Wartawan dan penyampai berita, Izwan Azir Saleh ada berkongsi khabar gembira apabila memaklumkan dirinya kini bakal menjadi salah seorang penyampai baru stesen radio swasta, Kool FM.

Menurut Izwan, minatnya yang mendalam terhadap bidang penyiaran radio sebenarnya telah ditamam sejak di bangku sekolah dan hari ini, impiannya itu menjadi kenyataan.

View this post on Instagram

Hari ini saya secara rasminya menjadi seorang Penyiar Radio di Kool FM 'Suara Semasa'. Bekerja di radio adalah cita-cita saya sejak dibangku sekolah lagi. Minatnya saya kepada radio sehingga sanggup menaiki keretapi secara bersendirian pada 1995, ketika itu saya masih bersekolah di Tingkatan 3, untuk membuat lawatan ke Radio Singapura. Kenapa Radio Singapura? Pada era 90'an, siaran radio di Malaysia tidak meriah seperti hari ini. Yang ada cuma siaran milik kerajaan. Tiada stesen radio swasta. Jadi tatkala saya membega-bega set radio dirumah, saya dapat menangkap isyarat radio dari seberang tambak. Pada ketika itu, siaran radio dari Singapura boleh diterima dengan baik di Kuala Lumpur. Saya suka mendengar perbualan bahasa baku yang digunakan dan susunan lagu-lagunya yang kebanyakkan menyiarkan lagu-lagu dari Malaysia. Sejak lawatan itu, saya menjalin persahabatan dengan penyiar-penyiar radio disana, dan merekalah yang menumbuhkan minat saya yang lebih mendalam terhadap radio. Walaupun saya lebih dahulu bertugas di TV sebagai Penyampai Berita dan Wartawan di TV3, cinta saya kepada radio tidak pernah pudar! Saya harap mereka dapat berkongsi kegembiraan saya pada hari ini setelah saya berjaya menukar cita-cita saya menjadi kerjaya sebenar sebagai Penyampai Radio. Doakan saya untuk tugasan ini. Dengarkan saya di Kool FM setiap Isnin hingga Jumaat, 3 petang hingga 7 malam dalam 'Kool FM Izwan Azir' . Pastinya di Pilihan Pertama untuk Isu Semasa, Kool FM. #koolfm #citacita #radiodj #radioannouncer #malaysiaradio #singaporeradiostation #ceritawan

A post shared by Izwan Azir Saleh (@izwanazirsaleh) on

“Hari ini saya secara rasminya menjadi seorang Penyiar Radio di Kool FM ‘Suara Semasa’. Bekerja di radio adalah cita-cita saya sejak di bangku sekolah lagi.

“Minatnya saya kepada radio sehingga sanggup menaiki keretapi secara bersendirian pada 1995, ketika itu saya masih bersekolah di Tingkatan 3, untuk membuat lawatan ke Radio Singapura.

“Kenapa Radio Singapura? Pada era 90’an, siaran radio di Malaysia tidak meriah seperti hari ini. Yang ada cuma siaran milik kerajaan. Tiada stesen radio swasta,” tulisnya.

IKLAN

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh bekas pembaca berita Buletin Utama TV3 itu menerusi akaun Instagram.

Dalam pada itu, Izwan turut mendedahkan ketika zaman remajanya, dia gemar meluangkan masa mendengar radio terutamanya saluran-saluran radio Singapura

“Jadi tatkala saya membega-bega set radio di rumah, saya dapat menangkap isyarat radio dari seberang tambak.

“Pada ketika itu, siaran radio dari Singapura boleh diterima dengan baik di Kuala Lumpur.

IKLAN

“Saya suka mendengar perbualan bahasa baku yang digunakan dan susunan lagu-lagunya yang kebanyakkan menyiarkan lagu-lagu dari Malaysia.

“Sejak lawatan itu, saya menjalin persahabatan dengan penyiar-penyiar radio disana, dan merekalah yang menumbuhkan minat saya yang lebih mendalam terhadap radio,” kongsinya lagi.

Izwan yang bakal muncul dengan programnya yang tersendiri berharap agar dapat menjalankan tanggungjawab ini sebaik mungkin.

“Walaupun saya lebih dahulu bertugas di TV sebagai Penyampai Berita dan Wartawan di TV3, cinta saya kepada radio tidak pernah pudar!

IKLAN

“Saya harap mereka dapat berkongsi kegembiraan saya pada hari ini setelah saya berjaya menukar cita-cita saya menjadi kerjaya sebenar sebagai Penyampai Radio. Doakan saya untuk tugasan ini.

“Dengarkan saya di Kool FM setiap Isnin hingga Jumaat, 3 petang hingga 7 malam dalam ‘Kool FM Izwan Azir’. Pastinya di Pilihan Pertama untuk Isu Semasa, Kool FM,” akhirinya.

Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat dan rakan artis menitipkan ucapan tahniah selain turut mengucapkan selamat maju jaya buat Izwan.

Umum Sertai Kool FM ‘Suara Semasa’, Izwan Azir Saleh Teruja Impian Di Bangku Sekolah Jadi Kenyataan Umum Sertai Kool FM ‘Suara Semasa’, Izwan Azir Saleh Teruja Impian Di Bangku Sekolah Jadi Kenyataan

Sumber: Instagram Izwan Azir Saleh

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI