Kini sedang tular sebuah rakaman video seorang kanak-kanak perempuan yang sangat petah memberi nasihat untuk solat lima waktu.
Video yang diterima melalui aplikasi Whatsapp ini merakamkan, adik ini petah memberikan nasihat jika kita solat maka hati kita akan gembira namun jika kita tidak solat ALLAh SWT tidak akan membuka hati kita dan kita akan bersedih.
“Awak kena ambil wuduk dan solat lima waktu sehari. Kalau awak tak solat lima hari sekali nanti awak akan bersedih kerana ALLAH tidak akan bersama dengan awak dan ALLAH juga tidak akan membuka hati awak.
“ALLAH tidak akan meletakkan perkara baik dalam hati awak tapi ALLAH akan letakkan perkara yang kurang baik di hati awak sebab syaitan akan mengganggu awak jika awak tidak solat. Jadi sebab itulah awak kena solat,” ujarnya dalam rakaman video tersebut.
Jom kita tengok video adik comel ini memberikan nasihat.
Ads
Ads
Sudahlah comel dan pandai berkata-kata seperti orang dewasa malah adik ini juga lancar bercakap dalam Bahasa Inggeris.
Ads
Didikan seperti inilah yang harus diberikan kepada anak-anak sejak mereka kecil lagi agar nilai-nilai murni agama itu dapat diterapkan dalam diri mereka dan menjadi amalan mereka sampai bila-bila.
Sedikit info, lima cara mendidik anak solat dari kecil:
Selalu solat depan anak.
Ajak anak solat bersama, bukan menyuruh.
Sentiasa dekatkan anak dengan azan.
Bersalaman dan peluk selepas solat.
Beri pujian untuk setiap perkara positif.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kadang-kadang dalam hidup berumah tangga pasti ada pasang surutnya, gembira dan bahagia itu sudah menjadi sasaran untuk dikecapi oleh semua pasangan.
Namun begitu, ada ketikanya perselisihan faham pasti akan berlaku. Bak kata pepatah sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula suami isteri.
Baru-baru ini MH Online mendapat satu berita daripada Sinar Harian, difahamkan seorang isteri telah terjun ke sebuah tasik gara-gara perselisihan faham dan merajuk dengan suaminya.
Wanita itu telah bertindak nekad terjun ke dalam tasik di Taman Tasik Taiping pada Jumaat lalu kira-kira jam 3.15 petang. Kejadian ini disedari oleh suaminya apabila tejumpa sepasang selipar yang ditinggalkan isterinya di kawasan tebing tasik tersebut.
Walau bagaimanapun, wanita tersebut ditemui selamat setelah didapati naik sendiri ke tebing tasik berhampiran kawasan Hotel Seri Malaysia.
Musa Abdul Wahab, Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat berkata, pihak bomba telah menerima panggilan kecemasa itu kira-kira jam 3.16 petang.
Musa berkata, tinjauan telah dilakukan dilokasi kejadian dan menemui selipar milik mangsa di kawasan berhampiran.
“Gerakan mencari dilakukan, namun tidak lama kemudian, mangsa ditemui selamat oleh orang awam setelah naik di tebing,” katanya.
Menurutnya lagi, mangsa difahamkan sedang mengalami masalah rumah tangga dan suaminya beranggapan isterinya lemas di tasik berkenaan.
Katanya lagi, operasi tersebut kemudiannya diserahkan kepada pihak pilis bagi menjalankan siasatan lanjut.
Buat para isteri dan suami di luar sana, diharapkan jika berlakunya sebarang perselisihan faham antara kamu, cubalah untuk selesaikan dalam keadaan yang baik dan tidak membuat keputusan secara melulu sehingga tindakan yang dilakukan boleh membahayakan nyawa sendiri atau orang lain.
Sumber: Sinar Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Terkejut, itulah perasaan yang hadir selepas mengetahui kisah seorang pelajar tingkatan tiga yang melahirkan seorang bayi perempuan di surau sekolahnya.
Bingung memikirkan bagaimana seorang gadis berusia 15 tahun itu boleh melahirkan anak di dalam kawasan sekolah.
Menurut Sinar Harian, kes yang berlaku di salah sebuah sekolah yang terletak di Jempol, Negeri Sembilan ini telah memeranjatkan pihak pengurusan sekolah apabila pelajar tersebut ditemui terbaring di surau dan terdapat bayi di dadanya.
Deputi Superitendan Azham Shah Azlan yang merupakan Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol berkata, awalnya pihak pengurusan sekolah berkenaan telah menghubungi Hospital Jempol untuk memaklumkan tentang pelajarnya sekolahnya yang ditemui pengsan kira-kira jam 10.30 pagi semalam.
“Pelajar itu bagaimanapun selamat namun keadaan agak cemas apabila urinya masih berada di dalam rahimnya.
