasangan, orang tak boleh meminati kita.
“Yang kita jual adalah bakat dan bukanlah hal-hal berkaitan peribadi. Untuk tahun 2020 dan ke hadapan, saya percaya orang dah boleh menerima.
“Budaya barat mungkin begitu, tapi tidak di sini,” akhirinya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Elisya Sandha mendedahkan dia terlebih dahulu mendapatkan pandangan suaminya sebelum bersetuju menjayakan adegan mesra bersama rakan pelakon, Aliff Aziz, dalam drama Madu Atau Racun.