Sedih dengan berita duka yang diumumkan Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah sebentar tadi, jelas pelawak, Shuib, dia menggesa agar netizen terus duduk di rumah kerana menjadi tanggungjawab bersama dalam membendung wabak yang sedang melanda dunia.
Menurut laporan, mangsa daripada kluster perhimpunan Tabligh Sri Petaling dan menghembuskan nafas terakhir pada pukul 6.27 petang di Hospital Tawau.
“DUDUK RUMAHHHHH!!!! NI TANGGUNG JAWAB BERSAMA!!! PLS JGN ADE PENAMBAHAN KEMATIAN LAGIII.. .
Ads
“Posted @withregram • @buletin_malaysia PUTRAJAYA- Seorang lagi pesakit Covid-19 di negara ini disahkan meninggal dunia petang tadi.
“Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, pesakit adalah daripada kluster Perhimpunan Tabligh Sri Petaling menghembuskan nafas terakhirnya jam 6.27 petang. “Pesakit merupakan kes ke-152 direkodkan dan dimasukkan ke Hospital Tawau pada 9 Mac 2020 setelah mengalami simptom Severe Acute Respiratory Infection (SARI),” katanya.
Ads
“Menurutnya, lelaki berusia 58 tahun itu diberi bantuan mesin pernafasan dan dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) pada hari yang sama. “Kesihatannya merosot hari demi hari dan telah disahkan meninggal dunia. “Takziah diucapkan kepada keluarga arwah,” katanya,” kongsinya di laman Instagram.
Mengambil tanggungjawab menyebarkan maklumat dan pengorbanan kakitangan barisan hadapan yang berjuang menentang wabak Covid-19, Datuk Aznil Haji Nawawi berkongsi perbualan yang cukup beremosi dengan seorang kakitangan barisan hadapan yang bertugas di Hospital Seremban yang dikenali sebagai Nurul.
Jelas Nurul, dia dipinjamkan daripada unit rawatan jantung untuk memenuhi keperluan rawatan pesakit Covid-19 di Malaysia. Dia turut berkongsi kesukaran pemakaian Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) di mana setiap kakitangan terpaksa mengenakan sut berkenaan sehingga 18 jam sehari.
Dan atas sebab itu, jelas Nurul, kebanyakan frontliner terpaksa menjamak solat fardhu dan menahan lapar sehingga PPE dibuka dan terus dilupuskan. Tambahnya lagi, kakitangan yang bertugas di Unit Rawatan Rapi pula terpaksa bekerja lebih daripada 18 jam sehari bagi memastikan pesakit mendapat rawatan sepenuhnya.
Tidak mampu menahan sebak tatkala menyentuh perihal anak, jelas Nurul, dia sudah lama tidak berpeluang bertemu dan memeluk anaknya kerana tidak mahu merisikokan nyawa mereka. Malah, Pak Nil turut terkedu saat Nurul menyatakan statusnya sebagai ibu tunggal.
“Saya tidak dapat berjumpa mereka sejak cuti sekolah bermula. Saya terpaksa menghantar kedua-dua anak untuk dijaga oleh adik. Saya merupakan ibu tunggal.
“Selalunya kami akan buat panggilan video dan mereka selalu akan bertanya bila ibu boleh balik, bila kita boleh makan bersama, bila nak keluar jalan bersama. Saya hanya mampu menjawab, bila keadaan sudah reda. Kami sendiri tiada kepastian bila keadaan akan beransur pulih. Ramai kawan-kawan di Hospital Sungai Buloh sudah lama tidak pulang ke rumah kerana kekurangan kakitangan.
“Bukan tidak takut terkena jangkitan namun kita kena ikhlaskan diri. Selama mana kita harus melawan wabak ini jika kita tidak berjuang. Apa yang membuatkan saya terus berjuang dan bertahan merawat pesakit ialah saya mahu balik ke rumah dan jumpa anak-anak, saya tidak mahu terus begini.
“Ayah berpesan, saya kena teruskan berdoa dan jangan putus berdoa kepada Allah, dan kena kuat untuk anak-anak.
“Namun ada frontliner yang punya anak-anak yang masih kecil terpaksa putuskan susu badan kerana tidak mahu risikokan nyawa anak. Apa yang boleh saya pesan kepada rakan-rakan seperjuangan, ikhlaskan hati, kuatkan diri. Kita kena berjuang sehingga wabak ini tamat, kita berjihad kerana Allah,” luahnya sambil menangis.
Nurul turut menitipkan pesanan buat dua anak lelakinya dan berjanji akan pulang selepas semuanya tamat.
“Ibu harap semuanya akan berakhir dengan cepat, ibu akan balik ambil anak-anak ibu dan akan peluk kamu setiap malam. Ibu janji ibu akan balik. Doakan ibu terus kuat,” katanya menahan sebak.
“FRONTLINER YG TERPISAH DARI ANAK KECILNYA 😭
Walaupun ada yg kecam Paknil dgn menuduh Paknil cari perhatian dgn cerita2 yg #paknil paparkan, sesungguhnya nawaitu sebenar adalah untuk memberi kesedaran kpd mereka yg masih ambil ringan ttg bahaya covid 19. Paknil tidak akan tunduk pd kata2 negatif #teampaknil,” kongsi Pak Nil.
Tahniah diucapkan buat pelawak, Fad Bocey sekeluarga apabila isterinya, Syaheera Rahman mengumumkan dirinya kini hamil anak keempat.
Pada usia kandungan yang kini mencecah dua bulan, ibu kepada dua cahaya mata ini mengakui dia mengalami ‘morning sickness’ yang agak teruk.
Pada masa sama, Syaheera turut memberikan dedikasi istimewa terhadap bahtera perkahwinannya bersama Fad yang kini sudah pun memasuki tahun kelima.
“Selamat ulangtahun perkahwinan yang ke 5 daddy ,moga Allah terus melindungi, memelihara dan merahmati rumahtangga serta keluarga kita.
“Dugaan? sgt banyak tapi hanya kesabaran yg jadi benteng utama .moga kita lebih matang dlm hubungan ni .susah senang kita biarlah jadi kenangan.
“Tak ada yg istimewa tahun ni tapi ada rezeki yang paling istimewa Allah bagi .nak tengok kena slide la .almost 2 months dan mommy mintak maaf takda special celebration .nak bangun berdiri pun tk mampu lgi .yes sgt teruk my first trimester.
“Moga lebih kuat lepas ni .banyak kerja tertunggak .thank you daddy ,uruskan semuanya. urus makan minum mommy ,anak2 ,sekolah anak2 pun daddy siapkn.
“Hanya Allah yg dpt balas .youre the best husband ever(walaupun gaduh confirm cakap bukan2)love you,” tulisnya pada kapsyen di Instagram beberapa hari lalu.
Entri sama turut disertakan bersama lampiran foto ujian kehamilan yang menunjukkan hasil positif.
Terdahulu, keduanya mendirikan rumah tangga pada 14 Mac 2015 dan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu pasangan kembar Favian Adrazin Hayyan dan Favian Adrazin Zayyan serta seorang puteri, Nur Aminah Mishal.
Sementara itu, Fad turut memuat naik posting yang memberi aprisiasi sempena ulang tahun perhawinan dan permata hati yang bakal lahir, tidak lama lagi.
Pempengaruh media sosial, Maryam Younarae berkongsi dirinya ada menerima pertanyaan daripada sahabat baiknya dari Korea Selatan mengenai kehidupannya selepas memeluk agama Islam.