“Dia telah dibawa ke Hospital Jempol namun akan dipindahkan ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) Kuala Pilah untuk rawatan lanjut. Ketika ini keadaan pelajar tersebut stabil,” katanya.
Pemangku Ketua Polis Daerah Jempol itu berkata, kes ini disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan dan seorang pelajar lelaki sekolah juga turut ditahan bagi membantu siasatan.
“Kita berharap orang ramai tidak membuat sebarang spekulasi mengenainya susulan kes masih dalam siasatan polis selain tidak menularkan sebarang maklumat berkaitan,” katanya.
Siasatan masih lagi dijalankan oleh pihak berkuasa jadi diharapkan tiada pihak yang membuat sebarang andaian tentang kes ini.
Sumber: Sinar Harian
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Masih segar lagi dalam ingatan tentang sebuah video pelajar yang memukul ibunya kerana mahukan wang.
Terkini menurut satu sumber, pelajar yang dikenali sebagai Shukrey ini sudah pun memohon maaf kepada ibu dan bapanya dan dia juga menyesal dengan tindakan memukul ibunya dalam video tersebut sehingga menarik perhatian orang ramai sekali gus menerima pelbagai kecaman.
Menurut ibu kepada Shukrey, Umisarah Manaf dia mengatakan bahawa sebelum ini Shukrey tidak pernah bertindak sebegitu malah menyayangi ibunya. Ini adalah kali pertama anakya itu bertindak sedemikian.
“Saya terkejut sebab dia buat macam tu kerana dia seorang anak yang baik, dengar cakap. Saya tak sangka tiba-tiba dia jadi panas baran sampai macam tu sekali. Sebelum ni dia jentik cubit saya pun tak pernah,” katanya.
Kata Umisarah lagi, sikap anaknya kini sedikit berubah dan selalu balik lewat malam dan adakalanya langsung tidak pulang ke rumah.
“Sikap dia nampak berubah sekarang dia dah jadi lain, balik tengah-tengah malam kadang-kadang tak balik langsung,” katanya lagi.
Umisara memberitahu lagi, perkara itu terjadi kerana dia tidak dapat memberikan duit belanja sekolah kepada Shukrey kerana dia hanya mempunyai wang sebanyak RM17 sahaja ketika itu dan wang tersebut perlu digunakan untuk membayar tambang bas ke tempat kerja dan hari bayaran gaji masih lambat lagi.
Sebagai seorang ibu, dia menyifatkan anaknya seorang yang rajin mencari duit sendiri dan selalunya dia mempunyai duit poketnya sendiri.
Shukrey selalu mengutip tin, botol, kotak namun begitu semalam anaknya itu tidak mempunyai wang langsung dan apabila tidak diberikan duit oleh ibunya maka itu membuatkan dia marah dan bertindak memukul ibunya.
Bapa kepada Shukrey, Mohamad Nasir pula memberitahu ketika kejadian berlaku dia sedang berada di tempat kerja dan kemudiannya dia menerima video tersbut yang dihantar oleh anak perempuannya.
“Jadi saya hantar video itu pada guru anak sulung saya itu dengan niat mahu guru menasihatinya supaya jaga kelakuan tambahan pula sejak dua menjak ini Shukrey kurang berminat untuk ke sekolah.
“Sebenarnya sebelum ini saya banyak memarahi dan merotan dia supaya dia tumpukan perhatian pada pelajaran. Kalau boleh saya nak dia lebih pandai daripada saya dan tak jadi macam saya,” ujarnya.
Nasir berkata lagi, dia bertindak membuat laporan polis kerana risau tentang keselamatan keluarganya apabila ramai yang mengecam perbuatan anaknya selepas video itu tular.
Nasir juga memohon agar orang ramai tidak terus menghukum keluarganya jika tidak mengenali anak mereka yang sebenar dan situasi yang berlaku. Malah Nasir juga berkata lagi Shukrey merupakan anaknya jadi dia tahu cara untuk mengajar jika anaknya melakukan kesalahan.
Rentetan daripada hal ini, pihak polis juga turut mengambil keterangan datipada Shukrey dan menjalankan ujian air kencing ke atasnya. Hasil ujian itu mendapati pelajar tersebut bebas daripada pengaruh dadah.
Semoga apa yang terjadi ini dijadikan iktibar dan pengajaran buat Shukrey dan semua orang di luar sana. Berfikirlah dahulu sebelum membuat sesuatu tindakan yang boleh menadatangkan malu kepada keluarga.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Industri muzik tempatan terus berevolusi dengan kehadiran sebuah kolaborasi berani dan segar menerusi single terbaharu bertajuk Merayu Angan, yang menyatukan ikon suara jiwang Malaysia,...