Hiburan

Pinkan Mambo Nekad Bercerai, Dakwa Hilang Kepercayaan Terhadap Suami

Share
Penyanyi sensasi Indonesia, Pinkan Mambo dilaporkan nekad untuk menamatkan rumah tangganya bersama suami, Arya Khan selepas mendakwa sudah hilang kepercayaan terhadap lelaki tersebut.

Pinkan dikatakan berada pada tahap keletihan emosi selepas berdepan pelbagai isu sepanjang perkahwinan mereka yang didakwa banyak menguji tahap kesabarannya.

Seperti yang dilaporkan Detik Hot, antara perkara yang menjadi punca keretakan hubungan termasuk dakwaan suaminya menyembunyikan sejumlah wang selain melakukan beberapa urusan tanpa pengetahuannya, termasuk membina rumah secara senyap.

Selain isu kewangan, Pinkan turut meluahkan rasa kecewa apabila mendakwa Arya cuba menjalinkan komunikasi dengan pekerjanya meskipun dia sebelum ini sudah menetapkan batas tertentu dalam hubungan bersama kakitangan syarikat miliknya.

Dalam masa sama, Pinkan turut menepis tanggapan segelintir netizen yang melabel dirinya sebagai seorang yang terlalu mementingkan gaya hidup mewah dan tidak bersyukur.

Menurutnya, segala kemewahan yang dikecapinya hari ini adalah hasil usaha keras sendiri sebagai seorang usahawan dan ketua pegawai eksekutif syarikat.

Malah, sepanjang tiga tahun mendirikan rumah tangga, Pinkan mendakwa dia lebih banyak menanggung keperluan suaminya termasuk pelbagai perbelanjaan harian.

BACA JUGA: Penyanyi Pinkan Mambo Kembali Peluk Islam, Pilih Berkahwin Dengan TikToker Popular

Kini, penyanyi itu memilih untuk memberi fokus kepada anak-anak serta perniagaan yang diusahakannya selain mahu memulakan semula kehidupan dengan lebih tenang.

Difahamkan, anak-anaknya turut menerima baik keputusan perpisahan tersebut selepas keluarga mereka sebelum ini terpaksa berdepan pelbagai persepsi masyarakat.

Sehingga kini, proses perpisahan pasangan itu masih berjalan dan Pinkan dilaporkan tidak lagi membuka ruang untuk kembali rujuk kerana merasakan sudah terlalu lama memendam tekanan sepanjang perkahwinan mereka.

Imbas kembali, Pinkan merupakan sebagai sebahagian daripada duo kumpulan Ratu bersama Maia Estianty ketika diawal penubuhan kumpulan tersebut sebelum mengambil keputusan mengundurkan diri pada 2004.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

Published by
MFA