Menerusi entri terkini di Instagram, pelakon dan pengacara Norman Hakim ada berkongsi sekeping foto ketika sedang tidur sambil berdiri.
Kongsi Norman, situasi tersebut berlaku selepas 9 hari berturut-turut menjalani satu pengambaran drama bersiri, Fam I Love You untuk tayangan di Astro Ceria.
“Selepas 9 hari berturut2 keluar lepas Subuh & balik sebelum Subuh untuk shooting #familoveyou #astroceria.
“Akhirnya saya dapat develop satu skil baru yg saya sendiri tak sangka saya ada skil tu iaitu tidur sekejap sambil berdiri di sebalik tiang.
Ads
“Gambar curi ni diambil oleh @zazasofiazainal the production manager,” tulisnya.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat memberi nasihat kepada Norman untuk sentiasa tabah dalam menjalankan tugas sebagai seorang pelakon.
Ads
Sekadar informasi, Norman merupakan juara Hero Remaja 1993/1994 dan telah memulakan karier lakonan sekitar tahun 1996.
Foto: Instagram Norman Hakim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas dikatakan ada berlaku perselisihan faham dengan pelakon, Fikry Ibrahim, pengarah, Michael Ang tampil menjelaskan mengenai situasi terkini.
Berkongsi pentas bersama Fikry di malam Final Ratu Hijabista 2020, Michael yang diundang sebagai juri jemputan menjelaskan tiada gunanya untuk bermasam muka apatah lagi menyimpan dendam.
“Benda berbalas mulut dan bergaduh semua ni, pada saya jika anda dah menyuarakan mengenai masalah dan tahu mengenai perkara tersebut itu sudah cukup buat saya.
“Buat apa saya nak simpan lagi. Dalam hidup ni buat apa nak berdendam-dendam. Semua perkara sudah pun diluahkan. Saya pun dah buat kenyataan saya sendiri. Ada yang saya mengaku dan ada juga yang tidak.
“Bila soal kerja pula, kita jalankan je tanggungjawab kita. Apa guna nak bermasam-masam muka atau tak bolek masuk satu set. Fikiran kolot semua tu.
“Tiada benda nak selesaikan pun sebab tiada masalah,” katanya kepada MH.
Michael berkata demikian sewaktu ditemui di sesi sidang media selepas berakhirnya Pentas Akhir Ratu Hijabista 2020 yang berlansung di Sri Kembangan pada Rabu.
Dalam pada itu, pelakon drama, Titi Kayu ini juga menyifatkan dia tidak kisah seandainya ditugaskan untuk berkerjasama dengan Fikry selepas ini.
“Kalau ada keperluan kerja dan ada perkara yang harus dibuat bersama, saya tak kisah. Saya professional orangnya.
“Bila kita buat satu drama, orang yang akan menentukan hero dan heroin adalah pihak stesen televisyen.
“Saya tak buat pilihan cuma kadang-kadang saya boleh bagi pendapat mengenai pilihan saya.
“Kadang-kadang pihak stesen akan terima apa pilihan kita. Ada masa juga mereka tolak sebab mereka ada pilihan mereka sendiri.
“Jadi, kalau perkara itu terjadi dan pihak stesen mahukan dia, saya tetap akan offer. Saya tak kisah,” kongsinya lagi.
Ketika ramai yang memuji mengenai tahap professionalisme yang ditunjukkan oleh Michael, ini reaksi yang diberikan tuan badan;
“Industri ni kecil buat apa nak gaduh-gaduh. Kalau saya tak professional saya tak datang. Mesti saya dah tolak dah.
“Tiada peluang nak bertegur siapa malam ni. Sampai-sampai je saya terus pergi make up kemudian terus masuk set.
“Takkan tengah-tengah live tu saya nak tegur pula,” akhirinya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Baru-baru ini, nama penyanyi dan pelakon Alvin Chong menjadi perbualan hangat apabila didakwa menjalinkan hubungan percintaan bersama bintang Tik Tok, Athalia Deeena Buswani.
Gadis bernama Athalia atau nama lengkapnya ini merupakan anak kepada penyanyi Sharifah Zarina.
Setelah mencetus pelbagai persoalan di kalangan warganet, Alvin telah tampil di satu sidang media khas bagi untuk memberi penjelasan mengenai isu tersebut.
Menurut bintang berusia 30 tahun itu, dakwaan yang mengatakan dirinya menjalinkan hubungan percintaan bersama gadis tersebut adalah tidak benar.
“Di sini saya ini menjelas hubungan saya bersama Athalia hanya sekadar rakan sekerja. Sebenarnya ada kolaborasi khas saya bersamanya.
“Saya bukan seperti apa yang netizen gambarkan. Ada yang anggap saya ni seorang pedofilia selepas lihat apa yang saya kongsi di media sosial bersama Athalia,” jelas Alvin.
Selain itu, penyanyi Sayangku Salmah ini mengakui karier seninya turut terjejas selepas isu tersebut diperkatakan.
“Dakwaan mengatakan saya pedofil itu telah menyebabkan saya dan Athalia kehilangan kerja bernilai puluhan ribu ringgit disebabkan imej saya telah diburukkan dengan tersebut.
“Saya harap orang yang buat fitnah ini boleh sedar diri dan saya cuma harap perkara ini tidak berlaku kepada orang lain di masa akan datang,” katanya.
Alvin dan Athalia yang turut ditemani ibunya, telah ditemui di satu media yang berlangsung di Petaling Jaya, Selangor.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas menjuarai program hiburan realiti, Big Stage 2020, timbul pula cakap-cakap yang menyifatkan penyanyi, Azzam Sham cukup terbuka dan tidak berselindung mengenai hubungan yang dijalin bersama rakan artis, Sheryl Shazwanie.
Tidak menafikan perkara tersebut, Azzam yang ditemui memberitahu, Sheryl sememangnya teman istimewa kerana baginya, bintang muda itu selalu ada ketika saat susah dan senang.
Menurut Azzam lagi, dia percaya peminat akan faham dan menyambut baik mengenai perkara tersebut.
“Dia selalu ada untuk saya, ibaran macam famili sendiri. Malah, setiap minggu dia datang untuk berikan sokongan, sama seperti peminat yang menyokong.
“Saya sayang semua orang. Cuma dia lebih sikit. Dia special person bagi saya.
“Peminat saya sayang saya, peminat dia sayang dia. Tiada apa yang perlu saya takutkan,” katanya kepada MH.
Azzam berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Konsert Akhir Big Stage 2020 di Putrajaya International Convention Center (PICC), Putrajaya pada Ahad.
Ketika ditanya mengani perancangan masa depannya bersama Sheryl, ini reaksi penyanyi berusia 23 tahun itu;
“Kalau ada jodoh saya tidak menolak. Lagipun ini perkara baik. Akan tetapi, kami belum ada sebarang perancangan. Jauh lagi rasanya.
“Dia pun sibuk untuk bina kerjaya, begitu juga dengan saya. Kalau semuanya dah kukuh, Insya-Allah harap dipermudahkan,” kongsinya tenang.
Pada malam Konsert Akhir Big Stage 2020, Azzam telah dinobatkan sebagai juara seterusnya membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000 berserta trofi sumbangan Astro.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Enggan terus berada di takuk lama, penyanyi Haqiem Rusli menegaskan dirinya kini bersedia untuk mencuba sesuatu yang baharu dan keluar daripada zon selesa demi memastikan kerjayanya terus berkembang.